…BIRO TATANEGARA aka BTN…

makluman:: ini adalah cerita tiga bulan lepas. ngee~

well… mau diikutkan cerita BTN ini senanya sangatlah panjang
tapi disebabkan benda ni dah jadi tiga bulan dulu,
aku pun dah teda(tiada) mood nak hapdet.
jadi aku gitau mana yang penting dan menarik ajalah yea.

aku dan rakan-rakan yang seangkatan telah diarahkan
untuk menghadiri satu kursus wajib yang dipanggil BTN
atau dalam bahasa mudahnya kita panggil BIRO TATANEGARA
pada 18-22 November 2010.
mula-mula tuh memanglah aku dah semangat bagai nak gila
sebab kawan-kawan PA aku (Zana, Wana dan Atun) dapat sekali
untuk bergabung malatop di kursus BTN ni.
tapi last but not least dorang boleh gitau yang dorang tak dapat nak pergi
sebab dorang kumpulan sokongan lain.
waaa!! aku nak nanges air mata darah!
eden mondonga koba yang amatlah tidak mengembirakan hati, jantung, hempedu mahupun limpa itu!

dan memang hari itu bolehlah dikatakan hari malang bagi aku,
sebab pada tarikh itu jugaklah aku telah terlambat bangun!
jam yang aku kunci telah mematikan dirinya sendiri. waaa!! macam-macam hal betul! jadi dengan kadar segera kuasa otomen nexus aku bersiap
dan sampai di HQ PJ jam 7.15am.
ia juga telah membawa makna yang aku telah terlepas bus! adesss!!
inchik driver bus yang bertugas pada masa itu pula tersangatlah kerek dan poyonya!
kerek tahap dewa kot bila aku cakap dengan dia melalui tepon.
rasa nak bagi je penyepak sebiji dua! macam la bagus sangat!
cakap elok-elok tak boleh ke?
aku pun terpaksalah terus ke Putrajaya dengan harapan
bus dari sana tidak bergerak lagi.
alhamdulillah nasib aku baik
sememangnya bus dari Kementerian aku masih tidak memoncolkan diri.
tapi… dia boleh memoncolkan diri jam 10am pulak!
dua jam aku menunggu. redha jelah!

kami sampai kat Kem Bina Negara Besut lebih kurang jam 11malam.
sampai je terus kena daftar nama, makan dan masuk bilik/dorm
untuk salin baju ke baju formal.
masa ni memanglah terasa macam kembali ke sekolah.
dengan baju putih kain hitam. ngee~
kami kena hadiri satu ceramah dimalam-malam buta itu.
cubalah anda bayangkan. ngeri kan?
jadik mohla kita memulakan acara tidur secara berjemaah di dalam kelas…
hahahaha haruslah kan? bukankah itu satu aktiviti wajib? 

BTN ni senanya bukanlah seperti yang digembar gemburkan
oleh sesetengah pihak, yang membuatkan semua orang takut
dan kecut perut bila disuruh pergi… tak…tak… bukan camtu senanya.
sebab BTN yang aku hadiri ini sangatlah best giler bersama KJL (Ketua Juru Letih),
JL (Juru Letih) dan Fasilitator yang memang gempak dan best,
tapi tatau la aku kalau BTN yang korang pergi tu menyeksakan dan tak best langsung kan?
dan disini jugak aku banyak belajar sejarah negara sendiri
yang aku sendiri tidak pernah pon terpikir dan tak pernah mau ambil tau.
maklumlah masa sekolah dulu-dulu cikgu ngajo otak aku tengah pk menda lain.
mak masak apalah. balik nanti nak buat apalah. kan? jiwa muda la katakan.
sekarang ni baru aku dapat rasakan bertapa susahnya
pejuang-pejuang di tanah melayu ni mahu dapatkan kemerdekaan.
sanggup bergolak gadai harta dan nyawa.
tapi bila aku fikir-fikirkan balik pernah kah kita menghargai semua yang dah berlaku ni? kesenangan yang diberikan ini? pernah ke? lihat jelah generasi sekarang…
memberontak bermatian-matian, sanggup berbunuhan kononnya
demi keadilan semua rakyat jelata.

