…MOHLA MERONGGENG SAMPAI PENGSAN…

semalam aku pergi beronggeng lagi dengan cik kakak dan kawan cik kakak.
tapi ronggengan kali ini tidak dapat bertahan lama macam biasa
sebab cik kakak ada kerja yang perlu diselesaikan malam itu jugak.
so terpaksalah balik awal sikit. buat-buat sedor diri la kan.

alkisahnya beronggeng…
mula-mula kami bertiga cadang mau pegi beronggeng sambil makan-makan di HaRTZ. makan-makan adalah perkara wajib dalam beronggeng ok.
namun… anco berderai-derai harapan itu kerana cik kakak tidak boleh pegi
sebab kena selesai kan kerjayanya yang bertimbun-timbun itu.
tup tup aku balik kerja dia orang datang amek aku kat komuter
dan bawak aku g jenjalan dengan wangsamaju…
tujuan utama adalah SUBWAY WANGSA WALK,
perghhh memang la sangat tensen sebab aku masih berbaju kerja,
bermake up comot
sedangkan mereka mereka ini sudah bertukar baju,
bermandi manda dan berwangi-wangian.
sudah pastilah aku yang berbau macam tong sampah!huk huk huk.
ketidak adilan telah berlaku tanpa aku berdaya melawannya.
namun terpaksalah menurut serta plan dorang tu.
Subway tu haruslah dalam shoppin complex kan dan tempat dia memang chantek la.
kat situ semua roti-roti jelah, dah nama pon subway.
aku pilih yang no 10. haa jangan men-men aku ingat tau nombornya.
namanya roosted beef. harga rm11.50 kalau tak salah aku.
biasalah aku ni kalau orang yang belanja memang selalu lupa. muahahha! dengan roti honey oat dan air F&N anggur.
terkujat la jugak seketika tengok roti dia sangatlah besar dan de gedabak one!

ROtI yaNG besAU GedaBAk!!

dan akhirnya………

i’M FuLL!! burrrppp!!

selesai melantak pe yang ada disitu, kami pun mulalah menawaf wangsa walk complex. baguskan? sesudah makan kita berjalan meround satu bangunan, dengan harapan dapat membakar balik kalori-kalori yang ada… walhal ianya tidak menjejaskan pape pon sekadar menyedapkan ati sahaja. mabeles jugaklah kedai-kedai kat situ, paling mabeles tang harganya… tade jenama tapi mahalnya…fulamak! dalam tengah pokai dan da cikai one aku sempat jugak membeli 4pasang anting-anting. ala bawu ja seploh hengget. pastu beli besday gift untuk my best buddies ~CIK SKY~ then jalan lagik dan jeng jeng jeng. teka ape!? yeaaa salah…. aku terjumpa booth minyak wangi dan cik salesgurl itu telah menawarkan minyak wangi EDP dengan harga rm150 sebotol dan mendapat sebotol percuma. kira rm75 la sebotol tu. waa… sangat sangat teruja, tanpa berfikir panjang aku libas je la yang mana aku berkenan. hengat senang ke mau dapat rm75 EDP dengan 100ml. kekal wangi tau. aku ni kan antu minyak wangi.

jenjalan kat enset pulak, wahh juling jap biji mata aku melihat enset2 disitu, hampir mau pitam pon ada. aku dengan enset memangla sangat pantang! pantang nampak semua kalau boleh aku nak. kalau boleh tiap2 minggu nak tukar enset. lau tiap-tiap ari melampau r tuh kan? aku masih sedar diri lagi ni. sesungguhnya menyabarkan diri sendiri kerana masih bukan rezeki aku lagi untuk bertukar enset.

lebih kurang dalam jam 10pm, kamu bertolak balik ke sentul dan sempat membuat pesanan di drive tru mekdi. aku haruslah ambil mcflurry kan, kegemaran tuh! aku amek perisa strawberi sebab aku tak egat nama lain. ngee~ cik kakak amek air kopi panas dan kawan cik kakak amek eskem biasa tu… aku dah lupa nama dia. sampai umah lebih kurang 30 minit kemudian, mandi-manda dan tunaikan solat pastuh apa lagi, jom la kita bermuka buku.


notatangan:: ouhh lamanya aku tidak kuar bershoppin rupanya T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s