…AWARD DARI CIK NICK…

hoyeh! hoyeh!! joget ala ala sinchan sikit.
jagungku tarian jagung….
kali ni dapat lagi award dari cik nick comey!!
kamo0 tak jemu-jemu nak kasik awards kat aku kan?
lagipun memang dia sorang je yang dok kasik aku award…huhuhu kesian kan kat aku??
cakaplah yang korang kesian, pleaseee…..

jeng jeng jeng….

inilah awardnya…

 

AWARD BLOGGER CUN!!

maknanya aku lah yang CUN tu kan…
diulangi AKU sebagai blogger dapat award CUN jadik AKU+CUN= AKU CUN kuasa dua….
wakakakakka…. tak sangka aku ni cun…
fuhhh kekembangan telah bermaharajalela….
terima kasih banyak banyak lah kerana mengembangkan aku dengan memberi award cun kat aku yang comey ni, maknanya aku ni CUN DAN COMEY!
wakakakakka ok dah dah… santan dah penuh sebaldi nampaknya…
boleh buat pengat ubi jap lagi ni….
special thanks again to CIK NICK!

dia suruh aku tag kepada 10 orang kawan
dan memang aku tau aku takkan dapat memenuhi kehendaknya
sebab kawan blogger aku tak ramai pon dan yang ada ni pon dah lama tak berblogging ni…
so boleh tak kalau aku tak tag dorang?? ~~ngeeee

Advertisements

…BAJU RAYA TEMA HITAM PUTIH…

pertengahan bulan ramadhan cenggini mesti ramai dah manusia sibuk nak buat persiapan raya kan?
sinonim dengan raya mesti la kuih raya, baju raya, duit raya, hantu raya…
haaa biarlah dia nak beraya samer, kasikla chance dia nak makan kuih raya yang korang buat…

citer sal baju raya, tetiba teringat pulak zaman kanak-kanak riang ria dulu,
mak ayah la orang yang bertanggung jawab belikan aku baju raya.
yelah dh nama pon budak-budak mana nak dapat duit lagi zaman tu, buta fashion pulak tu.
nasibla puan emak aku agak celik fashion,walau baju kurung tp coraknya mang chantek
dan sesuai bila aku tengok balik gamba gamba lama aku.
dan semestinya zaman tu yang penting DUIT RAYA!
walaupun puasa memang langsung tak penah penuh walau sehari…
ngee eleh zaman budak-budak kan biasalah,
korang macam la tak pernah buat macam aku kan? puasa yang yuk! hahahaha!! ngaku tak pe!
sampaila lebih kurang aku dah masuk tingkatan 5,
cik kakak aku pulak yang mula membeli baju raya untuk mak ayah dan aku sebab masa tu dia dah kerja.

dan sekarang setelah dua tahun aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan,
baju raya aku haruslah aku yang beli sendiri kan?
beli dengan duit sendiri dan pilihlah sendiri, lantak ko lah masa tu.
dah tak ada nama nak sponsor menyemponsorkan…
tapi macam biasaklah kan aku ni buta tuli sikit dalam dunia pemfashionan ni… hohoho…
yer yer aku ngaku! puas aty?. jadi cik kakak jugaklah yang jadik mangsa aku…
muahahahahha (gelak jahat).

semalam, jalan punya jalan kat carrefour nak cari lah baju raya murah-murah,
dah nama pon bukan anak datuk jadi sendiri mau ingatla mana letak duduk diri sebenarnya tu..
lagipun masa tu bujet dan dan je melarikan diri.
tapi… hampa siot! semua kedai dah tutup jam 10 malam oke!
oke jap, aku memang sangat pelik dengan peniaga-peniag melayu kita ni.
tidak kah mereka ni tahu time-time macam tulah ramai orang akan keluar membeli
sebab semua nya baru balik dari kerja dan terawih?
tapi dorang ni pulak punyalah kalut nak tutup kedai, tak boleh ke dorang tutup kedai masa terawih,
join terawih sesamer lepas tu bukak balik afta terawih sampai tengah malam?
woiiit korang tamau duit ke? aku datang ni bawak rezeki tau! isk isk isk…
aku memang tidak paham. macam malas nak meniaga pon yea jugak.

tapi… nak buat macam mana kan itulah realiti rakyat malaysia,
terutama yang berbangsa macam aku *MELAYU*,
nak kata apa dah? kira nak balik awal ja depa ni, bukannya nak fikir untung beniaga, rezeki nak masuk.
isk dah tu bilalah nak maju?? pehal aku emo melebih lak ni?

