…BERKAROK di K’ROK KEPONG…

lebih kurang jam 9.30 pm semalam,
aku dengan semua housemate cik kakak buat satu decision penting untuk meneruskan kehidupan…
misi yang penting untuk hidup perlu diselenggarakan dengan kadar segera
tanpa sebarang sesi penangguhan lagi.
misi penting yang telah kami ambil adalah pergi membuat lagha dengan berkaraoke di kepong
untuk melepaskan segala ketensenan kerja.
tensen la sangat kan> padahal hari-hari kerja ko tu bukak FB je layan chatting…
melangut depan PC tak habes-habes. hakhakhak.
kami berempat malam tu pergi dengan romeo cik kakak kaler itam tu,
tapi kawan cik kakak iaitu kak watie yang pandukan sebab alasannya malas nak drive memalam buta tu.
tapi kan senang kalau kamo0 cakap kamo0 tatau jalan wahai cik kakak. hakhakhak.

bersiap secepat yang mungkin, main sarung ala kadar je.
then jam 10malam lebih tak kurang kurang kami bertolak dari Sentul
dan sampai lebih kurang 30min kemudian di K’rok Kepong…
pastu cik kakak dan cik housemate isi borang pe yang patut lah kot, dapat bilik medium.
dengan ini sayer ingin mengucapkan ribuan mekasih buat housemate we olls iaitu kak watie
sebab sudi membelanjakan duitnya kepada kami untuk berkarok itu malam selama dua jam
dan dengan harapan yang lebih besar ingin diri ini membuat ucapan, sila-sila kanlah belanja kami lagi.
ngee~~ jadi apa lagi kan? bilik dah ada, makan makan pon dah beli. masuk je bilik terus lah panaskan enjin.
kami duduk la bertapa kat situ selama 2 jam.
memang aku melepaskan gian menyanyik mengikut sore katak malam itu, melalak sampai tak hengat!
yang paling tak tahan semua lagu yang nada tinggi melangit aku bawak.
paling bes lagu Salam Untuk Kekasih~ Nadia. fuh memang bakal pecah peti sore aku.
aku bermula dengan laju Rela by Eja, Barangkali by Deja Moss.
tekak aku tak yah cakap la perit gila. kalaulah tekak pandai bercakap harus aku kena maki!
ada gak lagu sampingan yang aku duet dengan cik kakak, semuanya lagu dari spice girls.
dan harini… aku sudah tiada sore.ouhh!


sesi berkarok akhirnya tamat jam 12.30 pagi!
memang rasa tidak puas hati tetapi perlu menerima hakikat bahawa semua nya sedang bekerja
bukan anak raja duduk rumah goyang kaki ok.
cik housemate pon ada kertas kerja yang perlu disiapkan.
walau rasa cam nak melalak lagi tapi terpaksalah meninggalkan bilik itu dengan hati yang berat.
ayat langsung tidak boleh blah!
sampai rumah lebih kurang jam 1.30pagi sebab hantar cik housemate ke kampung batu, jumpa inchik tunang
dan kami ditahan polis trafic sebab berlagak terer pegi langgar lampu isyarat merah.
wahaha! sangat la malus tak terkata. tidak tahu mana perlu ditaruk muka ini!
sampai je rumah, aku terus la berberuk sebentar untuk memastikan ladang-ladang aku terjaga.
berberuk la kat situ sampai jam 3 pagi sedangkan cik kakak sudah lama tido!

Malam ni dengan azam yang waja dan kental, baekk punyer.
aku mau tido seawal yang mungkin.
lau boleh lepas je solat isya’ terus je nak buat kuak lentang atas tilam.
boleh? ada bran? 


notatangan:: lain kali harus la sedor diri dengan bawak lagu yang mudah mudah aja supaya peti suara kekal terjaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s