…JOMLAH JOIN CIK IEYZA BUAT KERJA GILER…

ini sambungan daripada cerita aku yang balik kampung tu.

lepas je turun dari flight Air Asia kat lapangan terbang KLIA aku terus naik bus yang disediakan untuk ke perhentian bandar tasik selatan (kot) dan amel tiket ERL untuk ke KL Sentral.
perjalanan dalam bus memakan masa lebih kurang 30 hingga 45 minit.
jauh jugaklah. tak dapat aku nak bagi masa yang tepat sebab aku tidur disepanjang jalan. hahaha!
sampai stesen aku tunggu ERL untuk ke KL Sentral.
sungguh canggih dan mewah rupanya ERL ni, berdesssuuup perginya.
aku sampai KL Sentral lebih kurang 20minit kemudian. pikir r berdesup ke tak.
kira ni pes time aku naik ERL. fuhh memang teruja kodok habislah aku kat situ.

bila dah sampai aku pun nak beli lah tiket komuter ke batang kali.
dalam minda dah terbayang-bayang tilam yang empuk memanggil-manggil aku.
ohh sungguh seronok rasanya menyondol-yondol diatas tilam tu nanti.
tapi pada saat tu jugak aku memang terasa benggang giler sebab kaunter semua tutup dah tu bila pulak aku nak beli tiket kat mesin tiket tu orang KTM maklumkan aku tak leh beli kat situ sebab perjalanan tren terpaksa diberhentikan selama dua jam.
DUA JAM okeh! sebab ada tren kargo tergelincir. mana tak tergelincir kalau bawak macam ribut
tapi bawak komuter macam siput sedot!. GILAAA!!
apa aku nak buat kat situ selama dua jam?
kalau ada tayangan gambar ke, tempat rehat ke, takpelah jugak. neyhh… NOTHING!!

makanya aku pon dengan konpidennya dan berlagak nya menapak ke tempat bus di tingkat bawah
dengan harapan dapatla aku naik bus ke SOGO tapi… tak ada satu pon bus untuk ke SOGO.
jalan punya jalan dengan aku punya high heels yang tiga inchi tu dan dengan beg yang berat,
aku terjumpa stesen monorail. orang kat situ suruh kami naik monorail ke Medan Tunku, so berjalan kaki SOGO lepas tu. dia kata dekat je.
jadi aku ikut lah cadangannya. NO CHOICE!
tapi sebenarnya dari medan tunku ke sogo memang lah sangat jauh.
kununnya dekat la sangat kan? mang angin je aku rasa.
then jalan lagi untuk ke stesen bus depan sogo tu untuk naik bus ke Rawang.
rupa-rupanya ada sorang kakak tu cakap nak ke Rawang kena tunggu bus kat depan lagi, bukan kat situ.
menapak lagilah sambil melilau cari pondok bus yang dikatakan itu.
huh! buat malu je jadik rakyat malaysia cik ieyza oi, sesat kat bumi sendiri!

akhirnya bila kaki dah lenguh dan rasa macam nak cabut buang letak tepi dulu barulah jumpa pondok bus
dari rawang pulak naik tren ke batang kali.
kemudian ambil teksi sampai depan rumah dan ambil kereta terus ke bukit beruntung.
esoknya tanpa ragu-ragu lagik aku amik UL (urgent leave ye sayang) sebab kaki aku memang rasa dah nak tercabut dan lenguh sangat satu badan.
memang itu adalah hari paling malang bagi aku. kena tawaf satu kolompo untuk sampai ke destinasi.
betul-betul berjalan sakan la aku hari tu.
pengajaran, lepas ni sesiapa nak balik kampung silalah bawak kenderaan sendiri, lebih mudah atau ada pengetahuan tentang jalan-jalan kat mesia ni supaya ada alternatif lain kalau sebarang kemungkinan yang melanda!

 

Yang pasti KOMUTER ITU SUNGGUH BENGGONGGGG!

4 thoughts on “…JOMLAH JOIN CIK IEYZA BUAT KERJA GILER…

    • camera:: binggung awak membacanya?? saya yg menulis lagi binggung…haahahaha… salam pkenalan

      nick:: waaa…itulah kenyataan nyer cik nick… sayer udah semakin berisi…waaaa!!! jalan2 cuci mata apa kebendanya… tuh jalan2 nak masuk amazing race tu… huh!!
      nakmo lah cik nick coz sara hidup tinggi kat sana…..

      pn.eby:: nak buat camne… xterpk nak jadik mcm neyh egat semua smooth n steady… sekalik kena round KL…aiyaakk!! huh!! yelah KOMUTER tetap dihati…huh!! kunun!!

  1. 0whh..sungguh kesian…huhuhu xper la..wat senaman cket…eza kan kata dh makin berisi skang…(walaup0n eza tetap menten slim…huh jeles)..jalan2 cuci mata kat k0l0mp0 tuh 0k per…best kan…ngeh3

    p/s: kal0 nk slalu nek ERL..meh la duk putrajaya…agagagga

  2. wah sungguh hebat mu mek jln key-ell pakai itu heels…pasti dirimu sungguh mempersonakan saat ittew kan… kahkahkahkah (gelak dgn kuatnya)…

    Owh tetiba rasa nk membangga diri krn ittew ERL adalah transport utamaku kini…Tapi mek bukankah ittew KOMUTER lebih menawan sukma dan kalbu…berdesup perginya gituh…kehkehkeh

    Hidup KOMUTER!!! (tetiba…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s