…TAG DARI CIK NICK…

USING ONLY ONE WORD! It’s not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It’s really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you received it from!

1. Where is your cell phone? —-> DRaWeR
2. Your hair? —–> LonG
3. Your mother? –—> LovELy
4. Your father? —–> ResPonSibLe
5. Your favorite place? —–> HomE
6. Your dream last night? –—–> Ex
7. Your favorite drink? ——> NEscaFe
8. What room you are in? –—-> oFFicE
9. Your hobby?  —–> tRaveLLInG
10. Your fear? –—-> BLooD
11. Where do you want to be in 6 years? —–>evERywhERe
12. Where were you last night? –—-> HoMe
13. Muffins? ——>swEEt
14. Wish list item? —–> LapPy
15. Where you grew up? —-> SaBah……..
16. Last thing you did? —–> SLeeP
17. What are you wearing? –—-> keBaYa
18. Your TV? –—-> pHiLiP
19. Your pet(s)? –—-> NoN
20. Friends? —–> F4
21. Your life? –—-> inTeResTIng
22. Your mood? —–> HaPPy
23. Missing someone?—–> HiM
24. Car? ——> RomEO
25. Something you’re not wearing? –—>HiJaB
26. Your favorite store? –—->sToRaGE
27. Your favorite color? —–> BLacK
28. When is the last time you laughed? —–> YesTErdAY
29. Last time you cried? ——> ForGoT
30. Who will resend this? —–> dUnnO
31. One place that I go to over and over? —-> tOiLeT (miahahahha)

32. One person who emails me regularly? –—-> TeeeTTTT…….

notatangan:: mau tag manyak2 lg, muleh??? suka tag2 ini macam

Advertisements

…SHOPPIN D’ JUSCO~~SETAPAK…

Dihari ahad yang bertarikh 11 April 2010 bersamaan dengan 26 Rabiulakhir…
dah cokop! ngengader pulak nak kasi kalendar islam bagai
kalendar negro ka afghanistan ka tamau tulis sekali ka??

Pada waktu yang telah aku gitau tu,
aku telah ke Jusco bersama peneman setia merangkap penolong peribadi merangkap pembantu untuk memastikan duit yang aku laburkan habis dengan serta merta… opkoz itulah cik kakak aku.
cadangnya aku kesana sebab nak beli baju dan seluar untuk outing, hang out… apa lagi perkataan yang sesuai? sebab rasanya dah lama sangat aku tak perhabiskan duit untuk benda-benda yang sangat berfaedah itu, giler tak berfaedah kata kau!

Sesambil berjalan sesambil membelek baju kot kot ada yang berkenan.
tapi macam keseluruhannya aku kurang je nak berkenan baju kat situ.
sambil mulut terkumat kamit bukan membaca mentera agar baju bertukar untuk aku berkenan tapi menyuruh cik kakak membawa aku ke tempat lain sambil mata jugak masih mentelek (mentelek?) baju-baju disitu.
jalan punya jalan dan rasa ego mulut cakap tidak berkenan tanpa aku sendiri sedari
sudah ada dua pasang baju dan dua pasang suar jeans yang telah dipegang cik kakak…wakakaka.
sambil tuh masih berjalan, aku sempat rembat satu gelang tangan silver, jalan lagi…

ya sudah tiba masa untuk bayar, jeng jeng jeng…
dengan muka ala tak bersalah aku pandang monitor mesin kira-kira, RM200!! huwaa!!! tuh dalam dok kata tamau tamau tuh…
kalau la dalam dok kata mau mau mau… memang mau sampai rm500 aku habiskan!
kesimpulan, aku beli dua helai baju, 2 helai suar jeans, sehelai baju tido dan seutas gelang tangan silver.
huhuhu saat itu apa yang aku hanya mampu lihat duit duit aku melambai lambai sambil berterbangan bebas.
ya! itulah gadis yang bernama CIK IEYZA yeap.
kalau dah duit ada lam tangan, waktu bershopping memang ta hengat dunia da. bahyanya ajak aku shoppin T_T.

notatangan:: ikat pewot utk sebulan~~ ngeee

…HANAYORI DANGO VS LAST QUATER…

Aku dengan bangganya nak citer nieyh, sal dua cerita jepun yang aku baru selesai tengok minggu lepas.misi keboringan tahap melampau tak ada maaf dah jadi berdua dengan cik kakak menggodek DVD yang tersimpan lam kotak lalu terjumpa dua buah citer jepon. kedua-duanya memiliki hero yang kacak giler tak hengat, kacak tahap gaban! walau pun gaban tu sebenarnya tak adalah kacak pon kan? kan? kan?

