…SECAWAN KEMANISAN SATU CERITA LUKA DI MC’ D…

::seCaWaN KeMAniSan:: Mc FLuRRY

25/01/2011 – masa ni kuar hangout dengan Zana n Atun, itupun afta kerja.
we olls bercadang nak makan mc flurry yang dah lama aku mengidam nak makan
Berzaman wei aku tak merasa mc flurry ni
sesambil itu dapatlah jugak membuang masa yang memang dah sedia terbuang
dengan bersembang tanpa faedah, bergossip tanpa hengatkan apa-apa.
biasalah kan dah nama pon wonder gurls bergossip ajalah kerjanya! nak buat apa lagi. hakhakhak. kendian, tertimbul lah pulak cerita sal satu cerita luka tentang kejadian tengah hari tadi tu
yang tak berapa nak tengah jugaklah harinya tu.
cerita pasal minah gewdiks melampau plus sewel sorang tuh!
aku harus citerkan jugak ke??? korang ni memanglah kan lau bab gossip cepat jerk kepala tu mengangguk nak! miaahahaha!!

::Dari Sudut Cerita Aku::
Pagi tu tetiba inchik chenta hati online, tulis kat status ucap selamat pagi dan bertanya khabar.
ada dah orang yang menyapanya. so memandangkan dia tu CHENTA HATI aku,
aku pon nak jugaklah menyampuk (bukan senang dia nak update status tau).
aku ni pulak dah jenis biasa sangat dah beryayunk yunk bagai dengan dia…
bagi aku itu panggilan normal atau gurauan normal di FB,
memang azalinya kami ni suka usik diri masing-masing dengan panggilan macam tu.
berbalik pada citer tadi… wahhh penerangan cikit punya panjang dan lebor!
aku juz say “selamat pagi yayunk” then dengan sepantas otobot transformer gitu,
ada seorang minah balas “selamat pagi sayang…bla…bla..bla…miss u”
tapi aku sikit pon tak kisah dah namanya dia tu kawan kan? pedehal?
tetiba lak ada kawan aku dan dia balas komen cakap dia demam,
so aku bersembang la dengan dia sebagai wakil CHENTA HATI  la kononnya dah itupun kawan baik aku kan…. sekali minah sewel tu leh menyampok pulak mengatakan dia geli aku guna perkataan yayunk.

ceh!! haper perlu ke aku kisah?? hader aku kisah?? tak de kan?
pastu dia kata aku ni GEWDIXXS!! aku sabo lagi kot cuma kawan aku ni dah panas sikit
sebab si minah ni boleh jerk bersayang sayang bagai dengan CHENTA HATI aku ni.
then kami amik kata sepakat nak bukak citer lain kat tempat lain,
terus je minah sewel tu halau kami dari situ. perghhhH!!!
woi minah sewel! ni wall ko ke yang ko sibuk sibuk halau kitaorang ni? ko tu saper??
bini dia ke? tunang dia ke? aweks dia ke? yang sibuk nak halau kami all ni (kompius aku!)
aku ni aweks beliau, tapi takdelah menggediks macam minah sewel si baby alisha ni.
(baby lah sangat… bab* mungkin lebih sesuai….. errrrkkkk… ehem!)

kawan aku ni teruslah sound minah tu sebab dia tulus sayang xpe pulakkan.
minah ni kalau u olls nak tau, setiap kali CHENTA HATI aku ni update status jerk dia akan balas
atau pun dia akan tulis kat wall lelaki ni xlepas dari perkataan SAYANG/DEAR/MISS U/LOVE U…
nak tidur sebelah la haper la. tapi aku merangkap kekasih hati ni tak pernah kisah pun.
pastu boleh pulak dia tuduh aku desperate sangat nak kat laki orang, haa hambek ko!
so sebelum aku hangen dan dia dapat makian secara percuma dari aku
yang memanglah bukan sorang gadis baik ni, mulut agak lazer baiklah aku undur diri.
kuar dari situasi tu, aku
tamaulah nak jatuhkan martabat aku, air muka aku dan personaliti aku gaduh dengan dia, memaki hamun dia, nanti… kalau orang yang tatau citer sebenar apa yang dia akan fikir tentang aku kan? so mengalah lebih baik demi diri aku sendiri.

