…WASIAT DARI CIK NICK…

Rasanya cam dah lama kan aku tak hapdet belog kan? ke korang ta pasan? okeh aku mau majok 5 minit…sampai hati korang tau buat aku cam ni… lama tak hapdet belog sebab vitamin M membuatkan hako jadik begini….tetiba kawan hako telah men’tag’kan nama hako lam facebook…..berbunyi::
 
kepada….si polan, si polan, si polan, si polan….. Nuriza Mohd Noor Azmi yang chomel, chantek, ayu dan anggun (tipu)….ader wasiat untuk anda..sila dapatkan di bel0g aii yang sh0mell itu…sekian..lalallaa
 
biler bukak ajerk page dier… hako macam da tau pew yang akan terjadik.dan betul itulah yang terjadi.cuma hako xsangka r wasiat yang sebegini rupa…owwwhhh tidaaakkk!!!
wasiat yang plg mabeles darik cik nick
sila scroll ke bawah
  
cuba lagik
 dan lagik
sikit je lagik
cubaan anda berjaya…
inilah dia si jali jali…opssss… yang dicarik carik…

wasiat nye adalah seekor lembu yg cute mute macam tuan yang kasi tu yang bakal dibuat korban nnt… miahahahha…adesss bikin panas jerkkkk 


1. THANK AND LINK THE PERSON THAT GAVE YOU THE COW 

~~~ My special thanks to CIK NICK  kerana sudi mewasiatkan lembu ini kepada saya walaupun cam mau perli saya aja kerana lahir pada tahun lembu T_T


2. BAGI BALIK WASIAT KAT 7 BLOGGERS YANG PALING AKTIF ARAU PALING TAK AKTIF

3. BAGITAU DIAORANG NI YANG DIORANG DAPAT WASIAT DARI ORANG KAYA PALING NAKAL KAT DUNIA BLOGGER NI.

~~~  wahai penduduk2 tualang tiga…..ehem3… sayer pemegang mohor besar raja2 dengan ini mengisytiharkan….anda telah mendapat wasiat darik …… (** nama spt diatas)….miahahahha!!! 

 

4. CERITA 3 PERKARA YANG ANDA SELALU BUAT SAMBILTENGOK TV

~~ makan, mengunyah, minum dan apa-apa aja yang sewaktu dengannya janji ada benda dalam mulut kalau tak tv tu yang akan tengok sayer.

~~ online… kalau ada laptop pastinya akan on9 FB, hapdet belog dikala iklan

~~ mengkomen… apa yg adew lam tv tuh seme nak komen! adesss

 

5. BAGITAU 3 MAKANAN PELIK YANG PERNAH ANDA MAKAN 

~~ batu-bata (jambu batu…biskut bantal…erkk?? adew kena mgena kew??)

~~ kayu-kayan (ikan kayu)

~~ kodok (cucur kodok)

 

6. CUBA BAGITAU BERAPA ORANG DAH KAWAN ANDA KAT FACEBOOK

~~ 312 orang sebab tak suka nak accepts or add orang yang saya tak kenal atau tak ada mutual friends,
itupun bakal di remove friends sebab tak komen pape kt status tu,…>>>> pilih kawan…wakakakka

7. PEBERET SOALAN NI… CAMNER KORANG BERJUMPA SPOUSE KORANG OR PAKWE OR MAKWE… KAT MANA??

~~ uik mana leh gitau, nak tau meh tanya sayer masa hari nikah nanti… hahahha kita buat press conference tau! wink!


