…MY SUPER DUPPER YUMMY VOL. 1…

Yeahh! tengok tajok pon dah tau pasal apa kan??
yea… mau citer sal makanan kegemaran eden!!
walaupun aku ni jenis manusia yang tolak batu, kayu, besi dan makanan haram je
tapi aku still ada makanan kegemaran tau…
makanan yang aku takkan pernah jemu lah nak makan.
korang nak tau tak pedia?? alaaa cakaplah korang nak tau, please please please!!
nama saintifiknya adalah LAKSAM TERENGGANU…
aku mention terengganu sebab ada dua jenis laksam dari dua negeri yang berbeza.
iaitu terengganu dan kelantan. Laksam kelantan aku tak gemor sangat, entah sebab apa. mungkin sebab tak pernah diajar dari kecik kanz, selalu mak aku bantai buat laksam terengganu je… mudah dan sedap.

Masa balik kampung ritu sempatlah jugak aku gedix gedix santai dengan puan emak, minta puan emak ajar aku buat laksam,
sebab aku dah teringin tahap dewa nak makan laksam tu, duduk kat bumi Kuala Lumpur ni memang tidaklah dapat nak merasakan benda benda macam ni,
ada tu memang lah ada malahan berlambak je kat pasar pasar malam kan?
tapi citarasanya sangat berbeza, aku tak boleh nak terima laksam dorang,
tak sebest laksam dari air tangan dan resepi mak aku. 

Jadi mak aku sebagai tok guru pun cubalah sedaya upaya mengajar aku yang lembs~ ini, senanya tak susah camne pon, saje je aku tulis hiperbola macam susah sangat-sangat lah kununnya padahal nak tunjuk yang aku ni terer la sangat! 

selesai mengadun bahan-bahan nak buat laksam,
aku pun setat la memanaskan kuali untuk mengkukus laksam itu…
haaa bahan-bahan dia aku takleh nak kongsi kongsi kong sinink dengan korang,
rahsia negara tuh… muahahaha!!
so bermulalah tugas membuat laksam mengikut ajaran tidak sesat puan emak.
andai kata korang nak makan pagi esok, petang ni korang dah kena setat la buat laksam dia, laksam je tau jangan kuah dia korang buat pulak.
buat macam ni sebab bila nak makan esok pagi tu laksam dia dah betul-betul pejal untuk dipotong dan dimakan baru lah ada ummphh!
kalau waktu tu nak makan pastu waktu tu jugak baru nak buat, memanglah tidak sedap sebab akan jadi lembik.
itu pesanan puan emaklah.

untuk senangkan penceritaan dan untuk memudahkan penghayatan korang kanzz? walaeh statement memanglah sangat menyampah!
so aku mau tunjukkan beberapa frasa yang dilalui untuk membuat laksam sebelum esoknya dimakan oleh kami sekeluarga.

Frasa 1 – gambar dibawah dirujuk… bila tepung sudah siap diadun, maka begini lah ia kelihatan sebelum boleh dimasukkan ke dalam kuali untuk mengukus… sikit ni aku buat bolehlah dalam 20 batang. 

Frasa 2 – tepung yang cair tadi aku masukkan dalam tudung periuk dulu lepas tu baru dimasukkan ke dalam kuali untuk dikukus sampai naik gelembung-gelembung udara dia… lama jugaklah untuk dikukus.

Frasa 3 – bila tepung tadi sudah siap dikukus, dan dah naik gelembung gelembung udara keluarkan dari kuali untuk disejukkan… bila dah betul betul sejuk baru lah boleh gulung (lau tak dia melekat)

Frasa 4 – tepung yang dah sejuk tu digulung kecik-kecik, barulah bila potong nanti akan nampak lapisan yang cantik.


Inilah hasilnya selepas siap digulung techik-techik… yang ni kalau aku yang gulung nampak lagi kemas dan cantik nieyh! Muahahahahahha!!

Frasa 5 –  tadaaaa…. Ni yang dah siap sepenuhnya, lepas ni simpan bawah tudung saji untuk dimakan esok… biar betul betul pejal.

Masa ni aku buat dalam jam 5pm untuk dimakan pagi esok pada jam 9am… so kira mang betul betul dah pejal la masa tu.

keesokkan harinya bila dah nak makan baru buat kuah tau!

Frasa 6 – ini kita panggil kuah laksam… nyum3… ni tak buleh simpan lama sebab kuah dia dibuat dari santan so kira buat makan terus abis la, lagipun kuah dia tidak dimasak cuma dipanaskan dengan air panas mengelegak tu aja. paling paling lama leh simpan sampai tengah ary jep dalam jam 12pm gitu… lau tak dah basi…

Frasa 7-  selain tuh, laksam ni kita kena makan dengan belacan, garam dan cili kisar… baru lagi ummphh… kasik anco dulu bahan2 ni baru letak laksam dan kuah

Frasa 8- akhir sekali dah letak semua benda, ni last kita letak… ulam-ulaman… ni haruslah ada… bagi aku kalau ni tak ada mang tak ada ummphh, aku makan pape pon sayur/ulam mesti ada lau tak mang slow sikit la….

Tadaaaaa…. Inilah laksam… ni makanan kegemaran aku,
tiap kali balik kampung ini lah yang aku carik dulu….
Apapun aku akan mintak mak aku buatkan, ni mak aku dah ajo so bolehla aku buat sendiri tanpa menyusahkan mak aku lagi cuma tang sukatan aku masih failed…
masih kena banyak belajar…. Takpe takpe aku akan teruskan usaha,wink3!!!

Majulah laksam untuk aku!! Wakakakakakka!!

notatangan:: hurmmm… agak agak laki aku nanti boleh timer tak makanan peberet aku ni??

6 thoughts on “…MY SUPER DUPPER YUMMY VOL. 1…

  1. nyummyy…nyummyyy…dah lama x makan laksam..wuwuwuwuw
    nak laksamm..nak laksamm…hamboiii resepi rahsia yer…
    meh la share2 ngan saya…leh jugak saya masak untuk en.suami kalau kerajinan saya melanda….

    • nicki:: muahahhaha… dari giler laksa kamo0 dah jadik giler laksam pulak yeap… yela secret recipe from my mother… hurmm ti tya empunya dirik dulu, dia kasik tak sayer mau tulis lam blog yeap… muaahhahaha…
      tapi susahla nk cari tudung periuk stail cenggitu skrg ni

      • dua2 saya suka…nak resipi laksa sekali tau..agagaga
        dolu2 saya tolong mak saya sapu majerin jer kat tutup periuk tuh..
        dah lama mak saya tak wat laksam…wuwuwuwu

        • nicki:: muahahahahha… laksa tu samer jelah dgn laksa2 yg lain… kalo0 sayer bg kamo0 resepi p0ng samer jerk, xada lain nya… cuma mungkin ritu sayer buat sayer letak banyak ikan itu yang menyedapkan kuah tu… semuanya bahan biasa, xada yg lain p0ng.
          sayer dah buat special request tiap kali balik kg… kena makan laksam… muahahahahhaha!!

  2. aku pn suka gak mkn laksam ni…klu dpt laksam ni aku melantak smp x igt laki aku..hehehehe…tp aku dpt mkn ni time blk kelate le…masa tu xkira mlm ke siang ke ku srh gak laki aku belikan utk aku…

    • aku buat sendiri jea… puas aty wei! ko nk makan sampai pecah pewot pong boley kalo buat sendiri ni.
      tapi aku buat masa balik kampung jea, bahan2 lengkap kat sana…. kat sini tak ada nk harap la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s