well aku sendiri tatau kenapa dia sakit hati sangat dengan aku, dengan orang lain tak pulak?
adakah kerana dia jeles? maybe dia ada hati kat ChENTA HATI aku kanzz?
ehhh tapi takkanlah DIA TAK DESPERATE SANGAT KOT NAK KAT LAKI ORANG!!
atau pon dia memang sanggap sebab lelaki itu tidak melayan dia?? isk isk isk. pity uu….
tapi pape pon lantak lah dia aku tak kisah. itu aja yang aku nak kata.

dsc02828

credits to miss zana:: mang ko leh jadik photographer la dek… pasni lau akak kawen lain ko jadik jurugambar akak erk… akak chup siap2 ni…

Mc FLuRRy Is Da BEsT!

ni plak hasil tangkapan aku… uikk! hasil tangkapan?? macam anak ikan plak aku label korang yeap?? miahahahahha!!

::anEKa PerISa Mc FLuRRY::

eza:: mc flurry resberi::

zana:: mc flurry mudpie::

atun:: mc flurry oreo::

dan akhirnya kami beransur pulang ke destinasi masing masing pada jam 6.30pm. itulah aktiviti kami untuk hari ini yelah dah nama pon membuang masa kan? 

notatangan:: no need to kisah!

…SUUWWIITT GIFT FOR ME…

TeDdY WiT FLoweR n FeRRero RoicHER

Oh My God!!

hanya itu je yang terluah dari mulut aku bila menerima hadiah dari inchik chenta hati.
hmm selama ni aku tak pernah lak dapat hadiah sweet camni.
selalu aku dapat handphone sebiji, cincin emas sebentuk, rantai seutas, jam bonia sebuah,
kereta toyota vios sebuah… yelah aku tipu! takkanlah ada orang nak bagi aku gitu… mukan artis pon. masa terima sangat-sangat lah hepi dan terharu!
dahla dia sanggup buang masa untuk aku pastu beli adiah mahal cenggini.
mana aku tau mahal?? rahsia! hakhakhak.

senanya aku tak harap pape pon dari dia, cukuplah dia dah korbankan cuti dia
dan susah payah datang ke sini demi aku.
ni pon dia kata last minit gift sebab tak sempat nak prepare apa-apa pun datang sini,
tak dapat dia nk belikan yang lagi elok.
perghhh dah macam ni pon aku terharu ini kan nak bagi yang lagi elok,
memang aku nangis terus lah jawabnya.

pape pon thanks alot dear! sesungguhnya aku sangat bahagia.
bahagia bila ada orang yang menghargai aku dan chenta ku ini. wink wink wink… muachhh!! xoxo 🙂 hopely aku berterusan bahagia bersama inchik chenta hati!

notatangan:: pe kata kasik munge ros idop merah darah dalam 100 kuntum pulak???  send it to0 my opis tau!! muahahahaha! mak ai!

…CERITA HARI SABTU2: I-CITY SHAH ALAM…

15/01/2011 – Lepas jer sesi memenuhkan perut di CHOP n STEAK Serdang, we olls berlalu ke Shah Alam untuk memenuhi hajat dihati yang mere’la nak ke i-city yang dah lama kami idam-idamkan untuk photoshoot disana. tapi sayangnya jurukamera terhebat Cik Zana tidak dapat turut serta sebab mengalami tahap migrain yang melampau dan menjeles untuk dia berehat dirumah aja.

sebelum berlepas we olls singgah rumah CIk Atun dulu kat bangi untuk solat dan menunggu kawan cik atun untuk menunjukkan jalan. sebab kami semua memanglah sangat buat jalan! sebelum sesat sampai ke alor setar haruslah ada penunjuk jalan. lebih kurang jam 8.30am kami semua bergerak ke i-city.

perghhh memang lah sangat chantek itu i-city waa taip sama lu… memang la seperti yang digembar gembur tanahkan. sangat-sangat teruja. walaupun jalannya tidak lah selesa kerana kesusahan berjalan tanah tidak begitu rata berbatu sana dan sini dan kepanasan disitu memanglah tahap melampau. usahkan kata ketiak aja berpeluh, pakej top to toe lagik tau peluhnya tu. sempat jugaklah mensnapkan tiga puluh ratus gambar. inchik chenta hati jadik juru kamera. dan aku serta cik atun macam biasalah, model nak buat apa lagi kanzz?

