…KTM DAH TAK SELAMAT ERK?…

Tarikh:: 29- April -2011

Masa:: Sekitar jam 7.05-7.10am

Lokasi:: KTM Sentul—>Pelabuhan Klang

Aiyokkk, ase cam dah nak hilang separuh nyawa dah pada kejadian ngeri pagi tadi~

citernya:: aku cam biasa r pepagi hari nan buta itu,
bersiap siap pastu kakak anta ke stesen komuter untuk ketempat keje.
pastu dalam lebih kurang 6.50am cenggitu inchik komuter pong sampai nak hangkut kitaorang
ke destinasi memasing lah kan.

aku lak cam biasa, aktiviti yang cambest lam komuter adalah
mendengar mp3 dari cik tepon sony aku sesambil men-tidur-ayam-kan diri…
tido tido ayam la tu maksudnya~ maklumlah kan dapat seat tengah, cuba aku dapat seat tepi huh!
harus tido mati! dah nama pun tido tido ayam kan terdengarlah pengumuman yang ketepi dah nak sampai ke KL Sentral, pengumuman ni akan dibuat awal beberapa minit,
bila dah lepas je stesen Kuala Lumpur dalam 2-3 minit cenggitu pengumuman akan dibuat,
sape yang duk naik komuter tu taulah kan… tayah la aku nak terangkan bukan penting pun.
jadi bila dah dengar pengumuman tu aku terus tersedar, tak rasa nak tido cam selalu aku buat.
selalu aku tidur balik pastu bila dah sampai kl sentral, gelabah nak turun…
sebab orang lain semua dah turun tinggal aku sensorang nasib baik tren belum gerak.
wohoo!! dah lupakan bukan nak citer diri aku yang sangat blur dipagi hari.

sambung balik, bila dah masuk aja terowong KL Sentral,
tetiba apa yang aku dengar satu dentuman kuat giler something like…pelanggaran? pastu aku nampak satu cahaya cerah giler
dan percikan percikan api yang betul betul luar coach wanita.
selang beberapa saat lepas tu terus aja black out tak sempat nak tarik napas la kiranya. perghh masa tu memang tak payah nak cakap la perasaannya…
kalau korang tak rasa berdebar bila berada ditempat kejadian aku tabing spring toing toing toing (bunyi spring) la kat korang…!

Jangan tanya kenapa? apa? mengapa? dan bagaimana? dan siapa?
sebab aku sendiri tak pasti apa yang sedang dan telah terjadi sebab
keadaan dalam terowong tu sangat gelap,tetiba aja berdentum.
aku bersyukur pada Allah sebab tak ada apa apa yang buruk berlaku pada aku dan semua warga komuter (warga komuter?)
mujur jugak ktm tu selamat sampai ke destinasi KL Sentral, kalau tak sampai ke?
tak adalah aku nak hapdet belog pepagi buta ni.
haruslah aku balik tido kat umah je.. itu kalau selamat lah~ hisss minta simpang….

Syukur Alhamdulillah kepada Allah, masih panjangkan umur ku.
trauma seketika untuk naik komuter tapi apakan daya itu adalah pengangkutan awam utama aku buat masa ni T_T

notatangan:: mengharapkan kerajaan mempertingkatkan kualiti kenderaan awam kat negara Mesia ni.

Advertisements

…BHGN 3::YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

…sambungan lagi…

ohhooii, dah sebiji cerpen pulak entri entri aku ni kan?
yelah aku kan minah gediks so haruslah aku buat entri sambung sambung gediks cenggini, kan?
okeh jom kita sambung mengumpat~ ngee….

