… OH MY GIGI…

nak dijadikan cerita gigi aku dah start sakit hari selasa ritu dah (14 september 2010)
so aku pun setakat telan panadol atau activefast atau prostan jelah
sebab aku sangat lah “rajin” nak ke klinik,
aku mang rajin tau ke klinik cuma klinik tu aja yang tamau terima kedatangan aku. ngee
kalau boleh semua ubat dalam dunia ni aku nak telan untuk menyahkan rasa sakit tu.
disebabkan tak tahan sangat jadi aku ingat nak pergi la tampal gigi hari khamis je
sebab hari khamis tu kan cuti satu malaysia.

sampai masanya, bila aku dah pergi tak disangka-sangka pulak semua klinik swasta tutup.
FYI, klinik gobermen sangat sangat susah nak dapat kat bukit beruntung ni.
aku memang tak jumpalah sepanjang aku gigih mencari.
memang giler giler bercuti la kiranya dorang ni semua.
jadi aku terpaksa lah bertahan, kononnya hari sabtu ni aku akan pergi.
tapi menjelang hari jumaat memang aku dah tak tahan sangat sangat dah,
pe jadahnya sampai tak tido menahan sakit gigi, ubat dah berbakul aku telan!
sampai mak bapak atok nenek moyang segala bakteria dan kuman dan imun dengan ubat yang aku telan tu
(suka suki aku bagi fakta salah kat korang kan?)
jadi jumaat tu aku ajak inchik abang ke klinik swasta di Bukit Sentosa.
kiranya aku mc lah hari tu.

bila kena panggil, masuk je cakap kat Doc Gigi tu aku mau tampal gigi bahagian atas paling ujung.
dia pon check la sambil tekan-tekan dan tanya aku sakit tak?
aku yang betul bendul ni jawablah sakit cuma tak delah sekuat mana sakitnya. biasa-biasa je.
dia check lagi dan lastly dia cakap dekat aku yang dia sarankan aku supaya cabut aja gigi tuh,
dengar aja perkataan CABUT, aku dah gelabah giler kentang.
dia cakap gigi tu dah bergoyang, kalau nak tampal pun tak guna sebab bila tekan dia akan sakit
jadi maknanya lubang tu dah dalam. lagipun itu gigi bongsu, kecik aja dan tak ada guna pun.
sekali lagi aku rasa dunia aku kelam seketika.
gigi bongsu? aku selalu dengar orang cakap gigi bongsu ni paling sakit kalau nak cabut, adoyai…
bergetar jap kepala lutut aku seketika.
lama aku terdiam sampai doc tu tanya nak cabut ke tak?
boleh pulak aku dengan selamber ngeng aku pi tanya dia “sakit tak kalau cabut”
dia jawab apa tau ” kalau dah cabut tak sakitlah”
ouhh aku tanya soklan lain, lain pulak yang ko jawab cik doc.
aku gelak je sambil buat muka innesen. padahal cuak tak hagak hagak dah.
aku diam lagi. mesti doc tu sangat tensen dapat aku sebagai pesakitnya harini.

aku senanya tak takut.. ayat kaber r tuh kan? haruslah~
oke oke… ni betul-betul ni bukan cobaan.
sumpah aku tak takut untuk cabut gigi,
tapi aku memang waktu itu dalam keadaan yang sangat sangat tidak bersedia.
aku dah diajar untuk tidak takut akan hal hal remeh macam ni,
yelah tak ada nak matinya cabut gigi! tapi aku tak bersedia ooke,
sebab dalam kepala otak aku waktu tu asyik mengatakan gigi aku cuma berlubang dan perlukan tampalan.
lama aku termanggu, kesian kat doc tu jadi aku bersetuju.
nak tak nak aku kena teruskan niat aku. takkanlah aku nak blah aja kan? lagi malulah jawabnya nanti.

masa aku dengar dia mintak short needle tu aku dah siap istighfar dalam hati,
memang aku berdebar gila viva la. tak pe tak pe aku yakin aku kuat. cewah!
dia cucuk ubat bius, terasa sakit sikit jelah.
cuma ubat bius dia tak berapa kuat, selalunya kalau rasa pipi macam nak jatuh aja ke bawah
tapi kali ni memang tak. dia dah mula mencabut, memang tak sakit langsung. sumpah wei tak sakit.
cuma dada aku berdebar dan rasa gerun sesangat biler dengar dia goyang-goyangkan gigi tu sambil tarik tarik.
masa tulis ni pun jantung aku berdenyut kencang tau.
aku tak dapat nak describekan macam mana perasaan aku masa tu
hanya orang yang pernah cabut gigi bongsu aja yang dapat merasainya kan?kan?kan?.
ayat berlagak seolah olah hebat sangat cabut gigi bongsu tu walhal…. aku cuma mampu istighfar je saat tu, memang berdebar gila!! alhamdulillah tercabut.
selesai cerita dia bagi ubat tahan sakit, antibiotik, dan kapas.
pastu dia pesan suh minum ais banyak banyak atau makan aiskrim untuk cepatkan proses pembekuan darah. langsung tak leh makan atau minum benda yang panas panas, keras dan berkumur.
abis aku nak gosok gigi camne nanti? hurmm. darah yang kuar waktu tu memang tak hengat lah!

setelah lebih kurang 3-4 jam kemudian, ubat bius dah mula menghilang
dan mulalah mulut aku rasa perit gila macam mula-mula sakit gigi sebelum ianya dicabut.
seluruh gusi dan gigi sakitnya tak payah la nak gebang hebat. memang tiptop superb punyer.
pengalaman yang sukar dilupakan! aku apalagi terus telan 2 biji ubat tahan sakit
selang tiga jam pastu aku telan lagi sebiji.
alhamdulillah. pengalaman gerun tu wei! sumpah lepas ni tamau cabut gigi dah.

 

 

notatangan:: seingat aku, nak dapatkan gigi bongsu ni sampai demam teruk aku tapi senang-senang aja nak kena cabut. nasib baik la aku tak demam lepas cabut. mengada betul ko wahai gigi bongsu! 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s