…BALIK KAMPUNG VS RAYA CINA…

Tarikh:: 01 Februari 2011

Masa:: Pepagi hari selepas subuh.

Tempat:: Sentul —> Terengganu

Rancangan asal aku dan cik kakak nak balik ke kampung senanya pada 31 Januari 2011 lepas aja cik kakak balik sekolah dan aku akan amek cuti separuh hari.
tapi last-last minit cik kakak gitau dia ada komitmen lain
yang perlu diselenggarakan disekolah.
wahh selamatlah aku dari mengambil cuti separuh hari,
yelah nak gitau inchik bos bukannya senang,
mau ulang alik 20 kali depan pintu bilik dia! gerun!
jadi we olls tukar jelah rancangan untuk balik ke kampung pada pagi esoknya. 

Esoknya sebelum subuh dah bangun bersiap-siap…
memanglah nampak sangat semangatnya nak balik kampung setelah
berzaman aku jadi orang KL ni kan
dan lebih kurang dalam jam 7pagi kami bertolak dari Sentul Kuala Lumpur
ke Seberang Takir Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, perjalanan berjalan agak lancar walaupun terdapat hujan lebat dibeberapa tempat… ceh! tetiba aku rasa macam pembaca info trafik pulak..
mentang-mentanglah ada sedikit kaitannya dengan jabatan kaji bulan dan bintang,
tak pasal-pasal dah tersampuk.
aku dan cik kakak selaku driver berhemah pada hari itu sempatlah jugak
singgah di beberapa tempat, tapi…. bukannya untuk berhenti rehat atau
nak makan atau nak isi minyak,hanyalah berhenti disebabkan ingin ke toilet sahaja,
ujan lebat tak berhenti membuatkan tangki cepatlah penuhnya….muahahahha!! 

 

pInTu GerBanG kUanTan

IndAh NyA CiPTaAn ALLAH

LanGiT seMAkIn GeLaP

 

dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah puan emak dan tuan ayah
lebih kurang jam satu tengah hari.
cuaca di terengganu memanglah tidak dapat disangka-sangka. panas sepanas panasnya! hujan cuma pada keesokkan harinya itu pun renyai renyai aja atau
dengan erti kata lain “hujan halau kamben!” lalalalla~~

notatangan:: mengemokkan badan dikampung….. huhuhuhuhu…. abes program diet ku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s