…OWHHHHH TIDAKKKK!!!…

uuuwaaaaaaaaaaaaaaa!!!

rasa cam nak nanges laju-laju sesambil melempang diri sendiri.
tak de motip tatau citer tetiba nak menanges kan?? iskkk!
senanya aku terasa amatlah tensen giler seminggu dua minggu dua bulan tiga bulan ni… rasa nak menjerit kuat kuat tapi otak masih waras,
jadi terpaksa simpan jeritan itu sensorang.

aku tensen sebab biler tengok aje muka kat cermin…
uwaaa, Miss J dah moncol dengan jayanya.
segala mak nenek atuk moyang dihangkutnyer bermastautin kat wajah ku yang mulus bak pauh dilayang ini *perasan!* uwaaaa… sambung nanges yang tadi tak habes lagi. tatau la aku tang mana salah dan silap yang dah aku buat,
pantang mana yang aku dah langgar… cehh kunun pantang la sangat kanz!
tapi memang lah Miss J ni datang bertandang beramai-ramai tak buat appointment, sakit betul hati aku! aku ni dah sedaya upaya tau menahan gelodak nafsu memakan satu jenis makanan yang sangatlah sedap tahap tak hengat, iaitu nama saintifiknya kita panggil Kacang Tanah… hampir setahun tau aku tidak menjamah walau seketul *seketul?* tamau la ada cela diwajah tapi akhirnya………. hampa! sia sia!! 

memang lah tensen tahap gaban, habis Miss J datang bertandang,
mulalah meninggalkan jejak jejaknyer… macam macam produk dah aku pakai,
perhabis duit semata-mata nak hilangkan jejak dan noda noda yang ditinggalkan. hampehh!! camne aku nak buat ni erk??
supaya kulit aku licin bersih suci dan murni tanpa sebarang jerawat mahupun parutnya. musuh utama!!! aku nak gebu gebas gaban je, tingin woo nak chantek macam orang lain walau tau aku memang tak chantek pon even dah buat pembedahan plastik.. hakhakhak… mehla ajo aku… mehla… tapi jangan lah buat ajaran sesat pulop!! hukhukhuk


MMMENNNCCCIKKK!!!!


notatangan:: jeles tengok kulit orang lain, licin gebus aja… rasa cam nak siat siat kulit dorang tepek kat muka, buleh gitu? 

… MY SUPER DUPPER YUMMY VOL.2…

Selain dari Laksam tadi ada satu benda agy yang aku suka makan.
biasalah aku kan hantu makan! pastu bila berat badan naik
mulalah sibuk nak komplen sana sini.
tapi makanan ni aku cuma suka makan kenkadang je,
kegilaan ku padanya tidak seperti kegilaan ku pada laksam.
lagipun makanan ni aku akan makan dalam kuantiti yang sedikit
sebab aku rasa ia cepat muak.
ni adalah second things, second recipes yang aku belajar dengan puan sifu iaitu puan emak masa balik kampung ritu.
haruslah aku belajar bermatian-matian, aku kan nak jadi perempuan melayu terakhir jadi kenalah pandai masak kanz? *okeh siler muntah secara berjemaah*.

nak masak nasi ni memang kena ada banyak frasa,
dan ia buleh dikategorikan dalam makanan yang cerewet.
so aku snap gambo pon ala kadar je,
yelah mana sempat aku nak snap lagi nak masak lagi, silap silap kang semua hangus, semua tak menjadi maka terpaksa menadah telinga mendengar leteren puan emak yang akan memberi pakej khas 3 hari 3 malam.

so….. this is what we call……..

NASI DAGANG TERENGGANU

Frasa 1 –  ni adalah cara nak buat nasi dagang… dimana kita kena gaul dulu nasi tu dengan santan cair… pastu kukus, gaul lagi dengan santan pekat n bahan bahan lain, kukus lagi…. cerewetkan?? kena buat frasa demi frasa tau… kena tau nasi tu dah ready belum untuk ke frasa seterusnya.

