…SESAT BARAT!…

Bertarikh 03 ogos 2010 bersamaan dengan hari selasa, aku nak ke tempat keje cam biasa.
naik bus dari bukit beruntung dan sampai di stesen komuter rawang lebih kurang dalam jam 6.10 pagi.
giler awaikan? orang lain mesti masih lena diulit intan pagi hari cenggini.
turun dari bus, melintas jalan dan berjalan sikit untuk masuk ke dalam setesen
tetiba ada seorang pekerja disitu tak benarkan kami masuk.
aku pun tatau pe sebabnyer mula-mula tu.
tapi tak salah aku, aku dengar yang dia cakap “ada pelanggaran komuter, jadi perjalanan semua terpaksa dibatalkan, tatau sampai bila pulak.
aku mang terkezut lipan la jugak, terpikir camane komuter tu boleh berlanggar, kan jalan dorang lain-lain.
masa tu dalam hati pun dah menyumpah seranah dah, sebab aku memang tak tau camne nak pergi kerja kalau bukan dengan komuter.
boleh dikatakan aku bergantung seratus peratus pada komuter untuk aku sampai ke tempat kerja.

masa tu memang habis orang aku cari dan yang paling boleh diharap adalah kakak aku,
orang lain…huh! mintak ampun! suruh tolong datang ambil pun, disuruhnya balik sendiri!
sorry la yea cik kakak terpaksa menganggu kamo0 di pepagi buta yang indah ini.
disebabkan dia bersekolah petang jadi aku ambil keputusan untuk kerumah dia aja,
mood untuk g kerja memang dah tak ada masa tu…
nak balik rumah sendiri pon apatah lagi.
jadi dia ajar aku cara nak nek bus.
abes konduktor bus aku tanya camne nak sampai tempat kakak aku,
mujurlah abang konduktor tu pon paham keadaan aku masa tu. 
 

-Dipendekkan cerita-

aku sampai di sentul dalam jam sembilan pagi lebih lebih la kot.
aku pon tak pasan masa tu pukul berapa.
aku terus je ke rumah kakak,
dia yang ambik aku kat stesen bus yang lebih kurang 5-7 minit dari rumah dia di sentul tu.
aku lepak aja kat sana. pastu menyembang tak hengat donia dah masa tu.
dalam jam 12pm lebih tu dia dah terpaksa ke sekolah
tinggal la aku sensorang melayan kumpulan beruk ku (berukband).
pe agy online facebook, yahoo massenger sesambil tu
aku tonton DVD cerita jepong kegemaran aku ‘HanaYori Dango’.
fuhhh…. tangkap leleh sekali lagi, sesambil kekadang tertawa tak hengat donia
sebab citer dia mang klako giler.

-Dipendekkan lagi cerita-

Cik Kakak balik dari sekolah dalam jam 7pm,
dia sakap mau anto aku dengan penolongan sorang kawan dia untuk aku balik ke bukit beruntung,
so aku pon terima jelah, kalau tak haruss aku bermalam kat rumah dia aja.
lagipun boleh la aku bawak balik semua barang-barang yang pernah aku tinggalkan kat rumah dia dulu
sebab masa tu tak ada transport nak bawak barang-barang tu.

on da way balik tu, memang banyak jugaklah dugaan yang menimpa kakak aku, sebab dia tatau jalan.
aku? tak payahla tanya dah sah-sah buta jalan…
kan aku dah maklumkan sebelum ni yang aku memang la sangat buta jalan.
sesampainya di daerah rawang, co-pilot dah bertukar orang,
dari kawan  cik kakak kepada aku yang tatau jalan ni, ouhh sadis!
mula-mula tu memanglah ok je tapi ada salah satu simpang tu aku tersalah masuk
terus membawa aku ke kawasan yang sangat gulap gulita dan hutan sepanjang jalan kiri dan kanan!
nama tempat tu kalau tak salah aku sungai boyer (buaya).
memang masing-masing dah cuak sangat dah masa tu,
sebab jalannya sangat gelap dan kenderaan pon jarang sangat lalu lalang kat area situ.
then kami semua ambil keputusan untuk patah balik semula,
nasib la akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dirancang dalam jam satu pagi.
tak sangka lah aku leh sesat dalam daerah sendiri. sungguh bikin malu!

yang paling best sangat masa sesat tu aku terpikir,
selama aku duduk kat situ tak pernah lagilah aku jejak sungai boyer tu
tapi cik kakak dah pecahkan rekod dengan membawa aku round-round da world
dengan memperkenalkan sungai boyer tu pada aku pada malam tu.
akhirnya aku dah jejak dan dah kenal sungai boyer.
terima kasih banyak-banyak la yeap cik kakak… jasamu ku kenang.. hak hak hak!

4 thoughts on “…SESAT BARAT!…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s