last-last cik kak bawak aku yang dah bengang tahap dewa sembilan belas ni
shoppin kat danau kota dengan kawan dia yang tau jalan.
fulamakkkk memang tragedi august betul lah tahun ni!
semua kedai baju tema HITAM PUTIH kehidupan  tu TAK ADA… aku ulangi TAK ADA! fuhhh dasat kan? “helllooo…. seme rakyat mesia terutama KL, SELANGOR, PUTRAJAYA dan semu area berdekatan.
korang semua dah pilih tema kaler aku tu ke?
sebelum raya berlambak je aku nampak dijual, dan aku rasa cik kakak dah pilih kaler yang paling simple!
itupun boleh tak ada, aku memang dah double double pelik tahap otomen taro jap!
jenuh aku mencari namun alhamdulillah, ada jugak rezeki aku…
nun kedai di hujung sana ada baju yang aku cari-cari,
walau baju pertama yang aku tangkap cintun tu tak ada size aku
tapi pilihan kedua oleh cik kakak jugak aku puas hati, walaupun hanyalah baju kurung pesak gantung.
kira dah cukup mabeles la time tu, tak payah nak demand lebih-lebih!

so apa pulak kaler tema korang tahun ni, mohla kongsi dengan cik ieyza.

hihihihi… oklah dah 3.15 pagi waktu aku tido setelah penat berjalan di danau kota..
esok bangun awal nak sahur pulak… adoyai……

…RAMADHAN TAHUN 2010…

Macam tak percaya kan, pejam celik pejam celik…
pejam tak celik celik pon ramadhan sudah munculkan diri.
terasa pantas giler masa berlalu menginjak usia demi usia…
wahhh ayat… bolehla aku jadik ahli palsampah kan lepas ni?

seperti yang semua orang pon dah sedia maklum,
pastinya bulan ramadhan adalah bulan yang sangat kita nanti-nantikan kan?
sebab bulan ramadhan ni membawa keberkatan yang banyak dalam hidup kita ya anak-anak.
dan setiap kali ramadhan jugaklah aku berharap ianya akan penuh makna
dan aku dapat tempuhi dengan lebih baik dari tahun tahun yang sebelum ni.

dan ramadhan kali ni pon macam tahun lalu,
berpuasa tanpa insan tersayang dan tercinta iaitu kedua orang tua aku…
sedih engkau tahu tak sedih! hukhukhuk.
masa-masa cenggini memang aku akan merasakan kesedihan di tahap melampau.
yelah dah berbelas tahun kot aku puasa… tolak masa kecik dulu tak poser kan,
semua dengan mak ayah aku… bersahur, berposer, berbuka dan solat jemaah dengan dorang.
last-last aku kena jugak poser sensorang, itulah nasib anak perantau macam aku ni.
jauh di negeri orang..ouhh jauhla sangat! sedih kan? tolonglah cakap yang korang sedih 😥  

dari awal bulan lepas aku senanya dah ajak mak ayah aku datang ke rumah aku untuk berpuasa bersama
dan aku tersangat la bergumbira di hari raya sebab dorang pon dah setuju
namun… langit tak selalunya cerahh… cewahhh tak abes-abes ayat poyo itu.
takdir dah merubah segalanya.
mereka terpaksa ke rumah cik kakak yang di Selayang atas sebab-sebab tertentu dan aku sangat kuciwa gila! huhuhu, aku pun tak dapat ke rumah cik kakak atas sebab-sebab tertentu.
walau bagaimanapun, aku harap sangat la biar kali ni raya ni aku dapat jugak bersama mereka sepuasnya. insyaAllah!

dan berita yang sangat tragedis adalah apabila sepanjang bulan poser ni
aku terpaksa berbuka diatas bus sahaja.
huhuhu malang sungguh nasib aku rupanya, baru aku nak sedar diri kan?
untuk pengetahuan korang, walaupun korang senanya tamau tau pape kan…..
aku nak citer jugak jugak yang pee jay (petaling jaya) ke rawang bukanlah satu destinasi jiran sebelah rumah.
ianya memakan masa sejam setengah belum dicampur dengan keadaan komuter yang selalu buat hal
dan bus yang entah bila akan bertolak.
Rawang ke rumah aku di bukit beruntung masa ni memakan masa 45minit dengan menaiki bus,
jadi bayangkanlah! namun demi ramadhan ini aku terpaksa tabahkan hati kuatkan semangat,
sesungguhnya ia banyak menguji.
insyaAllah aku mampu lakukannya.