aku sering terfikir susahnya nak cari sahabat sejati…
sahabat sekarang banyak yang berpura pura, talam dua muka, hipokrit…
macam da lupus title sahabat baik tu. tatau la kemana dah menghilang.
dan disaat ini aku rasa seolah olah sedang mencari sahabat baik aku siapa sebenarnya?? dimanakah dia?? siapa agaknya?? terlalu banyak yang ditemui namun masih belum layak digelar sahabat baik T_T

hanya satu sahabat layak menerimanya dan aku mohon pada tuhan
biarlah dia bersama aku di dunia dan di akhirat. INCHIK CHENTA HATI…
dialah sahabat penyeri hidup, dialah racun kedukaan
cukuplah mempunyai sahabat sepertinya, aku tak perlukan sesiapa lagi.
ramai orang akan kata, dia rela korbankan cinta demi sahabat tapi tak bagi aku.
cuma engkau orang bayangkan, kalau sakit tengah tengah malam dan engkau duduk jauh dari orang, siapa yang akan bawak engkau pergi klinik tengah malam tu?
kawan? ada kawan nak datang bawak ko?
lainla kalau kawan ko tu duduk sebelah umah… siapa? pakwe ko jugak kan?
waktu ko susah tak ada duit nak makan sape yang nak hulurkan duit sanggup susah payah dengan ko. siapa? pakwe… aku bercerita dari pengalaman aku lah.
itu apa yang inchik chenta hati aku pernah buat.
dia masukkan duit walau dia sendiri pon tade duit. siap poskan ubat lagi kalau aku sakit (inchik chenta hati aku jauh T_T).
dialah manusia paling risau dalam dunia ni selain mak ayah aku.

buat masa ini dia yang memahami aku, dia terlalu menjaga hati aku,
tak pernah terluah satu ayat pon dari dia yg menyakitkan dan menyinggung perasaan kalau apa yg aku benci atau tak suka itu betul sebabnya dia akan sokong aku
dan kalau tidak betul dia akan nasihatkan dan akan ikut caranya… 

demi tuhan, tak pernah dia menyakitkan hati…
indahnya jika aku ada sahabat sepertinya.
biarlah apa orang nk kata, aku tetap pilih dia sebagai sahabat sebagai teman hidup…
kerana aku belum bertemu insan lain yang boleh ku gelar sahabat baik,
andai satu masa nanti tiada jodoh antara kami… aku tak kisah kalau org nk keji, maki, umpat atau ketawakan aku, sekurang-kurangnya aku rasa bahagia kerana dapat buktikan pd diri,
wujud lagi sahabat baik sepertinya.

notatangan:: tamat sudah luahan perasaan CIK IEYZA…hik3… jangan mara daaa

…BHGN 2:: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

…sambungan bahagian 1…

yang budak sorang ni pulak, aku tatau nak gelarkan macam mana…
hailllaaa macam macam ragam yeap manusia dalam dunia ni.
penuh dengan seribu satu ragam yang boleh buat orang lain jiwa~

aku kenal cik adik sorang ni kat forum tadi tu jugak,
tapi tak adalah kenal sangat sangat pon, macam macam itu aja…
sebab dia sangat jarang masuk SB (shoutbox) dan
jarang berkunjung ke rumah jiran tetangga,
aku ni pulak asyik bertepek jelah 24 jam kat SB tu, muahahaha!!
masa tu forum tadi belum kena banned lagi kat pejabat aku ni ha,
jadi bolehlah bersuka ria di hari raya.
yang aku tau tentang cik adik sorang ni, dia sahabat baik kepada inche chenta hati aku. biarlah aku gelarkan mereka;
Inchik N sebagai kawan baik aku dan Cik A sebagai kawan baik kepada inche chenta hati
*engkau orang sila jangan pening dulu*
macam mana aku boleh tahu? sebab aku ni adalah sepai handalan…
hohoho *gelak gaya action kamen sambil tangan cekak pinggang* .
setiap wall post ke, status ke, gambar ke kat Inchik N ni Cik A akan komen atau like,
cara komen pulop manja manja mesra mesra gitu.
dari situ aku perasan kan sesuatu, ya! naluri yang dikurniakan oleh Allah ini jarang sekali untuk silap.
aku tau dia menaruh hati dan perasaan.

