…KEPERLUAN UNTUK MENYELARAS DUA BIJI BELOG…

tetiba aku rasa seperti rajin yang tidak terhingga dan tidak terduga kini.
aku mendapat satu idea macam mana aku nak selaraskan kedua-dua belog aku
iaitu blogspot dan wordpress ni. sebab ada kengkawan aku yang mempunyai dua belog jugak
dan menyelaraskan nya dengan cara menulis tentang info semasa la, tentang masakan la dan tentang kerastangan…err maksud aku kraftangan.

so ape kata aku pun selaraskannya dengan menulis tentang sesuatu
yang ada kena mengena dengan salah satu hobi aku? temanya haruslah NOVEL!
aku nak tulis sedikit komentar tentang novel-novel yang aku dah pernah baca.
yelah kalau aku belom baca camne aku nak buat komentar, yea tak.
kiranya aku ni jadi pengkritik la kununnya.
cewah! bujet aku ni bagus sangat ke dalam dunia penovelan.
dan bagi aku seorang penulis yang baik pasti akan menerima dan ingin mendengar
hasil tulisannya dikritik untuk beliau terus membuahkan penulisan yang baik.

itu bagi aku lah kan,
pendapat dari seorang pengemar dan peminat dunia penovelan
dan sekarang tengah berusaha merajinkan diri untuk mula menulis novel semula.
ohh sesungguhnya aku sangat-sangat malas, aku sendiri pon tatau la bila masanya aku rajin nak menulis semula. otak macam beku tak ada idea nak menulis.
pape pon insyaAllah, harap-harap impian aku nak pasarkan novel penulisan aku itu tercapai.
cepat atau lambat je.

so nanti korang korang semua yang terajin terlebih tak ada keje nak buat tu kan,
yelah dari mengumpat je keje korang… termasuk lah aku sekali hahaha!
baik korang baca belog aku dan turut bagi komentar sama kat novel novel yang aku siarkan tu kan.
at least boleh juga berkongsi pendapat dan korang semua pon leh kongsi novel-novel yang korang dah pernah baca tapi aku lom baca lagi.
hurmm, agak menarik tuh kan?? ke bagi aku je? pe pendapat korang.

oleh itu, korang janganla segan segan yea nak melawat belog aku tentang novel tu kat sini WRITER DESK.
aku akan cuma hapdetkan mana yang termampu untuk novel novel yang pernah aku baca.
untuk itu, majulah sukan untuk negara *tetiba* ngeh! majulah penulisan untuk negara!!

…AKU MENGALAMI KEKELUAN LIDAH DAN KEMALUAN DI TAHAP MAKSIMA…

Tarikh:: 22 Julai 2010

Masa:: Waktu Rehat Pejabat Kerajaan

Lokasi:: Kompleks C Medan Selera Pee Jay

Hari yang seperti dinyatakan kat atas aku dengan kenkawan ingin memenuhi nafsu makan kami yang sedang bergelojakkan.
disebabkan hari yang dinyatakan diatas tu adalah hari khamis, maka memang wajibla bagi jabatan kerajaan untuk memakai baju batik.
sebentar… kenapa aku rasa ayat aku sungguh skema disaat ini.
jadi, aku berkebaya batik yang pendek kaler pinkiz. bersanggul ala ala mak nenek. aku order nasik goreng yang aku sendiri pon tak ingat nasik goreng apa dan air apa.
tetiba aja budak perempuan selaku budak pengantar air tu bersuara lebih kurang cenggini la dialog dia.

“Akak ni comey lah harini, macam DOLL (caplocks sebab perkataan doll itu sangat kuat dan dalam bunyinya)

Maka dalam hati aku tertanya-tanya
‘ohh harini aje ke aku chantek dan comel, bukan hari-hari ke ayu memang chantek, comey , ayu dan anggun?’
okeh aku reka, xdelah hati aku desperate sangat sampai nak kata gitu.
cuma terkembang la jugak seketika.
macam berterbangan di awan biru rasanya.
yelah bukan selalu aku nak dapat puji depan-depan macam tu.
aku cover kekembangan aku.
abes makan aku pon nak la bayar duit, pastu kakak tu cakap aku ni sangat comey harini,
jadi makan minum pree… berangan jelah wei!
aku nak bayar makan, kakak tu dengan ramahnya menegur aku.

“comeynya pakai cenggini”

“ha’ah, tu la saya kata… macam DOLL kan?” budak tu nyampuk.

aduss sekali lagi aku mencapai tahap kekembangan yang maksima.
masa tu malu tak payah nak citer la, macam nak nyorok bawah kain kawan aku.
kesimpulannya tahap kekembangan aku meningkat ke 80% pada hari itu. muahahaha.

notatangan: gambar tak dapat disertakan sbb gua dah bertudung

…PABILA MENTAL MENJADI KOSONG, IDEA LARI BERTEMPIARAN…

Lama kan aku tak hapdet belog aku? ke korang ta pasan.
buat-buat la perasaan yeap. kenapa?

