…RAMADHAN TAHUN 2010…

Macam tak percaya kan, pejam celik pejam celik…
pejam tak celik celik pon ramadhan sudah munculkan diri.
terasa pantas giler masa berlalu menginjak usia demi usia…
wahhh ayat… bolehla aku jadik ahli palsampah kan lepas ni?

seperti yang semua orang pon dah sedia maklum,
pastinya bulan ramadhan adalah bulan yang sangat kita nanti-nantikan kan?
sebab bulan ramadhan ni membawa keberkatan yang banyak dalam hidup kita ya anak-anak.
dan setiap kali ramadhan jugaklah aku berharap ianya akan penuh makna
dan aku dapat tempuhi dengan lebih baik dari tahun tahun yang sebelum ni.

dan ramadhan kali ni pon macam tahun lalu,
berpuasa tanpa insan tersayang dan tercinta iaitu kedua orang tua aku…
sedih engkau tahu tak sedih! hukhukhuk.
masa-masa cenggini memang aku akan merasakan kesedihan di tahap melampau.
yelah dah berbelas tahun kot aku puasa… tolak masa kecik dulu tak poser kan,
semua dengan mak ayah aku… bersahur, berposer, berbuka dan solat jemaah dengan dorang.
last-last aku kena jugak poser sensorang, itulah nasib anak perantau macam aku ni.
jauh di negeri orang..ouhh jauhla sangat! sedih kan? tolonglah cakap yang korang sedih😥  

dari awal bulan lepas aku senanya dah ajak mak ayah aku datang ke rumah aku untuk berpuasa bersama
dan aku tersangat la bergumbira di hari raya sebab dorang pon dah setuju
namun… langit tak selalunya cerahh… cewahhh tak abes-abes ayat poyo itu.
takdir dah merubah segalanya.
mereka terpaksa ke rumah cik kakak yang di Selayang atas sebab-sebab tertentu dan aku sangat kuciwa gila! huhuhu, aku pun tak dapat ke rumah cik kakak atas sebab-sebab tertentu.
walau bagaimanapun, aku harap sangat la biar kali ni raya ni aku dapat jugak bersama mereka sepuasnya. insyaAllah!

dan berita yang sangat tragedis adalah apabila sepanjang bulan poser ni
aku terpaksa berbuka diatas bus sahaja.
huhuhu malang sungguh nasib aku rupanya, baru aku nak sedar diri kan?
untuk pengetahuan korang, walaupun korang senanya tamau tau pape kan…..
aku nak citer jugak jugak yang pee jay (petaling jaya) ke rawang bukanlah satu destinasi jiran sebelah rumah.
ianya memakan masa sejam setengah belum dicampur dengan keadaan komuter yang selalu buat hal
dan bus yang entah bila akan bertolak.
Rawang ke rumah aku di bukit beruntung masa ni memakan masa 45minit dengan menaiki bus,
jadi bayangkanlah! namun demi ramadhan ini aku terpaksa tabahkan hati kuatkan semangat,
sesungguhnya ia banyak menguji.
insyaAllah aku mampu lakukannya.

BAZAR RAMADHAN? —
mimpilah jelah untuk aku mengikutinya, dah balik pon dekat jam 9pm baru sampai rumah,
bila masanya aku nak ke bazar ramadhan tu?
cuma mampu menunggu hari sabtu dan ahad saja, itupun kalau rajin.
memandangkan rumah aku atas bukit jadik sangat la malas untuk jalan kaki…
ouhh alasan tak pernah habisla ko cik ieyza!

dan kepada semua sahabat handai, kaum keluarga, yang jauh dimata dan dekat dihati
juga kepada seluruh umat islam sekalian alam,
aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!

5 thoughts on “…RAMADHAN TAHUN 2010…

  1. bintang zohra::
    selamat berpuasa jugak… moga ramadhan kali ini kita jalankan lebih baik dari ramadhan yang lepas2

    nick::
    ha’ah…huhuhu itu sudah semestinya cik nick…hihihi teruja mo masak dibulan poser ini

  2. selamat berpuasa…alhamdulilah tahun dah masuk tahun ketiga berpuasa bersama inchik suami dan tahun kedua berpuasa dengan si baby dan tahun pertama berpuasa tanpa arwah ayah…

    mode: sedikit merundum..

  3. eby….
    camat berposer jugerk…alhamdulillah sglnya berjalan lancar kan??
    namun eza harap eby tabah… yang pergi tetap pergi dan kita yang hidup harus meneruskan kehidupan sehinggalah kita pula dijemputNya…
    walaupun tak meriah namun harap eby bergembira di hari raya bersama suami dan anak2 tersayang….

    mode:: saya juga turut merundum…. simpati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s