YESS!!! akhirnya dapat juga aku menjawab semua soklan kan?? biol aku seketika memikirkannya tau. aku pun nak amek kata-kata dari cik nick kita yang berbunyi “KEPADA PENERIMA WASIAT SETERUSNYA, SILA LA JAGA WASIAT NI DENGAN SEBAIK-BAIK YANG MUNGKIN ERK…” miahahaha (harus caplocks nak bagi perhatian lebih sikit kat korang)


…KURSUS OOOO KURSUS…

Nama pon keje gobemen ye tak?
apa lagik yang harus dibuat kalau tidak perlu memenuhi kewajipan berkursus selama 7 hari dalam masa setahun. wajib habeskan kursus 7 hari tu tau.
kalau ta pandai-pandai la nak kena menjawab nanti.

nak dijadikan citer la ni.
baru-baru aku ada menghadiri dan menyertai kursus PROTOKOL DAN KETERAMPILAN DIRI pada 05-07 Mei 2010. wahh tajuk nak hebat jelah kan.
lepas ni makin berprotokol la aku gamaknya.
dan aku memang ta sangka r yang kursus ni best sesangat!
tak sama macam kursus-kursus jangka pendek yang aku pernah hadiri la.

untuk pengetahuan korang semua jugak,
pada 05 Mei 2010 tu aku dan geng-geng kumpulan aku
(kumpulan dah diberi oleh lecturer.. cehh lecturer gitu… sebelum persembahan)
diberi satu tugasan untuk melakukan satu babak mengikut tema yang diberikan.
kumpulan aku dapat tema number dua. berkenaan dengan “makan malam tahunan jabatan”.
jadi perkara utama aku dan kumpulan buat adalah melakar activities punya list…
apa nama panggilan dia?? haa ko benda macam ni pon ada nama timangan tau.
aku totally lost buat masa sekarang akan nama activities list tu. kita abaikan jelah yea.
lepas tu aku pun lantik setiap orang untuk melakonkan watak-watak yang diberikan,
semuanya secara spontan dan aku jugak yang jadi pengarah pada hari itu.

bila dah sampai masanya iaitu pada 06 Mei 2010, tiba-tiba cik mek comey yang sepatutnya jadik MC
(bukan sijil sakit tu tau, ni MC pengacara majlis)
tu tarik diri dan dier suruh aku gantikan tempat die.
bertuah punya CIK ZANA yang comey. aku ni gelabah tak payah cakaplah.
gajah tengok aku punya gelabah pon dia dah ketar lutut, aci bet la.
aku ni tak prepare mental dan fizikal pon untuk jadi MC hari tu, tapi nak tak nak aku galas jugak tanggungjawab tu, yelah aku kan pekerja dan ketua yang berdedikasi *tade kena mengena*.
aku jadi MC bersama sorang lagi MC lelaki:: ENCIK AZRI.
tangan aku masa tu tak yah dok gebang apa dah, memang sejok macam aku kat kutub utara ja.
lutut pon dah bertemu lutut! giler punya ketaq!
akhirnya tugas yang diberikan itu dapat diselesaikan dengan sempurna.

Konklusi yang aku nak tekankan kat sini, hari tuh aku lah yang buat atucara majlis…
(yeayyy aku dah egat nama bagi activities list tu!!),
aku lah yang kasik watak, aku lah pengarah dan akulah MC..!!
yeaaa yeaaa mang aku sangat giler koser pada hari itu. semua aku nak rembat.
biasalah aku kan peker…. okeh okeh okeh sila jangan muntah ya.
dah tu semua orang cam blur-blur je aku tengok maka aku lah yang bersuara senang kan? tapi we ols still berbincang untuk dapatkan yang terbaik tak adalah aku nak guna koser veto kat sana.

namun, tak aku duga sama sekali.
drama sebabak yang kami lakonkan tadi tu mendapat pujian daripada penceramah yang memberi tugasan itu, kalau tak salah aku nama dia CIK NAKIAH.
then aku dapat berbangga seketika sebab aku turut diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana menjadi MC yang sangat bagus hari itu… tak gementar….
alahai tuhan jelah yang tahu keadaan aku masa tu dan ceria, sebab aku nak control giler ketakutan aku masa tu. 

apapun aku sangat sangat bangga dan gembira dengan pencapaian kami hari tuh.
to my kumpulan, u olls da bes and aku cayunk korang semua tau sebab korang memang sporting moting abes la! 


notatangan:: special thanks to:~~

PUAN ZILA :: mak budak yang sangat comey (penyambut tetamu)

CIK ZANA:: anak mak yang comey jugak (penyambut tetamu)

KAK IMAH:: mak budak yang sangat sporting (TKP(R))

CIK HAMIDAH:: anak mak yang sporting jugak (tray gurl)

ENCIK AZRI:: bapak budak yang ensem (MC)

ENCIK WILSON:: anak bapak yang best! (ARTIS)

ENCIK CHUNG:: anak bapak yang segak (TKP(A))

ENCIK NG:: bapak budak yang superb sporting n bes (OUR BELOVED KLON KP)

LUV U GUYSSS!!! MUACHHHH!! BIG HUG N KISSES!! wink wink wink. lelebih pulak… hug n kisses tok perempuan je okeh.