Frasa 2 – yang ni agak agak korang nak bagi nasi tu bau wangi n macam kat kedai muleh la letak dalam daun pisang ni…. tp makan macam biasa punya pong boley… no hal punyer….

Frasa 3- okeh! selesai buat nasi… moh kita buat gulai dia pulak… nasi dagang ni opkoz la lawan dia gulai berempah ikan tongkol… ni hasil penangan air tangan aku… wink3…

ni bila semua bahan bahan dah kisar terus aku tumis smpai garing atau betul betul masak.. aku ni jenis kalau menumis sambal aku suka buka api slow n biar dia dok atas dapo lama lama… nampak gaya macam hangus tapi sebenarnya tak….. bila dah letak santan kaler dia akan ok balik dan serta merta jadik kaler meyah yang ummphh!

untuk ringkas kan citer… aku tunjuk yg siap dah jelah yeap… sbb aku mang xada masa nk tangkap gambo manyak2… mana nk jaga tumisan ni lagi mana nk jaga nasiknya lagi…. so ini lah hasil lepas diletak santan dan bahan2 lain. tak ada apa pun bila dah garing letak santan bila dah mengelegak sikit letak ikan, cili.. itu aja pun.


ini lah kuah gulai berempah hasil tangan sayer… walau p0ng tidak cun janji sodap dan menerima kritikan terbaik dari my iron chef..mrs mama….


ini pulak hasil nasi yang aku kukus tadi… bolehlah sebab puan sifu ada kat sebelah so menjadi jelah, cuba puan sifu tak ada jenuh la aku…. mau ada nasik yang keras yang lembik ni…hik3

sesambil tu kita makan pulak dengan acar timun ni… sepatutnya ada karot… tapi ayah kesayangan aku lupa nk letak… muahahahhaha…

dan ini lah hasilnya…. tadaaaaaaaaaaa…… nasi dagang terengganu hasil air tangan ieyza…. hak3… (ni kalo suh aku buat sekali lagi tanpa sifu aku mau ketar lutut ni…. hak3)

jangan lupa…. hidangan air….so kita hidang bersama kopi o’….


notatangan:: inchik chenta hati… kamo0 makan kan masakan sayer?? penat sayer blaja untuk kamo0 tau….

…MY SUPER DUPPER YUMMY VOL. 1…

Yeahh! tengok tajok pon dah tau pasal apa kan??
yea… mau citer sal makanan kegemaran eden!!
walaupun aku ni jenis manusia yang tolak batu, kayu, besi dan makanan haram je
tapi aku still ada makanan kegemaran tau…
makanan yang aku takkan pernah jemu lah nak makan.
korang nak tau tak pedia?? alaaa cakaplah korang nak tau, please please please!!
nama saintifiknya adalah LAKSAM TERENGGANU…
aku mention terengganu sebab ada dua jenis laksam dari dua negeri yang berbeza.
iaitu terengganu dan kelantan. Laksam kelantan aku tak gemor sangat, entah sebab apa. mungkin sebab tak pernah diajar dari kecik kanz, selalu mak aku bantai buat laksam terengganu je… mudah dan sedap.

Masa balik kampung ritu sempatlah jugak aku gedix gedix santai dengan puan emak, minta puan emak ajar aku buat laksam,
sebab aku dah teringin tahap dewa nak makan laksam tu, duduk kat bumi Kuala Lumpur ni memang tidaklah dapat nak merasakan benda benda macam ni,
ada tu memang lah ada malahan berlambak je kat pasar pasar malam kan?
tapi citarasanya sangat berbeza, aku tak boleh nak terima laksam dorang,
tak sebest laksam dari air tangan dan resepi mak aku. 

