…HARI INI DALAM SEJARAH…

Eceh… tajuk nak hebat je kan?
tajuk tu dah macam salah satu rancangan talibesen RTM satu ketika dulu tu.
alaa… yang tiap-tiap petang ada buat satu dokumentari pendek
untuk beritahu apa yang terjadi pada tarikh satu satu hari tukan… korang ingat tak ni?
jadi aku harini pun sesaja lah mengatalkan tangan dan jari jemari
mahu menaip apa yang menarik telah berlaku pada aku harini. 

tadi pagi dalam jam satu tengah hari gitu… yea pagi sangat lah tu kan?
buta jam ke haper ni.
aku dan cik kakak pergi ke PWTC mau beli buku novel
sebab kawan cik kakak bagitahu kat sana ada buat promosi buku novel,
tiga buah buku dapat beli dengan harga rm10. arini last day pulak tu.
so ape lagi kan haruslah aku dengan cik kakak dengan setabah hati mahu pergi jugak memeriahkan suasana, walaupun aku sendiri tahu tanpa aku suasana akan meriah seperti biasa.
hakhakhak.
sampai sana memang aku dah gila kejap, hilang arah dibuatnya…
jenuh beb mencari buku, tak jumpa jumpa yang aku jumpa pun
kain lima pasang jual dengan harga rm50, kira sepasang tuh rm 10 la kan??
sayangnya aku tak bawak pulak duit sebab hajat dihati nak beli buku je.
dah lenguh berjalan barulah jumpa booth tu kat utusan, kosmo dan ect2 rupanya.
kalau tak jumpa tadi mang sah-sah aku rembat je kain tu lima pasang!
jadi dah jumpa booth buku aku apalagi memang rambang mata nak pilih,
rembat la lima buah buku… satu tu tebal giler dan empat lagi tu yang biasa-biasa je.
semua sekali rm18.50, waaa mana mau carik????!! kalau lah dia buat time gaji kan bes! isk!

balik dari PWTC tu aku pergi buat rambut pulak,
walau macam mana pon yang terjadi aku tetap akan pergi buat rambut hari ni.
dah selalu sangat asyik bertangguh aja kerjanya.
jadi cik kakak bawak aku ke HAIR SECRET SALOON,
kalau tak salah aku tu lah nama salon dia… ngee nyanyuk sungguh la aku ni,
makan semut banyak sangat. biasaklah.
aku potong rambut dari aras pinggang hingga ke aras bahu.

gila pendek aku potong kan? sayang giler pulak rasanya.
namun untuk nampakkan kelainan pada diri sendiri terpaksalah berkorban.
then aku buat scalp treatment sekali dengan rebonding
sbb Ms Hairstyle tu cakap rambut aku ni jenis rambut kering dan mengerbang macam antu dalam utan, ciri-ciri pontianak tu adalah…ngee~aku tipu je,

berani dia nak cakap macam tu aku lempang dia laju-laju!
disebabkan rambut aku kering dan mengerbang aku kena jugak buat rebonding.
semua sekali pakej dia rm315,
dia bagi diskaun sikit so aku kena bayar rm300 aja yang tak aja sangat tuh! T_T.
mahai tuh ooi! habis duit aku.

aku buat rambut dari jam 5.30pm sampai la 9.30pm,
memang sakit la tulang belakang, montot pon lenguh rasa kebas dan leper je,
kah kah kah.
rambut aku dipotong V dan aku amat berpuas aty!!
ni yang buat aku tak sabo nak ke opis ni, nak menayang rambut baru. ngee~

the image has been deleted

notatangan:: lepas ni nak buat style lain pulak… wink3

4 thoughts on “…HARI INI DALAM SEJARAH…

  1. OMGGGGGGG!!!!
    sayer xsalah tgk kah nama itu???

    sayang!!! kamo0 buat saya tharu!!

    u like it? thanks sayang…. tp skrg dh xjadi cenggini dah….ahaks!!

    • DNA:: sila lah…nk tumpang duduk smpai setahun pong xpew xdew masalah… cuma hengat2 la sikit kena ulur2 la duit api air tuh! ngee

      (mana inchik chenta aty sayer?? T_T)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s