entah tanggal bila Cik A add aku sebagai kawan aku pun tak ingat
tapi aku terima walau dalam hati aku yakin yang dia sebenarnya
bukan nak jadi kawan aku sangat pun, habis habis mesti nak stalker aku.
Yup! sekali lagi aku betul. selang beberaoa minit dia say “thanks”
terus dia buat status “jom jadi stalker” lebih kurang macam tu lah.

wahai cik adik ku yang manis, kalau nak stalker orang…
silalah stalker dengan bijaksana dan smooth and steady.
engkau nak stalker orang tapi engkau pergi bagitahu aku…
aiyaaa baik engkau terus tulis kat wall aku ataupun inbox paling koman la…
“Wei, aku nak stalker engkau” atau lebih senang cakap je “Wei aku nak siasat engkau”
so tak payah susah payah lagikan, menghabiskan masa dan tenaga.
selama beberapa bulan aku stalker engkau, engkau tau tak?
tak kan??? sebab aku tak pernah gitau “aku nak stalker cik A” ngee~

tapi tape aku tak kisah… ko nak stalker aku tade masalah pon, small matter…
dah itu hobi engkau teruskanlah aku tak marah pon walau aku dah tau.
kemudian di belog ini dia gunakan nama lain.
well, naluri aku tak pernah salah… itu adalah dia aku tau.
akhirnya kebenaran itu terbukti, kawan dia sendiri pergi gunakan nama dia
kat fb dia sendiri. *geleng geleng kepala…stalker la dengan cara bijaksana*
tapi aku hanya diamkan diri dan layan dia dengan baik walau aku tau kebenaran itu. aku tamau la nak musuh dengan sesaper. cukup cukuplah apa yang pernah aku alami, apa pun orang buat aku akan cuba terima selagi aku rasa masih boleh menerima
walau pun sakit hati bila orang tu jadi kawan semata mata nak stalker kita,
bila dah stalker? unfriend?

tak lama selepas tu, persoalan demi persoalan diajukan pada aku,
sehinggalah suatu hari dia dengan baik hatinya gitau aku dia dah remove aku
dari friendlist beliau. oke, itu hak dia… aku tak suruh dan aku tak melarang,
dia yang add aku dulu so aku tak kisah kalau dia nak remove aku,
yang paling aku tak tahan, dia kata aku dan inchik N ini berkapel,
dia kata dulu dia dan inchik N ni berkapel tapi sejak kehadiran aku inchik N telah beralih arah,
jauh dari dia. kununnya nak kata aku ni rampas inchik N dari dialah.
come on la dear adik ku, janganla nak malukan diri sendiri… aku bukan tak nak percaya dia…
aku tak kisah pun dia nak berchenta ka nak haper ke dengan inchik N tapi…
sila jangan melibatkan aku…lagipun aku kenai inchik N lagi awal dari aku kenai dia,
jadi siapa yang harus aku percaya? aku tau aja cara inchik N ni berkawan,
dengan sesiapa pon dia akan say sayang la, intan payung gunung berapi, baby, muchuk, dinda… semua semua lah akan keluar, tapi tak beerti dia betul betul cintakan orang itu, ouhh habislah minah satu mesia kalau macam tu kan?
entahla, aku senanya malas nak amek kisah hal cik adik itu dengan inchik N ni,
aku tak ada hak nak campurtangan, bagi aku whatever will be juz let it be by her way… aku malas nak amek port… bukan de kena mengena dengan aku pon.
kecualilah inchik N tu suami aku kan? haruslah aku cencang cencang lumat je mereka berdua… ngee~

terkilan? yep agak terkilan bila orang labelkan aku macam tu.
bila orang kawan dengan aku tapi tak ikhlas.
kalau nak sangat silalah ambil aku tak kisah pon.
apa sudah tak ada manusia yang betul betul boleh digelarkan sahabat sejati?
tak pelah, aku pun tak bencikan dia, kalau dia add aku, aku accept aja
dan kalau tidak biarlah dia…
aku tak kisah asalkan dia tak buat aku bencikan dia, aku baik baik aja. 