Jadi mak aku sebagai tok guru pun cubalah sedaya upaya mengajar aku yang lembs~ ini, senanya tak susah camne pon, saje je aku tulis hiperbola macam susah sangat-sangat lah kununnya padahal nak tunjuk yang aku ni terer la sangat! 

selesai mengadun bahan-bahan nak buat laksam,
aku pun setat la memanaskan kuali untuk mengkukus laksam itu…
haaa bahan-bahan dia aku takleh nak kongsi kongsi kong sinink dengan korang,
rahsia negara tuh… muahahaha!!
so bermulalah tugas membuat laksam mengikut ajaran tidak sesat puan emak.
andai kata korang nak makan pagi esok, petang ni korang dah kena setat la buat laksam dia, laksam je tau jangan kuah dia korang buat pulak.
buat macam ni sebab bila nak makan esok pagi tu laksam dia dah betul-betul pejal untuk dipotong dan dimakan baru lah ada ummphh!
kalau waktu tu nak makan pastu waktu tu jugak baru nak buat, memanglah tidak sedap sebab akan jadi lembik.
itu pesanan puan emaklah.

untuk senangkan penceritaan dan untuk memudahkan penghayatan korang kanzz? walaeh statement memanglah sangat menyampah!
so aku mau tunjukkan beberapa frasa yang dilalui untuk membuat laksam sebelum esoknya dimakan oleh kami sekeluarga.

Frasa 1 – gambar dibawah dirujuk… bila tepung sudah siap diadun, maka begini lah ia kelihatan sebelum boleh dimasukkan ke dalam kuali untuk mengukus… sikit ni aku buat bolehlah dalam 20 batang. 

Frasa 2 – tepung yang cair tadi aku masukkan dalam tudung periuk dulu lepas tu baru dimasukkan ke dalam kuali untuk dikukus sampai naik gelembung-gelembung udara dia… lama jugaklah untuk dikukus.

Frasa 3 – bila tepung tadi sudah siap dikukus, dan dah naik gelembung gelembung udara keluarkan dari kuali untuk disejukkan… bila dah betul betul sejuk baru lah boleh gulung (lau tak dia melekat)

Frasa 4 – tepung yang dah sejuk tu digulung kecik-kecik, barulah bila potong nanti akan nampak lapisan yang cantik.


Inilah hasilnya selepas siap digulung techik-techik… yang ni kalau aku yang gulung nampak lagi kemas dan cantik nieyh! Muahahahahahha!!

Frasa 5 –  tadaaaa…. Ni yang dah siap sepenuhnya, lepas ni simpan bawah tudung saji untuk dimakan esok… biar betul betul pejal.

Masa ni aku buat dalam jam 5pm untuk dimakan pagi esok pada jam 9am… so kira mang betul betul dah pejal la masa tu.

keesokkan harinya bila dah nak makan baru buat kuah tau!

Frasa 6 – ini kita panggil kuah laksam… nyum3… ni tak buleh simpan lama sebab kuah dia dibuat dari santan so kira buat makan terus abis la, lagipun kuah dia tidak dimasak cuma dipanaskan dengan air panas mengelegak tu aja. paling paling lama leh simpan sampai tengah ary jep dalam jam 12pm gitu… lau tak dah basi…

Frasa 7-  selain tuh, laksam ni kita kena makan dengan belacan, garam dan cili kisar… baru lagi ummphh… kasik anco dulu bahan2 ni baru letak laksam dan kuah

Frasa 8- akhir sekali dah letak semua benda, ni last kita letak… ulam-ulaman… ni haruslah ada… bagi aku kalau ni tak ada mang tak ada ummphh, aku makan pape pon sayur/ulam mesti ada lau tak mang slow sikit la….

Tadaaaaa…. Inilah laksam… ni makanan kegemaran aku,
tiap kali balik kampung ini lah yang aku carik dulu….
Apapun aku akan mintak mak aku buatkan, ni mak aku dah ajo so bolehla aku buat sendiri tanpa menyusahkan mak aku lagi cuma tang sukatan aku masih failed…
masih kena banyak belajar…. Takpe takpe aku akan teruskan usaha,wink3!!!

Majulah laksam untuk aku!! Wakakakakakka!!

notatangan:: hurmmm… agak agak laki aku nanti boleh timer tak makanan peberet aku ni??

