…KENDURI KAWEN PUAN MARIA HUSSIN…

Tarikh:: 27 February 2011

Masa:: 08.00am – 11.30pm

Tempat::  Sentul—> Klang—>N9—>Melaka—-> Sentul

Puan Maria Hussin ‘N’ Encik Faiz


TAHNIAH!!!

To my best friend puan NICKINDAJUNGLE aka MARIA HUSIN aka NIK HUSMARIA…. akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya bersama inchik pilihan hati aka inchik FAIZ.

Eza doakan semoga nick dan suami kekal hingga akhir hayat dan dapat kebahagiaan yang melimpah ruah… doaku sentiasa mengiringmu… wink3.

So, nak senangkan citer pew kata aku buat list…. hurmmm… ok, i try!


8.00am – Bertolak dari rumah ke KTM SENTUL, 20minit kemudian KTM sampai dan terus bergerak mengikut aliran PELABUHAN KLANG. hoyehh!

9.20am – Sampai di Stesen Klang dan lebih kurang 10 minit puan SNOW aka ESARLI sampai dengan kereta satrianya yang dipandu inchik sominya (inchik AZRI) yang terchenta.

waaa… sebenarnya aku mang segan gilak dengan inchik somi snow, tapi nak buat camne terpaksa aku menumpang beliau kerana inchik chenta hati tiada disini. Kemudian kami bertolak terus ke RNR Seremban… tempat yg dijanjikan untuk berkumpul dan konvoi bersama-sama.

10.20am – lebih kurang la…  muahahhahahha kami bertiga tiba di RNR Seremban dan terus ke sebuah restoran makanan, maaf kerana tidak dapat mempromosikan restoran anda akibat kemenyanyukkan tahap ketara di bahagian otak… kat situ kelihatan Cik QASEH, Puan AYU n her hubby (inchik LAN), Cik DANIA, Cik LISA n inchik KOZ (pasangan merpati dua sejoli)… kami sempat minum pagi kat situ memandangkan perjalanan agak jauh lagi (kononnya lah!) sesambil menunggu sepasangan lagi ahli sepaku… inchik NUOX aka ERO SENIN n his waip… mereka sampai lebih kurang jam 11.25am dan terus kami memulakan perjalanan ke rumah pengantin Tampin, Negeri Sembilan.

12.30pm- Tiba di rumah pengantin… tapi memandangkan masa masih awal, dan kami semua malu malu bewak nak masuk ke rumah pengantin dimana pengantin sedang bermake up so kami pon buat persidangan terbuka dibawah pokok manggis sesambil sesuka aty memetik manggis orang dan memakannya dan duduk bersila beramai2 dibawah pohon manggis itu…. ok aku tipu!  kami membuat persidangan di bawah pohon yang tak dapat  aku kenal pasti akan baka apakah ia… sesambil merancang mau kemana sementara tunggu pengantin bersanding jam 1.30pm nanti dan rancangan utk kami lakukan selepas kenduri kawen…

Bincang punyer bincang, las las semua amek keputusan dok dalam kete je sementara tunggu pengantin diarak….

1.00pm- bergerak ke rumah pengantin sambil berjalan kaki dengan rasa terik mentari… waaa… terbako kulit aku! Masing2 ke arah mak pengantin untuk memberi hadiah…tapi disebabkan mak pengantin kelihatan sibuk melayan tetamu, jadi kami berikan aja kepada sesiapa yg berkenaan…hak3

Kemudian, masing2 sudah beratur tuk amek makanan, tahap kelaporan yg maksima… sayangnya mungkin semua orang datang serentak dan meja pulak kurang banyaknya… kami berdiri sambil memegang sepingan nasi n lauk pauk sambil menunggu meja kosong… (bayangkan!) lebih kurang 5-10 minit berdiri…baru ada tempat duduk… so, mohla kita mensantap dulu nasi minyak (ye ke nasi minyak, aku balun je kasi nama ni) dengan ayam masak merah dan dalca sayur….nyum nyum!

1.30pm-selesai makan… kami menghampiri pengantin yang sudah siap sedia untuk diarak… waaa chantteekkk gilos puan NICK berbaju oren sedondon dengan pengantin lelaki… cuma kaler baju pengantin perempuan lebih orenges dari pengantin lelaki… dengan make up yang natural… memang sahabatku ini kelihatan sangat sangat chantek dan ayu pada hari itu…

then kami “diminta” diulangi oke DIMINTA (muahahahahha)  untuk bergambar sekeping dua bersama pengantin sebagai kenangan (mak pengantin yg mintak… perghhhh mak sporting gilak la mak pengantin tu!! pastu ramah plak tu… mak sapa lah tu?? )

kali ni agak kuciwa la sikit… sebab kami tak dapat nak meroyan bergambo banyak banyak macam kenduri puan SNOW ritu,tak boleh nk buat macam pelamin tu kami yg punyer… huk3…. so tak dapatlah nak meneruskan aktiviti gedix santai disitu.

