…OWH MY HOMETOWN…

Memang lama giler aku tak balik kampung.
kampung aku jauh maaa di kuala terengganu tuh!
ceh! alasan je tu, orang sabah sarawak pon tak ada macam aku kurang-kurang dua bulan balik jugak sekali kan?
aku ni dah 8 bulan tau tak menjenguk kampung..
korang agak-agak la kan, lama tak tu? ngee~

masa balik tu aku tumpang cik kakak, aku tiba kat sentul dari bukit beruntung dalam jam 11 pagi.
cik kakak ambik kat stesen komuter sentul dan kami terus je bertolak ke terengganu.
masa tu jalannya tak payah cerita la, memang jem gile gile punya sebab semua orang pon tengah berasak-asak nak balik kampung kan maklumlah cuti sekolah.
waktu tu rasa macam nak balik kampung beraya pulak, JEM SEPANJANG JALAN!
guna caplocks nak tunjuk jem yang maha hebat dan teruk!
dan itu juga bermakna yang kami akan sampai lewat di kampung.huhuhu.

perjalanan kami ritu ditemani cuaca yang amat panas tak hengat!
sampai terasa la kulit tu terbakar walau kami dalam romeo cik kakak.
dan dalam jam enam petang, aku, cik kakak dan inchik abang selamat sampai ke rumah bonda dan ayahanda… wahhh rindu nyer pada mereka. sebab aku sering perasan sibuk untuk balik ke kampung.
setelah berbulan lamanya barulah nampak batang idung aku yea?

aku balik pun empat hari je , memang terasa kejap sangat-sangat, rasa nak buat apapun tak sempat.
lagipun aku tengah gigih mengumpul cuti untuk raya puasa nanti ni.
nak balik beraya di kampung, kurang-kurang dapat beraya dengan mak ayah, tak kisahla kat mana pon kan?
agenda utama balik ke kampung masa itu adalah memasak makanan yang dah lama aku tak merasa dan tak pernah merasa makannya.
tapi sebelum hari ahadnya bersamaan 06/06/2010 aku pegi kenduri kawan baik aku PUAN EYMA ACHIK.
akhirnya dah kawen kawan aku yang sorang tu. doaku sentiasa mengiringi mu wahai sahabat.
semoga kau bahagia dengan suamimu sampai akhir hayat. sob sob sob. tetiba aku pulak sedih? pehal?

lepas tu hari isnin, kami memasakla anak banak adik badik macam orang nak buat kenduri la gamaknya.
pagi isnin aku makan laksam.
tengah hari pulak cik kakak dan puan emak membanting tulang didapur untuk memasak nasi kerabu.
aku pon tolong lah sama aiyooo korang ni. malas meh nak bangga bangga diri ni. hahahha. riak!
petang pulak aku masak nasi dagang. malamnya kami bakar sotong dengan ikan.
kiranya hari tu memang kami kenduri makan la dengan berbagai juadah yang ada,
sampai tatau nak pilih yang mana satu…
tong perot pulak dah penuh berisi. giler tembam aku balik ke kampung. 

pagi selasa tu aku bertolak balik dengan flight ke KL. cik kakak tak balik sebab cuti sekolah kan lama dua minggu. untuk makluman, cik kakak adalah seorang guru dan semestinya bukan pelajar disekolah itu.
sesungguhnya memang seronok balik kampung, wahhh tak sabar nak balik kampung lagi, berbagai aktiviti melantak dapat aku join sekaki! owhh i will miss u my mom, my dad and my hometown.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s