…21 ERTI KEBAHAGIAAN…

PERTAMA

BerSEDeKAh LAH kepADa orANg LaIn  LebiH dArIPaDa yAng MERekA peRLUKaN
Dan LakuKaN DEnGAn pENuh KEReLaaN

KEDUA

kaHwiNILah LeLakI/WanITa YanG gEmar Anda BErbICarA denGannYa,
kerAna KEMahiRAn BerBIcARa anTArA sAtU Sama Lain Akan LebIh PENtING
PabiLa UsiA seMAkiN tUa

KETIGA

UsaH MEMpERCAYai SEgaLa peRKaRa yANg ANdA DEngaRI.
BeRbeLANjALAh SEKadaR ApA YaNG adA AtaU
tidurLah SebeRApa LamA YanG anDa PerLU

KEEMPAT

APABiLA kAMu BERkaTa, “AkU cInTA pADaMU”,  mAkA TUnAIKANLAh

KELIMA
PabiLa mengaTAKAn, ”MaAF”, tenuNGLah matANyA.

KEENAM

BERtunaNGLAh SEKuRANg-kURaNGNYa EnAM BuLAN seBELuM Kamu diIjabKabuLkaN


KETUJUH

PERcaYaILAh CINtA pANDaNG pERtAMa


KELAPAN

UsaH TERtaWAkAN imPiAn OraNg LaiN… MANuSiA tanPA ImpiAn tiDAk meMILIki apA-ApA

KESEMBILAN

CInTAiLAH sESEORaNg DeNGaN sePEnuH hATi DaN penUH KASih SaYAng.
SEsuNGGuhNyA aNDa AkAN BERasa SeOLAh-oLAh DIRi anDa tERsIKSa,
tApI PERcayALAh ItuLaH satU-SaTUnYA CarA unTuk MELEngkaPkAn KehiduPAn InI


KESEPULUH

JikA BerLakU peRSELIsIHaN PENdaPaT, BERtenGKarLAh SecarA AmaN.
ÚsahLaH MENYEbut naMa sESIApA KEtiKA beRTENGkaR

KESEBELAS

USAh LAh MENiLAi sesEORAnG BErdASarKAn PEriBaDI keLUARga meReKA


KEDUA BELAS

BERbicARALAh DEngAN tENAnG daN BERfiKIRLAh DenGAN paNTAS


KETIGA BELAS

ApabILA SESeoRAng BERtaNYaKAn SatU SoaLAn YanG tiDAk ANdA geMAri,
LOnTARKaNLAh SENyumAn DaN BERtanyaLAh  PaDANYa, “KEnapA ANDa InGIN
tAHu?”

KEEMPAT BELAS

INgAtLAh baHAWa SEtiAp CinTA DaN penCApaIaN yANg BEsaR
aKAn MeLIbaTkAN peNgORbANAn Dan RISIko Yang beSAr

KELIMA BELAS.

UCApLah “SEmOgA aNDa DIBErkaTi” ApaBILa menDENgAR SESeorAnG BERsiN

KEENAM BELAS

ApABiLA aNDa KERugIAn, jaNGaNLAh Jadi KurAng AJAr


KETUJUH BELAS

BerPEgaNGLAh KEPadA tigA R::

  1. i. raSA hORMat pADa DiRi SEndIRi
  2. ii. rASa HOrMAT kEpADA orANg LAiN
  3. iii. rASa TAngGUNGjawaB TERhaDAp SEMuA tiNDAkan ANDa

KELAPAN BELAS

USAh beNARkAN peRTIkaIAN Yang SebESAr HaMa
merOSakkAN seBuaH persAHabaTAn YAng BEsAR


KESEMBILAN BELAS

APAbiLA meNYeDArI BAhawA ANDa tELaH MeLAKukaN KEsaLAhaN,
úsaHLAh BERLEngah UNtuK PErbETULkan KEsaLAhAN ItU

KEDUA PULUH

TErsenYUMLah KETiKA MENjawAb TELeFon…
pEMANGGiL AkAn MELIhatNYA daRIpaDA SUarA YanG merEkA DEnGAR

KEDUA PULUH SATU
Ada ketiKa aNDa PErLu beRSeNDIriaN

notatangan:: bahagiakanlah dirimu dahulu sebelum kamu membahagiakan orang lain 

…BERAKHIR SEBUAH PENANTIAN…

Tarikh:: 02 Februari 2011

Masa:: 11 pagi

Tempat:: Jabatan Imigresen Malaysia, Kuala Terengganu.


Waahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Nak menjerit kegembiraan! nak joget joget tarian jagung sinchan!
nak lompat-lompat bintang! bak haper lagi???
yang penting rasa sangat sangatlah gumbira di hari raya.

akhirnya penantian aku untuk mendapatkan benda ni akhirnya termakbul!!
rasa macam satu penyeksaan tau menanti dan terus menanti,
bukanlah susah mana pon nak buat benda ni menjadi kenyataan cuma aku ni tak ada masa nak lapangkan waktu pergi buat benda ni,
sebab benda ni harus dibuat pada waktu bekerja.
lagipun tak ada orang yang baik hati nak bawak aku… hakhakhak.
kowang mesti nak tau kan pe bendanya tuh?
alaaa cakaplah korang nak tau, please please please!!

Jeng jeng jeng!!!

CiK PaSSpoRT

yup!! inilah dia…akhirnya berjaya jugaklah aku
yang katanya JAKUN ni dapatkan benda kaler meyah meyah
yang dipanggil cik passport tu.
entah berapa lama dah aku teringin nak buat…
ayat penyedap haruslah sentiasa ada kan?
senanya di samping itu motip utama adalah mahu menunjukkan
pada engkau orang semua yang aku akan melancong ke luar negeri muahahaha!! memanglah sangat keji! 

nak mendapatkannya sangatlah seksa
tapi nak guna nya sekali aja! sadis kan?
ni hanya lah untuk memenuhi kehendak inchik chenta hati
untuk melancong bersama-sama. manakah? -DANOK- muahahahha!!
nak pakai sekali tetapi nak menunggunya seksa!! berbaloikah???
agak berbaloilah jugak walaupun rasa nak melancong lg lepas tu.
limit passport ni untuk one year means februari 2012.
harus kumpul duit cepat-cepat untuk melancong lagi ni,
kalau tak rugi seratus hengget mesia eden tau.

aku ni dahla sampai kat pejabat tu dah jam 11 pagi,
hampir sejam jugaklah menunggu nombor aku dipanggil.
kendian selesai daftar walau pun agak rumit!
memanglah time ni aku syukur sangat sangat sebab mula-mula thumprint,
cap jari aku sukar untuk dibaca dia tak kuar identiti lam mycard aku tuh
tapi alhamdulillah akhirnya dapat jugak dibaca.
memanglah kalau rezeki tu takkan kemana kan?
aku pegi ambil resit then aku kena tunggu sejam lagi,
fine aku tak kisah pun memandangkan itu memang prosedur dia kan?
so aku pun tak kisah la sangat.
sampai sejam dah aku tunggu, kata cik kaunter dalam 1.30pm dah boleh ambik,
bila aku serah resit dia suruh aku tunggu lagi sampai nama aku dipanggil.
cehhh!! sejam kemudian pulak nama aku dipanggil! hangeen betul aku rasa,
lain kali tak yah la korang tulis sejam, tulis aja tiga jam kan senang
orang nak bujet masa.
menyusahkan idup betul. kebas giler montot aku.

apapun ia sudah siaapp! maka bolehlah aku bergumbira dihari raya.
lepas ni dapat melancong ke luar negara bersama inchik chenta hati…
tak sabo tak sabo!! 

Hiiippp!! Hiippp!!! HOOrrreeyyyy!!!!

notatangan:: aci tak kalau mau pergi sana lagi 5-6-10 kali??? wink wink wink… mata bersinar-sinar memandang inchik chenta hati.