>MALAS? : emmm tak jugak…aku mang tengah rajin nak menaip nih.
kebusanan pon dah tahap melampau lampau dah.

>KEKERINGAN IDEA? : boleh dikatakanlah….tapi….entahlah….

mungkin sememang aku tak ada  bahan citer yang menarik untuk aku ceritakan pada korang setakat ni,
selain gigih nak menyiapkan novel aku tu.
ada jugaklah cerita cerita sedih, tapi aku pon macam tak bersedia nak kongsi citer sedih ni dulu jadik biarlah dulu cerita cerita ta best tu.
kalau boleh aku nak post benda yang istimewa dalam idup je kecuali dah tak tahan sangat tatau nak luah kat sape, maka belog ini lah yang menjadi mangsanya.
isk isk isk kesian kat ko kan belog tulah siapa suh jadik belog…
yang pasti aku ada satu cerita sedih tapi bukan sekarang aku akan cerita, suatu hari nanti mungkin,
ya suatu hari nanti bila aku dah bersedia nak bercerita, setakat ni apa yang aku doakan biarlah orang yang suka aniaya orang ni akan dapat balasan setimpalnya dari Allah.
Dia lebih tahu segalanya.

nantilah kalau ada cerita bes ke menarik ke aku akan taip satu entri.
buat masa ni memang aku tersangat blank!

…NOVEL SWEET SOUR karya NASz…

[untuk review novel lain korang boleh ke sini –> WRITER DESK]

harini aku dengan rasa rajin dan baik hati sangat sangat darab lagi tiga belas kali
nak tolong pomot novel yang dah abis aku baca ni kat kenkawan, pembaca pembaca budiman kat sini.
so aku dapat komisen tak nanti ni?? hahaha.

aku baru je habiskan pembacaan ke atas novel bertajuk seperti diatas  SWEET SOUR.
rasa aku lah kan ini hasil penulis novel terbaru alaf ini.
citer ni memang ta perlu nak kata pape agy, memang best sesangat!
walau pun tak adalah capai tahap bes giler viva kan tapi memang tak rugi la beli dan baca.
korang memang akan puas aty.
ayat dia memang sangat bersahaja dan kelakar,
aku tak henti nak gelak dari mula aku baca sampai lah pertengahan cerita.
sebab bila dah nak habis tu citer dia jadi sedey pulak.
memang jarang benar orang nak menulis novel guna perkataan atau kata ganti diri ‘aku’ sebab bagi aku sendiri, agak payah nak tunjuk sesuatu situasi kalau dah namanya dihadkan kepada aku,
tapi Nasz sudah berjaya membuatnya! syabas mera bheta syabas!

masa mula mula baca cerita dia ni rasa cam hampeh je sebab belom baca sampai habis,
bengang dengan jalan cerita dia yang depan tu dan memang tersangat benci giler dengan kehadiran joe disitu.
at the end, aku akhirnya bersetuju dengan pilihan dia.
sebenarnya bagi aku la, kalau dia pilih zarul pon aku suka dan kalau pilih joe pon aku lagi suka.
sebab zarul ni watak dia memang kelaka dan best tapi sayangnya dia ni pengecut giler!
tak macam watak joe, joe digarap sebagai seorang yang romantik abis la
dan berani nak pertahankan hak dia sayangnya he is to0 serious.
dia rela buat apa saja demi mendapatkan apa yang dia nak, dan cintanya.
so, apa pun aku amat suka dengan keseluruhan cerita ni dan aku sarankan pada korang untuk baca citer ni jugak. pasti tak nyesal punya! selain tu sesaper yang dah baca leh la komen kat aku, jomla kita berkongsi cerita!

aku bagi dia empat bintang bagi penulisan dia yang mabeles tu
dan jalan citer yang agak lain dari yang kebiasaan penulis buat (termasuk aku, hahaha).
aku harap manusia yang bernama pena Nasz ni teruskan usaha dia menulis cerita yang lagi best
dan buat yang terbaik dari yang baik ni. semoga beliau terus berkarya.
aku akan sabar menanti hasil karyanya yang lain pulak.

selain tu untuk pengetahuan u olls semua aku jugak tak sabar nak baca karya Nass Alina Noah yang terbaru.
nama penulis ni dah melekat kat aty aku.
hasil penulisan yang aku kagum dan lain daripada yang lain.

notatangan:: bagi peminat-peminat novel, aku nak gitau ni kalau korang nak tau komentar-komentar aku dalam novel-novel dipasaran, aku dah buat satu belog khas untuk mengkomen novel.
korang boleh lawati WRITER DESK, jangan lupa tinggalkan komen kat situ.
bolehla kita berkongsi cerita beramah mesra.