bersambung… 

notatangan::janganlah kita mudah berasa org menyukai kita dan kita mudah menyukai org dgn hanya  cara seseorang itu bergurau sedangkan dia tidak bermaksud apa2

…BHGN 1 :: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

Hidup atas muka bumi ni mesti kena ada kawan kan?
sesiapa pon selagi kau bernama makhluk tuhan ko pasti akan ada kawan,
tak kiralah kawan ke kawan baik ke, kawan istimewa ke, kawan sehidup semati ke atau bes-friend-forever ke…
dan tak kiralah walau seorang pon korang mesti ada manusia yang dipanggil kawan kan? walau tidak akrab macam mana pun?? 

Tetiba je harini aku rasa ringan jari jemari…errrk? nak tulis entri pasal kawan,
sebab tetiba aku ada dapat maklumat dari seseorang dimana aku rasa nak luah perasaan kat sini, buleh?? 

straight to the point.

aku ni dulu banyak sangat kawan… ya dulu aku ulang DULU…
dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampailah dah keje pon still akan ada seorang yang aku kira sahabat baik walau senanya tade r baik mane pong.. muahahaha!!
dan sahabat yang paling aku ingat yang mampu buat aku gembira dan bahagia adalah sahabat di satu forum ni…kat sini aku kenal dengan empat orang sahabat baik, aku kenalkan mereka dengan nama CIK SW, CIK NJ, CIK SG dan jugak CIK BG.
orang lain pon (baca::orang dalam forum tersebut) pon tahu yang we olls kawan baik and sentiasa berlima.

tak dinafikan waktu itu aku dan CIK BG sangat baik. kira BFF la masa tu.
aku jadi tempat dia luahkan perasaan mengenai hidupnya yang sering dilanda kemurungan dengan keluarga, teman sekerja dan bf dia.
dipendekkan cerita satu kejadian telah berlaku, aku sendiri tatau kat mana salahnya
sehingga aku dengan CIK SG ni rasa terpinggir giler.
CIK BG hanya sudi nak berkawan baik dengan CIK SW dan CIK NJ.
tapi aku ni jenis innesen giler  r masa tu, aku tak de rasa benci ke nak marah apa semua
walau aku tahu macam macam dia buat tanpa aku.
tapi akhirnya aku tahu satu rahsia dari seorang rakan,
CIK BG main buat ketupat kat aku pulak, aku ni dilabelkan miss GEDIKS oke?
aku gediks ke? yelah yelah aku gediks.. so what?? ke ko jeles dengan aku??
aku ni gediks aku gediks dengan perempuan je, ko?
semua jantina ko gediks dengan lelaki lagilah gatal mereyam!!
aku tau aku tau ko gediks mereyam sebab ko takut tak kawen sampai sekarang kan?
kesian la dekat ko minah! cerita paling bes?
aku dikatakan penghalang cinta dia dengan INCHIK S ini…
engkau orang tau perasaan aku macam mana masa tu??
hiss… kalau dia ada depan aku masa tu mang aku dah mandikan dia dengan air coke kat kepci tu!!
panas betul!!