BAZAR RAMADHAN? —
mimpilah jelah untuk aku mengikutinya, dah balik pon dekat jam 9pm baru sampai rumah,
bila masanya aku nak ke bazar ramadhan tu?
cuma mampu menunggu hari sabtu dan ahad saja, itupun kalau rajin.
memandangkan rumah aku atas bukit jadik sangat la malas untuk jalan kaki…
ouhh alasan tak pernah habisla ko cik ieyza!

dan kepada semua sahabat handai, kaum keluarga, yang jauh dimata dan dekat dihati
juga kepada seluruh umat islam sekalian alam,
aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!

…CERITERA DISEBALIK KISAH SEDIH ITU…

POST INI SANGAT SERIOUS!!!

“Dia” berkahwin atas dasar rasa simpati dan kasihan pada nasib si suami
dan kedua ibu bapanya kelihatan bersetuju dengan pilihannya itu (walaupun nyatanya tidak).
pada awal perkahwinan semuanya berjalan lancar
walau pun sebenarnya banyak sangat rintangan yang terpaksa dihadapi…
tentang cemburu seorang bekas isteri maka membuat keputusan mahu kembali kepada bekas suaminya.
tentang ibu mentua yang dihasut supaya membenci menantunya dan menerima bekas isteri serta anak-anak
dan tentang semua sanak saudara yang dihasut bekas isteri untuk pastikan dia dapat kembali pada bekas suami sekaligus membiarkan mereka membenci bakal suri hidup suami yang baru.
dia tempuhi dengan kesabaran dan air mata dan dia akhirnya berjaya.
cinta itu milik mereka mungkin.

namun langit tidak selalunya cerah,
akhirnya dia mengaku pada diri sendiri yang dia
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya yang panas baran,
tidak romantik, tidak pandai untuk memujuk dan sangat cepat naik angin
tidak boleh ada kesilapan walau sedikit.
perilakunya tak ubah seperti seorang yang sangat-sangat matang.
mungkin kerana faktor usia.
terlalu banyak protokol yang perlu di ikuti, terlalu banyak jugak pantang larang
dalam sesuatu perkara mahupun perbuatan,
tidak pernah si suami mengaku kalah atau mengalah, walaupun sekali.
si isteri selama ini banyak bersabar dengan setiap karenahnya juga semakin tidak tahan,
dia benar-benar sudah lemas dan penat dengan semua ini.
sudahla tiada perasaan pada si suami namun dia cuba untuk menjadi isteri yang terbaik,
menanam rasa cinta dan tidak pernah menjawab walau sepatah ayat.
dan seringkali itu jugalah, perangai si suami kian merobohkan benteng kesabarannya.

dia selalu merungut sendiri di dalam hati,
amat cemburu melihat suami-suami orang lain sanggup menghantar dan mengambil isteri
di pejabat atau di stesen-stesen komuter/ putra/star/bus. namun dia?
semuanya terpaksa dilakukannya sendiri, berdiri diatas kaki sendiri
seperti dia di zaman anak dara dahulu. pergi kerja-balik kerja semuanya sendiri.
namun tidak dinafikan bahwa suaminya itu penyayang dan bertanggungjawab,
mungkin buat masa sekarang itu saja kebaikan yang dapat dilihatnya,
pastinya keburukan mengatasi kebaikan itu.
malahan suaminya juga tidak pernah membela dia di hadapan setiap cemuhan dan kutukan orang lain terhadapnya. suaminya lebih rela berdiam diri. dayuskah?

kesabaran itu akan sampai jua ke kemuncak satu hari nanti. pasti!

 

notatangan:: bila cinta ini tak lagi bersatu…bila rasa ini tak lagi untuk mu.

 

…AWARD FROM MS NICKI…

Wahh… aku teruja giler kot dapat award harini.
haruslah aku teruja sebab seumur hidup jadi blogger tak berapa nak tegar ni
orang ta pernah pon kasi aku award…ngeh ngeh ngeh.
award diberikan oleh salah seorang kawan baik aku yang aku panggil CIK NICKI…
#mekasih cik nick!!#…

sedikit perilaku kejakunan telah berlaku semasa mau menerima dan menempel award di belog sendiri.
hahaha! nasib baik cik nick tidak busan mengajar aku yang buah cempelak ini….
kan aku dah kata aku ni ta pernah terima sebarang award.
pape pon mekasih bebanyak… chantekk sesangat! 

To cik nicki:~~ moga persahabatan kita kekal selamanya biarpun masing-masing da jadik nenek-nenek vogue…hahahahha… kekal hingga akhir hayat!