sedangkan kita yang rakyat jelata ni kompius bila nama kita dikaitkan.
entah untuk siapa dan apa sebenarnya!
tidak kah mereka tahu malaysia sudah aman dan damai, negara yang sangat aman. kenapa nak jadikan ia bosnia?iran?india?thailand? pembunuhan ada dimerata ceruk. dan barulah aku tahu rupa-rupanya kota A Famosa ditubuhkan oleh penjajah dengan mengambil batu-batu nisan pahlawan melayu teragung yang telah terkubur di medan perang. kejam bukan?

saat ini telah timbul perasaan yang teramat sayang akan negara ku ini sendiri.
sekarang, aku benar menghargai tanah tumpah darah aku.
malahan kasihan giler melihat anak anak muda sekarang yang terus hanyut
dan hanyut dibuai perasaan sendiri.

apa yang tak boleh dilupakan adakah acara repealling,
perghhh mula-mula tu tak payahla nak cakap banyak.
takut dah memang tahap nak meninggal. sangat tinggi oke.
ketar habis la satu badan tinggal tak terkencing kat situ aja.
lepas lapor diri mintak kebenaran untuk turun dari KJL aku pun turun la…
memang kekok habis! siap mengelebah lagi.
kira semua ayat dalam kepala otak tu aku baca dalam hati.
tapi bila dah stabil aku akhirnya dapat melonjak dengan baik sampai la turun ke bawah, yeahh aku memang puas aty! dan rasa macam nak buat lagi je.
selepas tu adalah aktiviti kembara ke bukit keluang berhampiran dengan pantai besut. dan acara larian 2km.
oh ya satu lagi ujian gila tahap dinosour! ujian FASIO.
perghhh memang tak boleh blah wa cakap sama lu.
malas nak citer! sapa yang dah pergi tu tau la macam mana keadaannya ujian tu. teruknya sehingga aku luka kecil ditangan akibat terjatuh!

Acara paling best adalah acara penutup di malam persembahan.
kumpulan aku kena nyanyi lagu Bahtera Merdeka sambil diselang selikan
oleh sajak yang aku cipta sendiri. berbakat jugak aku rupanya yea.
dan aku baca sendiri juga, berbakat plus plus la sampai semua sendiri
dah jadi syok sendiri rupanya aku ni bersama ketua kumpulan aku.
sowi geng aku tak hengat nama ko..
wakakaka!! syukur kerana aku dan kumpulan berjaya lah jugak mendapat tempat ketiga.

harapan aku, agar BTN ini diteruskan sampai bila-bila,
kalau tidak kita yang sedarkan sendiri anak bangsa kita,
siapa lagi yang mahu sedarkan??
penjajah kah?? adakah perlu kita dijajah sekali lagi?? 

 

BAhtERa MErDekA – AisHah

 
Bonda,
Senyum riang menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang…putra putri sayang
Sedang berjuang…
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah semenanjung…tanah semenanjung
Permata nilai…
c/o jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya Negara maju jaya aman merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan…ingin menunaikan sumpah dan janji
 
SAJAK (hasil nukilan :: Nuriza Mohd Noor Azmi)
 
Pahlawan,
Kau derita kerana Negara,
Derita demi tanah tercinta,
Tapi kau nyata rela
Asalkan kita berjaya MERDEKA!
 
Pahlawanku,
Darahmu tumpah tiada ternilai harganya
Matimu… kerana membela tanah Malaya ini
Demi pertahankan apa yang kau cinta
Cinta akan negaramu, cinta akan bangsamu
Cinta akan agamamu
Dari tangan penjajah yang Maha kejam!
 
Dan,
Pabila laungan keramat itu bergema (MERDEKA!)
Kita sama-sama bahgia, sama-sama mengalirkan air mata
Tanda syukur, hiba dan gembira.
 
Oh pahlawan unggul!
Sesungguhnya jasamu ku kenang
Tanah yang kau tinggalkan ini
Akan kami baja, akan kami siram dengan api keazaman
Kekal kan kemerdekaan.
 
Dan,
Akan ku pastikan tiada lagi tangan penjajah
Yang berani menjamah
Walau seinci pun tanah ini… tanah kita ini.
Duhai pahlawan bangsa,
Bersemadilah engkau tenang disana,
Biar generasi kini memegang amanah yang telah engkau tinggalkan ini
Sehingga bumi juga akan ke penghujung usianya.

  

(amacam ada bakat tak aku tulis sajak?? kui3)

notatangan:: termenangis semasa menonton klip-klip video pendek Filem Hati Malaya yang digabungkan dengan dokumentari tentang malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s