nak tanya korang ni, korang mesti ada kawan yang betul betul baik dengan korang kan? kawan baik korang ni pulak sedang berkapel dengan mamat ni
tapi dalam masa yang sama dia dok mesej korang gitau yang perangai mamat ni buruk, segala benda semuanya buruk buruk dan mamat itu dikatakan suka
mengongkong hidup kawan baik korang ni.
pastu kawan baik korang tanya pendapat korang pulak…
well, sorry to say la dear, aku ni jenis ada prinsip…
selagi engkau bukan suami aku, engkau memanglah tiada hak nak kongkong aku bagai. tak guna kot bercinta dalam rasa yang pura pura.
so aku nasihatkan lah dia, mang aku tak sokong untuk dia teruskan dengan mamat itu sebab aku memang tak suka dengar cara mamat itu treat dia,
dia kawan baik aku dan orang lain tak de hak nak perkotak katikkan idup kawan baik aku, engkau buat dia terluka memang aku akan benci engkau,
tapi sayang weii aku silap kerana bagi nasihat macam tu,
dan nasihat aku dilabelkan “penghalang cinta dia dan mamat itu”
kununnya aku ni yang beria-ia tak kasi dia kawan dengan mamat inchik S itu…WTH! hailllaaa Cik BG, lau engkau ada depan mata aku masa aku dapat tau citer ni memang nanges la engkau kena maki dengan aku! 

jadi disebabkan terkilan dengan sikap dia, aku remove aku dia sebagai sahabat di FB. aku rasa aku tak perlu nak jadi hipokrit, kununnya aku tak suka tapi depan dia buleh jadi baik giler, berkasih sayang bagai…urggh please!
aku ni jenis tak suka talam dua muka
dan dia pun dah blocked aku dari melihat sebarang komen dia
dan aku dan semua benda tentang aku dan dia lah.
ouhh terima kasih sangat sangat! aku akui aku memang jahat
tapi aku tak sampai hati nak blocked orang supaya aku senang nak ngumpat dia
bersama geng yang lain kan? tapi dah kalau dia yang buat macam tu aku kiranya boleh berjoget kegembiraan, aku langsung tak perlukan sahabat macam dia,
aku bahagia bila orang tak suka aku, dengki aku dan buat macam tu kat aku,
maknanya dia menjeles dengan aku… walllah memang sangat bahagia rasanya. 

apa yang penting aku tamau jadi hipokrit,
bersayang sayang tapi dibelakang kutuk mengutuk, aku tak perlu buat itu semua. pepatah hidup aku simple, aku tak kan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan aku dulu, aku takkan benci orang kalau orang tak benci aku dulu.
aku ni susah nak suka berkawan dengan orang tapi sekali aku suka kawan dengan engkau, sampai mati pon aku anggap engkau sahabat baik aku,
aku akan layan elok elok selalu ingatkan kau. dan aku susah nak benci orang tapi sekali aku dah mula membenci, sampai mati pun aku tak kan maafkan. harap maklum…

bersambung….

notatangan:: eh eh eh… macam buat cerpen pulop… !

…TAGGING FROM MS IEYZA…

1.  Berikan sebanyak mungkin sifat/ciri-ciri/perkara tentang pemberi tag ini yang anda tahu.

2. Jika dalam bumi ini hanya boleh diduduki anda dan sahabat, siapa sahabat yang akan anda pilih???

3. Apakah makanan yang ‘least’  anda nak makan andai terpaksa?

4. Sms terakhir yang anda terima.

5. Iklan paling bes…….

6. Upload gmbr anda dan sahabat anda paling chantek…

7. Hadiah paling murah pernah anda dapat

8. Hadiah paling burok pernah anda dapat

9. Komen paling bangang tentang anda

10. 5 benda/perkara menarik ttg pasangan hidup anda

11. Kenangan paling best bersama pasangan anda

12. Kenal spice girls? ‘match’kan mereka dengan sahabat baik anda…

13. Adiah yang paling anda teringin utk miliki?

::orang yang perlu menjawab tag ini adalah::

Puan Snow

Puan Nick

Mr. DNA

Cik Lisa Arianna

Inchik Sata

Puan Eby

Cik Qaseh

okies, soalan TAMAT! sila jawab dengan baik… ada award n adiah menanti kepada pemenangnyer… sorang jep… tag ni tok kawan2 terdekat jep… okeh!

notatangan:: pemenang akan dipilih dgn jawapan paling bes….