…ADA APA DENGAN AHADIAT AKASHAH…

Mesti u olls pernah dengar nama Ahadiat ni kan?
satu nama besar dalam industri penulisan novel dalam malaysia ni.
penulis yang tak ada tolok tandingannya dah.
nama pon da masuk mesia book of record, harusla korang kenai kan?
even korang ni langsung tak minat novel ke ataupun kununnya it looked stupid when ai read malay novel ke mesti korang familiar dengan nama tuh.
kalau saper yang still tak kenal tu sila ketuk kepala sendiri.ngenggg~~
dia ni adalah salah seorang penulis yang paling aku minat
sebab semua cerita yang dia buat memang best sangat dan sangat kelakar.
tapi tang sad ending tu ada kala aku rasalah jugak nak campak buku tu dalam api! tapi sayang duit meh!
hengat murah ke? sanggup menabung tau dulu semata-mata nak beli novel dia.
cewahh auta mau lebih ye tak?

dan salah satu novel terbaek dia yang paling femes de amous dan paling aku minat adalah
“LAGENDA BUDAK SETAN”.
fuhh! tangkap leleh la. novel ni sebenarnya cik kakak pertama yang hadiahkan masa harijadi aku yang ke…. ermmm…ermmm… ntahla aku pun dah lupa… hahaha!
memang masa tuh aku jadi ulat buku lah, ngadap 24jam tanpa henti.
cuma sempat beriklan untuk solat dan makan je. sebab kalau tak salah aku masa tu raya.
dan kalau tak salah jugak maybe aku berada di tingkatan satu,
tapi mang aku totally lost bila aku dapat adiah tu. aku andai kan jelah yeap.
buku dia memang tebal sesangat lah, rasanya korang pun pernah tengok kan buku dia?
melebihi segala kamus kat mesia ni tahap ketebalan tu dan aku boleh habiskan dalam masa dua hari je.

buku ni pon dah hampir lunyai sebab aku berulang kali dok baca.
isk! kalaulah buku pengajian perniagaan tu aku rajin baca macam novel ni
mesti aku lulus dengan cemerlangnya kan? kan? kan?
ahh kisah lama persetan kan itu semua, tidak guna lagik nak sesalkan
walaupun mang aku agak menyesal la sebab keputusan untuk kertas pengajian perniagaan tu cukup cukup makan ja kan? okeh stop melalut.
setiap kali aku baca mesti aku akan nanges jugak
betapa agungnya cinta ayu dan kasyah sampai ayu hilang ingatan pun kasyah masih setia kan? sadis!

tapi… ada tapinya jugaklah. aku paling tak berkenan ending dia,
lagik aku tak berkenan biler ada pulak sambungan novel KAMELIA tuh kan tajuk dia?
aku tak pernah la pulak baca sambungan dia tu sebab aku dah cukup pasti macam mana ending dia memandangkan LBS pon dia dah jumpa balik dengan perempuan itu…
wah! ianya cukup membakar jiwa dan raga yang aku baru beli kat The Store semalam tau,
kaler biru ada juntaian juntaian manik lagi tepi raga tuh..

pape pon citer dia memang bes maksud aku citer LBS ni memang sangat bes.
tapi baru-baru ni aku ada terdengar, terbaca dan ternampak, buku ini sudah difilemkan.
aku ni punyalah semangat berkobar gila nak tengok kat pawagam nanti ni,
tapi sayangnya mood aku terus terjatuh tergolek kucing biler tengok pelakon dia si lisa surihani tu.
mang aku tak minat la kat dia. maaf ya peminat lisa. hero pulak farid kamil…bolehla aku accept.
so memandangkan pelakon perempuan dia aku tak minat macam tak bersemangat pulak aku nak tengok
dan aku memang tak g tengok pon. kesian kan kat aku…kan? kan?
baik korang kesian kalau tak aku nanges 7 hari 7 malam! klah cukup aku merepek.
kiter bertemu di lain entri pulak yeap.