Siap bgambo… semua bersalaman dengan pengantin perempuan dengan doa supaya mereka kekal bahagia dan bersama hingga ke akhir hayat. amin~ Tapi amat kuciwa disitu… bila AKU dan puan SNOW tak dapat pon bunga telur pengantin yg chantek kaler orenges tu…. sangat terkilan… xdew kenang-kenangan sudah… huk3… Akhirnya kami bersiap2 untuk beredar dari situ… memandangkan puan NICK juga sibuk tak dapat melayan kami dan ramai tetamu yang datang… so kami mintak diri dulu…. sempat bersalaman dengan mak pengantin yang ramah tamah itu

(errr….. taaaapppiii kann…. mana goodies nyer??? apsal kami tak dpt goodies ni?? aiyarkkkk! dah la tak dapat munge telor, goodies pong tak dapat. hukhukhuk. hampanya!)

Bergerak dari rumah pengantin lebih kurang jam 2.15pm (kot!)

2.30pm- semua ahli ahli konvoi amek keputusan untuk teruskan perjalanan ke Melaka, melawat bandar bersejarah itu… alang alang dah sampai Negeri Sembilan katanya so apakata kita terus naik ke Melaka…. sebenarnya aku baru je tau las minit perancangan ni… semua ni dibuat tanpa perancangan awal… yelah selalu kalau rancang mesti tak jadi so kali ni bila tak merancang dan semua pon nampak free… jadi kami teruskan niat suci murni macam minyak tiga kali tapisan tuh! Ahli ahli konvoi meneruskan perjalanan… kecuali Nuox yang tidak dapat atau tidak mahu mengikuti perancangan ini tanpa diketahui sebab dan musababnya…

4.30pm- Sampai di Melaka…. waaa pes time aku menjejakkan kaki kesini… dan lokasi utama yang kami serbu adalah area A’Famosa… mula mula kami berjalan sekitar menara taming sari dan puan AYU dah excited giler nk naik menara taming sari yang cambest tuh! disebabkan aku tak bawak duit masa tu jadik ku telan jelah hajat ku itu… muahahahahha!! caj yang dikenakan rm10/pax. puan AYU naik bersama suaminya yang sporting itu… dan kami yang pakat2 melangut tgk menara itu naik perlahan perlahan. seterusnya kami meneruskan perjalanan masuk ke Museum Melaka… tempat tujuan utama Muzium Kecantikkan… waaa chantek tak hengat… ngeri jerk aku nengok…. haishhh…. kami diberi masa setengah jam dan caj rm2/pax dikenakan…. tp pakwe cik LISA yang amat baik hati itu… dah belanja kami semua melawat muzium… waaaa mekasih inchik KOZ!! dengan ucapan len kali belanja lah lagi…wakakakakka!!!

sesudah semua selesai… kami berjalan lagi…. kali ni terpaksa mendaki tangga yangg tinggi tak hengat tapi rasanya masih tak mampu nak kalahkan tangga tangga kat batu caves tu… waaa…. tinggi weiii mau parkinson esok ni…. wawawawa….. tapi sempat jugak berposing atas tangga nan tinggi itu…. naik 5-6 tangga benti melepaskan penat seminit… wakakakakka!! sejibik macam orang tua tua… adesss!! akhirnya berjaya kami daki ke kota A’Famosa… waaaa ini lah A’Famosa yang ramai org gembar gemburkan itu… salah satu kebanggaan kota melaka…. berposing lagi 10-20 keping gambo… kami turun ikut arah lain (rupanya ada jalan yang lebih mudah dari tangga2 yg menyeksakan tadi)…. ini kita panggil senaman selepas kenduri yeap! dengan baju kurung dan kebaya… ala ala model gadis melayu gitu… haisshh~~

admin-ajax (1)

admin-ajax

Part paling bes kat sini bila puan SNOW meninggalkan inchik suaminya diatas menara dan dia berlenggang kangkong turun bersama kami… waaa dah lupa suami ke cik kak?? baru jenjalan melaka dah tinggal suami kalo aku bawak balik kampung kat terengganu entah entah terus lupa dia bawak suami dia… hak hak hak….. kami menunggu dibawah sebab SNOW cakap suami dia suh kami turun dulu… agak lama juga menunggu tup tup SNOW amek inisiatif utk menepon suaminya… laaa suami dia tak pasan kami dah turun rupanya… isk isk isk

Kami pun akhiri perjalanan kami setakat disitu jea… perut pon dah lama mintak diisi balik… dan kami terus mencari jalan ke Restoran Ikan Bakar Umbai… walau pun sesat barat tapi alhamdulillah berjaya sampai. kalau tak disebabkan esok keje, aku rasa kami ni sampai jugak ke Johor Bahru ritu…muahahhahhaa!!!

