…P.A TU TAK PENTING ERK?…

Tarikh:: 28 Januari 2011

Masa:: sekembali dari melantak di Pizza Hut

Tempat:: depan komputer di pejabat.

Baru-baru ni yang tak berapa nak baru jugaklah,
aku ada terdengar cerita ceriti angin bertiup agak sepoi sepoi bahasa la jugak
dari seorang kawan ni. dia ada cakap, ada seorang pegawai atasan jabatan kami ni
boleh cakap main lepas aja, tak pandang kiri kanan, tak jaga langsung perasaan orang. katanya :: “PA ni tak penting pun” “PA ni tak ada kerja”
perghh panaslah jugak telinga aku ni selaku PA aka Setiausaha Sulit Tertinggi
Ketua Pengarah (tipu) mendengar tohmahan dan cacian murahan yang sebegitu kan.

Walaupun aku ni hanyalah PA peringkat bawahan jep
iaitu hanyalah PA kepada Pengarah Kanan dan bukanlah PA kepada Ketua Pengarah mahupun Timbalan Ketua Pengarah tapi aku tau
tenaga dan pertolongan aku amat diperlukan.
kalau dah rasa PA ni tak penting pesal pihak kerajaan dan pihak swasta wujudkan satu jawatan dinamakan Setiausaha atau Personal Assistant??
Sedangkan bos aku sendiri pernah merungut yang dia susah waktu aku takda!
bangga la jugak kejap tuh! waktu tu bukannya aku pergi bercuti tapi pergi berkursus.
haa itu pun kira tak penting ye??

Kadang kadang aku terasa jugak, kalau tak ada manusia yang bernama PA ni
siapa yang nak tentukan masa untuk temujanji korang?
siapa nak taipkan surat? saper nak uruskan kerja2 korang dan diari harian korang.
dan diapa yang nak tolong korang waktu korang terdesak??
PA engkau tu iye lah kot tak ada kerja asik dok baca sok khabar je,
asik main silang kata, asik melangut, semua kerja kami yang kena buat SEMUA ok?
dah tu bila orang datang gitau something buat muka toyer!
sesama endah tak endah macam kami cakap dengan tiang letrik.
engkau dan dia apa yang korang tau? pas keje kat orang jelah,
fail pon kami kena usaha carik sendiri. bila tanya “tatau” aja jawapannya!

walaupun aku agak terasa dengan kata-kata tu tapi akhirnya aku tau
walaupun kerja aku ni dianggap tidak penting, selalu goyang kaki, melangut depan PC tapi akhirnya hari jumaat ritu memanglah aku rasa sangat2 penting.
kalau tak apa akan terjadi jika keadaan macam ni….

daRi SuDuT kAnAn mEjAkU

ini lah meja buruk dan sempitku… nak buat macam mana PA kan tak penting…
tapi sebenarnya aku nk tunjuk meja aku yang sangat kemas dan bersih…
mari kita mengintai lagi meja PA yang tak penting ni…

DaRi sudUt KirI meJa HaKo

dan ini pulak sudut kiri meja seorang PA yang dianggap sangat tidak penting…
agak-agak korang lah kalau aku PA yang tak penting ni memang tak ada n tak penting sapew nk settle fail fail yang bertimbun dan siapa yg nak update diari tu agaknya ya?? hurmmm …. aaaakkkkaaakkk jugak kan? 

hurmmm dan kerana ini jugaklah aku terpaksa balik jam 7malam hari jumaat tuh, bukan sebab setakat nak selenggara fail aja tapi aku kena
masukkan data data untuk hujan haritu.
memanglah naik pening kepala aku tengok nombor-nombor
yang berjuta juta lemon tuh…atleast lemon tu senang gak nak kira kan?
ini nombor memanglah migrain! dahla enam helai muka surat penuh… waaaa. 

So, bagi aku biar apa pun orang nk kata tentang aku,
aku rasa aku ni penting untuk bos aku… lantaklah dorang nak kata aku syok sendiri ke… what eva it is asal aku tau job aku sudah…
dan yang pasti walau aku ni asik melangut depan PC,
keje aku siap on time tak pernah tangguh tangguh esok lusa minggu depan…
kasik berlambak semua kerja atas meja seolah olah engkaulah orang paling bizik dalam dunia ni

Yang nyata… aku selesa, bangga dan seronok dengan keje aku sekarang.

MeJa KeCIL daN Pc BUrOk HaKo

notatangan:: lalalalalalalla…. marilah mengeleng kepala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s