…BLOGSPOT YG BLOCK…
oke. tengah superb tensen. jangan kacau. grrr!
tensen dengan blogspot aku. ntah apa kena dah seminggu tak boleh buka. tatau apa masalah dia.
katanya ada malware dari blog ni, aku dah buang pon blog tu dari link blog aku. tetap jugak dia kata malware datang dari blog tu di bloglist aku.
oke tensen… rasa nak buang semua bloglist… sekian terima kasih!
*camne nak buat ea, ada yang pandai tk? aku nak update blogspot aku ni.
cerita lain, juz to inpom… hati hati dengan Tabita Trial and Travel Set baru ni, sebab ada fake. Dealer yang aku selalu ambik stok Tabita ni kata ibu Desi tu cakap dia tak pernah keluarkan trial set mahupun travel set tabita. so beware oke dearies semua.
kalau nak cari yang bebetul original, yang dipacking sendiri. bukan yang dalam beg bewarna warni tu.
memangla ada sesetengah boleh je kata, “alaaa lek lek aarr.. aku pakai fake tabita tak jadi apa pun muka. tatap flawles…”
ye memang la… sebab ko tak alami apa yang aku telah alami. kalau kau dah rasa, baru kau tahu erti penyesalan.
apa yang aku alami? nantilah kalau rajin aku cerita. ahaha. k bai.
ini yang aku jual, di-packing sendiri. diulangi DI-PACKING-SENDIRI dari set original exclusive
tulis beso beso sebab masih ada yang tak berapa nak faham bahasa melayu aku guna. *uihhh camne nak meniaga ni, garang nak mampuih, hahaha*
…STAR TREK INTO DARKNESS…
yuhuuu… entri pendek pendek dari aku. takpelah kan. malas nak menaip pepanjang… sesikit sudah. nak tahu lebih lanjut sila ke pawagam berdekatan. habis cerita.
aku bukanlah peminat tegar cerita animasi 3D or-what-ever-it-is ni… ampoon laa aku nak layan star trek ke star wars ke harry potter pon jangan lah harap. apatah lagi superman, spiderman, batman and semua laaa… memang tak la aku nak tengok. tak minat.
tapi since dorang dah baharukan cerita cerita lama ni, ditambah dengan 3D and CGI yang sangat mabeles, aku boleh la terima. itupun sebab inche nak tengok, makanya tumpangla kaki, betis dan peha ku yang bak seladang ini. sobsobsob.
semalam dia nak tengok cita STAR TREK… hoihhh tolong laaa nyah! kosserr la makk kan nak tengok cita mengarut macam tu, dengan manusia pelik rambut tempurung tu, ohhh plissss!!
tapi itu tanggapan pertama la. sekali tengok nah hambekkk ko berlagak sangat tadi kan,
siap aku boleh “perghhh terbaikk”
“perghhhh”
“fulamak” “hebat!”
“eh banggang la dia ni” haaa kau….
yang lebih tragedis adalah. menangis di akhir cerita, okeh sangat bongoks.
macam aku cakap awal awal tadi lah kan, aku mana lah tahu cita ni. tak pernah tengok kan. dan inche cakap cita ni dia awalkan balik, Kapten Kirk tu masa muda. jadi dah namanya tak tahu awal ujung cerita, bila ada part sedih tu, apa lagi bantai nanges la dalam tu. berjurai jurai air mata ku tahu. sekali…. cesss habiskan air mata je…
seriyes cerita star trek ni adalah sangat besh and ohsem. aku dah suka gila. jalan cita dia pantas and ending dia kau tak jangka siapa musuh sebenarnya. mula mula kau akan ingat marcus, tapi ada kehadiran khan… pastu ehh nampak macam marcus jahat balik… ehh khan ni pon… tapi khan baik nak tolong dorang plus dia ensem. *wink wink*
pape pon, aku sangat syorkan korang, sila la pegi tengok. memang besh oke, tak rugi. sila ambik set tengah. and yeahh its heaven sbb tak ada manusia annoying semalam. besh gilak!
plus aku minat 3 manusia ensem dalam cita ni. minat dorang dari dulu kecuali khan tu baru aku nampak semalam.
~~Chris Pine aka Captain James T. Kirk~~
~~ John Cho aka Hikaru Sulu ~~
~~Benedict Cumberbatch aka Jim Harrison/Khan~~
hensem tak?? thehehe.. tapi khan ni dalam ni jelah hensem, luar dari cita ni huduh je… dengan rambut putih, ouhh sangat tak sesuai dengan beliau. aku tak adalah minat sangat dia tapi aku suka sangat lakonan dia dalam cita ni, dengan suara dia. sangat besh!
John n Chris tu memang dari dulu aku minat ^_^
p/s:: ehhh pendekla sangat entri aku ni kan?