~~kacak ker?? alaaa korang janganlah tengok robot dia mang la ensem, tengok orangnya tu… mana de ensem sangat pon~~

lah kalau itu macam aku tukalah yeap, mang kacak tahap suria perkasa hitam ko! 

ni lah cerita yang baru aku tengok minggu lepas, HANAYORI DANGO ataupun meteor garden versi jepon (korea-korea ai tak layan okeh). menengok citer ni membuatkan aku dan cik kakak melelehkan air mata… memang sedih berganda-ganda wei, tak cayer acu try tengok. paling tak tahan bila dia pasang lagu tema dia, adess.. mang nanges la! aku aci bet okeh bagi pompuan-pompuan sekali, mang aci nanges korang tengok. tapi kadang bengkek jugaklah tengok citer ni sebab halangan demi halangan tak habis-habis, dari awal cerita sampai abis! sampai aku rasa nak muntah dah tengok halangan dorang dah tu memasing ego tahap dewa! sama-sama berahsia bagai nak-nak lagi Makino tu, ego dia terlalu tinggi walau dia tau Jun (aku tak egat nama dalam citer tu) tu cintakan dia.

satu lagi movie adalah LAST QUATER, yang ni ai dun like. disarankan anda tidak menengok nya sama ada di talibesen, dvd, wayang, tibi rumah sebelah, mana2 jelah. sebab citer dia sangat bengong toing toing… pesal aku tambah toing-toing tu? haha entah sesuka aty aku je kan? bagi aku cerita ni kalau Sayaka dan kembali bersama Adam (hyde) pasti citer ni akan jadi syok giler. citer dia mang sehampehnya lah!

aku lebih prefer citer jepon dari korea, jiwa aku ta masuk lah dengan citer korea ni. cuma ada dua je citer korea yang melekat dalam hati aku, A Funny Wild Gurl n Oh! My Lady… dua ni je yang aku leh layan walaupun ada certain certain episode yang aku miss…ngee~~

VS

 

notatangan:: sesungguhnya aku kipas susah mati Jun Matsumoto! muachhhxx lebiu lah dear xoxo….

…ELEGY~~KEN HIRA’I…

Boleh dikatakan aku adalah salah seorang peminat artis-lagu-filem-bahasa dan negara jepon. mesti ramai yang kata macam banggang jerk statement aku ni kan? yelah dahlah dorang tu semua dok jajah negara mesia terchenta kita ni dulu pastu boleh pulak buat jahat kat anak bini orang kan? perkosa ta ada hati pewot. isk! macam buta sejarah betol plak aku ni, tapi masalahnya memang aku dah terminat nak buat macam mana? tapi tak adalah sampai aku agung-agungkan sampai junjung atas kepala bagai, itupun kalau laratlah. tak…takkanlah sampai macam tu sekali kan? aku sekadar minat dengan bahasa dan gaya dorang yang lembut dan penuh sopan tu (cait! depan kita yelah sangat kan!!?) dan aku memang lah sangat berminat dengan cara lakonan dia orang tu. memang sangat terberkas di hati bukan di dalam tupperware. apapun aku masih ingat apa yang dorang da buat kat tanah melayu ni dulu, aku tak lupa daratan. tapi tak salah kalau aku sekadar minat pada dorang selagi tak memudaratkan apa-apa kan?

hurmm, sebenarnya aku nak citer sal salah satu lagu jepon ni dah melarat-larat pulak mukadimah aku tu kan? isk!

