…AKU DAN DUNIA BARUKU…

hePPii nEww YeaaRR!!!!

hurmm masih relevan lagikah untuk aku mengucapkannya??
hahaha biasalah aku kan selalu terlambat dalam segala hal.
lagipun korang mesti tau masalah aku dan beruk ku kan?? sob3…
ouhh malas untuk ku kenangkan kisah beruk tak mengenang budi itu.
nak menunggu datangnya tahun baru ni sikit punya main susah dulu…
rasa macam nak aja aku putar-putarkan jam tu biar cepat sikit masa dunia beralih. entah kenapa aku rasa terlalu lambat untuk hadapi tahun baru 2011.
kini sedar tak sedar dah sebulan rupanya aku berada dalam tahun baru.

bercerita pasal tahun baru ni mesti ada banyak kenangan-kenangan pada tahun-tahun sebelum ni kan? ke dah lupa semuanya??
aiyaarkk! meng hai meh!
emm macam aku, aku tak mungkin la akan lupakan kenangan aku ditahun lalu 2010, terlalu banyak ia tinggalkan duka dalam hidup.
rasa macam tak mampu aku nak lupakan semua kepahitan yang aku alami, sesungguhnya aku mencuba tanpa henti.
tapi sememangnya kenyataan begitu, aku masih tidak mampu melupakannya,
kan ke pengalaman tu mendewasakan kita kan?
tapi dah dewasa ke aku ni? rasa macam tak berapa nak cukup dewasa aja.. alahai~

dan tahun baru ini telah menjadi titik tolak dalam
permulaan hidup aku yang baru yang aku gelarkan “DUNIA BARUKU”.
malangnya kisah itu semua tak dapat la aku nak kongsi dengan engkau orang semua. sorry k guys! ianya terlalu personal.
insyaAllah, andai sudah sampai masanya akan aku hebahkan pada kalian.

tahun baru pasti akan ada azam baru.
tapi aku tercarik-carik la jugak apa ya azam aku tahun ni.
selama ni aku ada ke azam? hurmm agak sengal jugaklah bunyinya.
ermm apakata aku cipta azam aku yang tak pernah pernah ada tu?
iaitu azam nak bahagiakan diri sendiri. amacam??
senanya aku ada banyak lah jugak azam,
tapi aku malas nak tulis banyak-banyak sebab macam tak dapat nak capai aja.

tapi disebabkan aku jeles sangat-sangat tengok orang lain tulis azam tahun baru,
jadi aku pon nak gediks gediks jugaklah tulis…
senanya ni azam untuk seumur hidup bukan untuk tahun 2011 nie… hakhakhak.
sebab aku tahu nak mencapai azam ni bukan nya senang…antara azam aku.

*** aku nak belajar bawak kereta… nak belajar bawak nak ambil lesen dan nak beli kereta!

*** aku nak sambung belajar dalam bidang yang aku minat, bidang kerja aku sekarang. nak amek diploma.

*** aku nak ada……..one……….perfect………….family. tapi ini kerja tuhan bukan, aku cuma mampu berdoa agar diberikan yang terbaik untuk diriku olehNya.

*** aku nak jadi kaya. wink wink wink

aku harap sangat semua ni dapat jadi kenyataan!
insyaAllah… tuhan itu sentiasa ada bersama hamba-hambaNya.

sedar tak sedar jugak, aku nampaknya dah semakin menghampiri usia tua.
sedor diri lah jugak kejap ni.
usia aku dah semakin lanjut tapi nampaknya macam
satu pencapaian pun aku belum ada.
harta untuk diri sendiri lagilah.
kerja setengah nak meninggal. tapi at the end… nothing! isk isk
tak kiralah pencapaian dalam hidup ke dalam kerjaya ke… haisshh apa cer ni??
bekalan kat akhirat? lagilah tak ada.
tapi, alhamdulillah dalam pada tu jugak aku ada temui satu kebahagiaan,
dan aku harap sangat kebahagiaan itu akan hakiki. pertama kali rasa disayangi dan menyayangi sepenuh hati tapi disebalik tu juga ada
jalan-jalan sukar yang aku kena tempuhi.
tatkala itu aku cuma mampu berdoa pada Allah semoga aku sentiasa berjalan dilandasan yang benar dan semoga kebahagiaan ini tercipta untukku.
amin~~

 

notatangan:: aku gembira dan bahagia dalam DUNIA BARU ciptaan ku…

2 thoughts on “…AKU DAN DUNIA BARUKU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s