7.05pm- Sampai di Restoran Umbai… waaa banyaknya kedai makan… tatau mana satu nak pilih…. jadi kami jalan jalan sekitar dulu sambil menyaksikan pemandangan laut dan matahari terbenam…. sesungguhnya aku kagum akan ciptaan Allah lebih kurang 15 minit kemudian kami berjalan masuk balik ke tempat makan, kami amik restoran atas, sebab kat atas boleh duduk bersila… lebih selesa.

meNTaRi TeRbeNAm

 

Sesambil tu beberapa orang pergi menempah makanan makanan yang dorang rasakan sesuai… tang ni aku tabik spring kat inchik AZRI… dia tak lupa menunaikan kewajipan pd yang ESA… dia sempat amek masa pergi menunaikan solat…. suami solehah… untung puan SNOW

tunggu yang tak brapa lama… makanan demi makanan pon sampai… waaa cepat jugak services dorang ni upernya… hebat hebat… aku kasik empat bintang untuk service….

ni antara pesanan hidangan kami…

sEpaHaT@SiPoT buLuh maSAk saMbaL

soTOnG CeLuP@GoREng tePUnG

tOmYAm sEaFooD

kAiLaN ikAn maSIn

IKan siAKaP BakAR

AiR siRaP n AiR seJoK aIS

pUaN sNOw aka isTeRi mIthALi

bila semua dah lengkap dan semua dah ada… inchik LAN mengetuai bacaan doa makan dan apa lagi… kami melantak sampai kekenyangan… sehingga cik LISA pun dah tersadai… surrender dah… yang best makanan dia menepati citarasa cuma agak kurang tahap kepedasan tomyam dia tu. untuk pengetahuan u olls yang memang tak nak tahu pun senanya, aku ni kuat makan pedas, bila tak pedas rasa cam tak ada selera… tapi oklah sebab tomyam dia agak pedas walau tidak menyengat…

ni pulak resitnya… jeng jeng jeng …. bahagi punya bahagi dapatlah rm17 sorang kena bayo (nasib la aku ada rm20 dlm wallet) so… berbaloi atau tidak…apa kata survey?? wakakakkaka!!

OuR reCEiPT :: RM 152.40

9.45pm (lebih kurang)- kami pun berkumpul dan bersalam-salaman peluk ciyom bagai sebab nak berpisah dah… kali ni aku tumpang kete puan AYU sebab satu jalan ke sentul… nak naik tren takot tak sempat… sebab tren pon abis waktu operasi jam 11pm….

kat atas jalan raya ni pulak berlaku adegan pecut memecut cam lumba haram plak rasa… kejap kejap kang kete satria potong kete pesona… kejap kejap lak kete pesona potong kete satria… yang paling bes kete kancil ijau itu memecut tak hengat! muahahahaha…. semua pun bawa haluan masing2.

dan bila masuk highway paling bes ayat inchik LAN ” okey da masuk highway, korang semua boleh tido” hak hak hak… seporting wooo!! kami pun apa lagi dah mintak kami tidur kami ni pulak jenis “saya yang menurut perintah” terus terlelap la…

11.20pm- aku sampai kat umah kakak… puan AYU anta sampai depan lif! huh~~ mekasih banyak banyak kakak ku…. muachhhxx!! dah smpai… mandi… say camat malam kat chenta hati terus bo00mm…!! tido tak sedar kediri dah!

esok dapat biter semua ngantok tahap tak hengat (eh3 kenapa aku sorang je yg tak ngantok ni?? adess!!!) dan inchik KOZ… sudah MC akibat ceri beri….wallah penangan sepahat yang pedas gilos dorang kata tu…


-THE END OF THE STORY-



notatangan 1:: sowi yeap korang kalau ada citer yg tertinggal… aku xdapat nk egat n nk tulis semua…. banyak sangat….

notatangan 2:: bila lagi dapat buat kerja giler macam ni…. thanks to all korang memang sekepala yg gile!!

10 thoughts on “…KENDURI KAWEN PUAN MARIA HUSSIN…

  1. wahh…jelesnyer dpt jenjalan ramai2..wuwuwuwu

    hepp…jgn la nak tacing2 x pat munger telur plus door gift..
    itu saya tidak tau sbb bkn kenduri ditmpt sy… T__T
    goodies2 tuh semua ahkak samo ahdik en.gula2 yg sponsor..
    so, saya tidak tahu samada ia cukop atau tidak..huhuhu
    nnt ah sy beli goodies baru utk u ols…mcm u d0lu2 tuh..ngee~~

    tapi..tapi..tapi..mo tanya, u bagi haper kat aii ari tuh?? wahahaha
    adiah anda tidak dpt dikesan…sepat..sepat..bagitahu saya…

    • nicki:: lalallalala…. adil la sesamer menjeles… hoyeyyy3… itulah sebaiknya!!! janji tau… hik3… ai kasi apew?? pembakar roti… muahhhahahahhahha!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s