Aku pun tak tau la camne pulak aku boleh terminat dengan lagu ni, ini semua cik kakak aku yang punya kerja, ya! dialah yang bertanggungjawab dalam memastikan aku menjadi fanatik japan macam dia. memang pes time dengar lagu ni, aku tak ada perasaan langsung, tapi… bila cik kakak aku pasang dua tiga, lapan…..lapan lagik…. aku dah terminat giler kat lagu ni. cuba korang dengar lagu ni mesti korang pon akan gila waras macam aku.

cuma aku tak pasti apa citer disebalik lagu ni. itu aku kena belajar kelas bahasa jepon dulu la, ta payah kata lagu orangnya pon da cukup hensem beb, leh tangkap cintun oke. pape pon korang try la dengar lur, mana tau buleh jadi fanatik macam aku.

selain dr tu aku minat minah jepon nama Momoe Yamaguchi, perghhh lagu dia memang M-A-L-A-T-O-P waa cakap sama lu brader. mang bes sesangat. lau nak dengar aku leh je tolong pasangkan lagu yang ada dalam phone aku ni, wink!


sedikit petikan lirik lagu Elegy —@

Shigami tsuita senaka ni
Sotto tsume wo tatete
Watashi wo kizami konda
Motto yumi no naka he
Hira hira maichiru hanabira ga hitotsu
Yura yura samayoi yukiba wo nakushita
Sono te de sono te de watashi wo yogoshite
Nandomo nandomo watashi wo kowashite
Asebamu samishisa wo kasaneawase
Mabushikute mienai yami ni ochiteku
Itsuka horobiru ku kono karada naraba
Mushibamaretai anata no ai de


Ken Hira’i

nota tangan:: sesaper yg pandai bahsa jepun tu leh tak terangkan pd aku keseluruhan maksud lagu ni :p

…GEM BEACH RESORT~~INDUKSI 2009…

Emmm…ni satu agy citer lama dari aku.. miahaha! asyik asyik citer lama dah tu bilalah aku nak setat dengan citer baru ni kan?? aiyarkk… tape tape pasni aku akan setat dengan entri baru… promise. double wink tok korang!!
Neyh citer yang berlaku pada tahun lepas jugak (2009). dimana aku yang bergelar pekerja kerajaan perlu hadir kursus untuk mengesahkan jawatan aku. aku dah lepas untuk kursus induk Khusus yang telah berlangsung selama satu minggu lam jabatan aku sendiri, punyalah ta best. ngantok dia ta yah citerlah mang dah tahap tak leh nak bawak berbincang dah.
so sekarang ni pulak aku kena hadir satu lagi kursus wajib iaitu kursus Induksi Umum, hari sabtu yang lalu bertarikh 11-19 Julai 2009 bertempat di Gem Beach Resort, Batu Rakit Kuala Terengganu.
Mula-mula nak pergi tu macam bowink giler r…pastu ada jugaklah rasa cuak sikit kan… sebab kursus pra kesetiausahaan masa kat Kluang, Johor tu masih melekat kat ingatan, dimana kami kena ragging abis-abisan dengan seorang tentera ni masa aktiviti riadah. gilo po eh, dah macam tentera kami dikerahnya.
Nak dijadikan cerita, lepas je subuh aku da tercegat kat jabatan nunggu bus (harus hiperbola sebab nk tunjuk aku sangat berdedikasi) da tu kena pergi Kementerian pulak sebab nak kena naik bus dari sana…then bertolak…10-12jam lam bus, giler!! Kebas siot montot kami2 seme neh….memang rasa masa tuh cam dah tak ada montot dah  leper je. maunya tak boleh je inchik driver tu tersesat jalan. 
Kat situ barulah aku kenai ramai org. tak sangka jugakkah kan ramai jerk budak jabatan aku yang aku sendiri tak kenal. maunya ta semuanya buat hal masing-masing bila ada kat jabatan sendiri. maklumla aku neyh lebih suka wat hal sendiri… seminggu dok sana tak sangka bes upernya….pengalaman kursus neh mmg best giler…nasib lar aku sempat kembali ke pangkal jalan meneruskan kehidupan aku yang normal lau tidak dah memang sah lagi nyata aku WAJIB tempah wad gila sebab dah terlalu bes…pai giler.
Kursus neh byk bg aku pengalaman dan mengenali aty budi seseorang…. byk meninggalkan suka dan duka~~ terbekas hingga ke hari ini~~cewaaahhh!! bluwek! mari kita muntah secara berjemaah. Sempat gak r aku berposing macam gayer kat sana…ehehhee…dan kebanyakkan nya dgn budak berdua tuh~~ wana n atun~~ tapi aku sangat malas plus plus nak upload gambo. harap maaf lah yeap.
sekian… adios…