 

membuat jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria

segala suka duka terhimpun di sini
adakah senyum yang tercipta atau airmata kesudahannya
hanya Tuhan yang menentukan segalanya.

Lebih satu dekad kasyah mencipta cinta
dari lelaki yang tidak pernah kenal erti kasih sayang
dia menjadi pencipta agung
dia tabah mengharungi apa saja ..
demi sumpah mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat…...

…TAKKAN BERHENTI MENCINTAIMU…

Pernah dengar tak tajuk diatas.
bagi yang blom pernah dengar sila jangan muntah dulu, ni bukan cerita jiwang aku.
ni sebenarnya sebuah novel yang aku dah lama habiskan pembacaan nya…
tapi macam biasalah saat ni baru rajin nk buat komentar…
ala korang ni macam tak tau pulak yang aku ni pemalas tahap dewa!

bagi aku mula-mula baca cerita memang la sangat bosan.
sebab tak berapa nak paham hujung pangkal.
agak kemerengan sikitlah nak bagi paham tu
tapi bila masuk je bahagian Cleopatra dah jumpa dengan hero dia tuh, carta cerita dia terus melonjak paling bes jadiknya.
bila dah habis baca satu buku yang tebal kalah buku perintah am tingkatan 6 tu aku baca sekali lagi.
kali ni penuh penghayatan dan cuba memahami.
hoyeeyyy! akhirnya berjaya… omakkk den bojayo ni ha!!

cerita dia memang sangat bes dan lain dari yang lain.
jalan cerita dia boleh buat korang pening kalau korang tak cuba paham betul-betul.
bermula dari heroin berjumpa dengan hero sampailah dia sendiri bermati-matian mempertahankan cinta mereka sedangkan hero tu boleh buat tatau je? nasib la hero tu hensem lau tak aku rejam sampai mati!
dan macam biasalah akhirnya hapi ending.
ouhh aku tak tahan kalau cerita cinta bermatian tapi last ending dia cam banggang la jugak, sad ending…
i juz can’t accept that! rasa nak bako je buku tu.
tapi nasib kali ni ending dia bes maka tak rugilah aku berhabis duit yang begitu banyak untuk novel ini.

satu lagi hasil nukilan Nass Alina Noah yang aku gemari
(sebenarnya semua hasil tulisan dia pon aku suka)
adalah Selamat Pengantin Baru Isteriku…
first time baca tu memang rasa bosan tapi memang agak kelakar la
dan banyak jugaklah yang tak masuk akal macam cara dia treat adik dia si Qisti tu sampai ikat kat pokok satu malam, pastu makan kat kandang kuda dengan ada najis kuda,
wooo orang pon tak sanggup tau inikan nak bayangkan cerita tu.
dan di pertengahan cerita mang sangat bes.
setelah berkahwin tu si Qisti ni memang sorang yang sangat setia dengan cintanya terhadap si suami yang bernama Addam,
tapi yang agak vongoksnyer si Addam tu macam zero pulak!

agaknyalah kan nass alina ni memang suka buat cerita hero hero bongoks yang otak zero plus2 ni agaknya ya??

aku sarankan korang baca cerita Takkan Berhenti Mencintaimu tuh…
sebab bagi aku citer dia memang best dan korang tak kan menyesal punyer.
kalau menyesal, sila jangan pukul aku tapi pukullah orang yang buat novel tu. hahaha…..
cuba larik dari kesalahan nampak.

 

Entah di mana silapnya,
dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah?
Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya?
Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan.
Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri.
Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra,
takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku.
Kerana aku takkan pernah berhenti mencintamu…