-lets check it outz-

I-CiTY sHaH aLaM

dsc00180

memang sangat menarik dan tidak lah sia-sia berpanas disitu. kat situ ada jugak screen tibi besor bapak, feeling-feeling cam tengok pawagam terbuka kat negeri omputih pon ada. sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1 pagi dan kami semua bergerak balik

SAYONARA I_CITY!


notatangan:: nanti mau berjalan ke putrajaya pulak… bergambo disana sebab inchik chenta hati blom pernah ke sana….kesian beliau. sangatlah naif.

…CERITA HARI SABTU 1: CHOP N STEAK…

14/01/2011 – Tarikh ni bolehlah dikatakan satu tarikh yang aku tunggu-tunggu. satu tarikh keramat buat aku ^_^. sebab inchik Chenta Hati akan bertemu dengan aku. hikkss debarnyer tak citer la, macam masa mula-mula nak berkenalan dulu. butterfly in stomach sudah lengkap bersedia. tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dari jauh dia datang jumpa aku…kekasih ati dia yang banyak songeh ini. thanks inchik chenta hati!! susah payah jugak dia datang ambil aku kat tempat kerja… memang terharu sangat weii, pes time tuh orang datang ambil aku balik dari kerja. afta dia check in hotel. we olls g makan-makan, bersembang hingga larut malam. 

15/01/2011 – Pagi tu aku bangun (ceh! pagi konon! pe kata kau gitau tengah hari je kan senang… cover bangun lambat la tuh!), inchik chenta hati dah menunggu untuk bekpas  lunch sesamer. kitaorang g kat mekdi KL Sentral mau makan prosperity beger… sampai ke KL Sentral peginya! thehehe.. sebab aku memanglah tak tahu kat area sentul ni mana lagi bangunan mekdi yang dorang pacakkan. prosperity beger ni harus dimakan secepat yang mungkin sebab beger ni peberet dia lagipun aku dah janji dengan dia, kalau dia datang sini, akan ku banje beger itu ^_^ pastu abis round-round da KL balik tukar baju sebab kami ada ngedate dengan kawan-kawan yang tersayang iaitu CIK ZANA dan CIK ATUN, tempat ngedate di Serdang sambil menikmati makanan di Chop n Steak yang kononnya sangatlah romantik dan macam dalam kapal itu katanya.

Sampai kat tempat makan lebih kurang jam lima petang. cik atun dan cik zana juga sudah menunggu tidak sampai beberapa minit pon dengan Mr Tangy nya yang kemek dibumper hadapan itu…ngeh ngeh ngeh sajer je aku nak mention sal Mr Tangy nya itu… wink wink wink jangan marah ya cik atun, nanti cepat jadik baby balik!. Sambung cerita, bila dah sampai aja pekerja kat situ pulak cakap restoran tu lambat lagi nak bukak so kitaorang teruskan dulu perjalanan untuk bersiar-siar di Taman Tasik Sri Serdang, yang inchik chenta hati aku gelar “lombong”, hahahaha!!  

sesambil itu sempatlah snap sepuluh dua puluh gambo. hikkss! tapi gambo dengan inchik chenta hati tak dapat disiarkan akibat dia sendiri yang tidak suka bergambo.

::mE:: orange juice

::CheNTa HatI:: teh ais – his peberet

::Cik AtuN:: watermelon juice

::Cik ZanA:: manggo juice

(rm2.50 except teh ais, aku lupa brapa harganya)

InI MiNumAn K-A-M-I

:: ordered by inchik chenta hati (rm10.90)::

::LaMb LeG::

:: ordered by us (rm8.90)::

ChICkeN cHOp

kami pon makan sesambil bergossip masih hengat lagi dunia. memenuhkan pewot yang memang kekosongan dari tadi sebelum membuka langkah lebih lebar ke I-City Shah Alam!! 

notatangan:: ini kita panggil sesi menambahkan lemak di badan… muahaha