…CERITERA DISEBALIK KISAH SEDIH ITU…

POST INI SANGAT SERIOUS!!!

“Dia” berkahwin atas dasar rasa simpati dan kasihan pada nasib si suami
dan kedua ibu bapanya kelihatan bersetuju dengan pilihannya itu (walaupun nyatanya tidak).
pada awal perkahwinan semuanya berjalan lancar
walau pun sebenarnya banyak sangat rintangan yang terpaksa dihadapi…
tentang cemburu seorang bekas isteri maka membuat keputusan mahu kembali kepada bekas suaminya.
tentang ibu mentua yang dihasut supaya membenci menantunya dan menerima bekas isteri serta anak-anak
dan tentang semua sanak saudara yang dihasut bekas isteri untuk pastikan dia dapat kembali pada bekas suami sekaligus membiarkan mereka membenci bakal suri hidup suami yang baru.
dia tempuhi dengan kesabaran dan air mata dan dia akhirnya berjaya.
cinta itu milik mereka mungkin.

namun langit tidak selalunya cerah,
akhirnya dia mengaku pada diri sendiri yang dia
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya yang panas baran,
tidak romantik, tidak pandai untuk memujuk dan sangat cepat naik angin
tidak boleh ada kesilapan walau sedikit.
perilakunya tak ubah seperti seorang yang sangat-sangat matang.
mungkin kerana faktor usia.
terlalu banyak protokol yang perlu di ikuti, terlalu banyak jugak pantang larang
dalam sesuatu perkara mahupun perbuatan,
tidak pernah si suami mengaku kalah atau mengalah, walaupun sekali.
si isteri selama ini banyak bersabar dengan setiap karenahnya juga semakin tidak tahan,
dia benar-benar sudah lemas dan penat dengan semua ini.
sudahla tiada perasaan pada si suami namun dia cuba untuk menjadi isteri yang terbaik,
menanam rasa cinta dan tidak pernah menjawab walau sepatah ayat.
dan seringkali itu jugalah, perangai si suami kian merobohkan benteng kesabarannya.

dia selalu merungut sendiri di dalam hati,
amat cemburu melihat suami-suami orang lain sanggup menghantar dan mengambil isteri
di pejabat atau di stesen-stesen komuter/ putra/star/bus. namun dia?
semuanya terpaksa dilakukannya sendiri, berdiri diatas kaki sendiri
seperti dia di zaman anak dara dahulu. pergi kerja-balik kerja semuanya sendiri.
namun tidak dinafikan bahwa suaminya itu penyayang dan bertanggungjawab,
mungkin buat masa sekarang itu saja kebaikan yang dapat dilihatnya,
pastinya keburukan mengatasi kebaikan itu.
malahan suaminya juga tidak pernah membela dia di hadapan setiap cemuhan dan kutukan orang lain terhadapnya. suaminya lebih rela berdiam diri. dayuskah?

kesabaran itu akan sampai jua ke kemuncak satu hari nanti. pasti!

 

notatangan:: bila cinta ini tak lagi bersatu…bila rasa ini tak lagi untuk mu.

 

4 thoughts on “…CERITERA DISEBALIK KISAH SEDIH ITU…

  1. erm kalau max nak tanye tarikh lahir kawan ieyza ngan suami die ape?mungkin max leh tulong kot kalau ieyza sudi bagi tarikh lahir mereka.kalau nak agie best bagi sekali jam mereka lahir.pagi atau petang.lokasi kat mana….=D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s