…BHGN 1 :: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

Hidup atas muka bumi ni mesti kena ada kawan kan?
sesiapa pon selagi kau bernama makhluk tuhan ko pasti akan ada kawan,
tak kiralah kawan ke kawan baik ke, kawan istimewa ke, kawan sehidup semati ke atau bes-friend-forever ke…
dan tak kiralah walau seorang pon korang mesti ada manusia yang dipanggil kawan kan? walau tidak akrab macam mana pun?? 

Tetiba je harini aku rasa ringan jari jemari…errrk? nak tulis entri pasal kawan,
sebab tetiba aku ada dapat maklumat dari seseorang dimana aku rasa nak luah perasaan kat sini, buleh?? 

straight to the point.

aku ni dulu banyak sangat kawan… ya dulu aku ulang DULU…
dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampailah dah keje pon still akan ada seorang yang aku kira sahabat baik walau senanya tade r baik mane pong.. muahahaha!!
dan sahabat yang paling aku ingat yang mampu buat aku gembira dan bahagia adalah sahabat di satu forum ni…kat sini aku kenal dengan empat orang sahabat baik, aku kenalkan mereka dengan nama CIK SW, CIK NJ, CIK SG dan jugak CIK BG.
orang lain pon (baca::orang dalam forum tersebut) pon tahu yang we olls kawan baik and sentiasa berlima.

tak dinafikan waktu itu aku dan CIK BG sangat baik. kira BFF la masa tu.
aku jadi tempat dia luahkan perasaan mengenai hidupnya yang sering dilanda kemurungan dengan keluarga, teman sekerja dan bf dia.
dipendekkan cerita satu kejadian telah berlaku, aku sendiri tatau kat mana salahnya
sehingga aku dengan CIK SG ni rasa terpinggir giler.
CIK BG hanya sudi nak berkawan baik dengan CIK SW dan CIK NJ.
tapi aku ni jenis innesen giler  r masa tu, aku tak de rasa benci ke nak marah apa semua
walau aku tahu macam macam dia buat tanpa aku.
tapi akhirnya aku tahu satu rahsia dari seorang rakan,
CIK BG main buat ketupat kat aku pulak, aku ni dilabelkan miss GEDIKS oke?
aku gediks ke? yelah yelah aku gediks.. so what?? ke ko jeles dengan aku??
aku ni gediks aku gediks dengan perempuan je, ko?
semua jantina ko gediks dengan lelaki lagilah gatal mereyam!!
aku tau aku tau ko gediks mereyam sebab ko takut tak kawen sampai sekarang kan?
kesian la dekat ko minah! cerita paling bes?
aku dikatakan penghalang cinta dia dengan INCHIK S ini…
engkau orang tau perasaan aku macam mana masa tu??
hiss… kalau dia ada depan aku masa tu mang aku dah mandikan dia dengan air coke kat kepci tu!!
panas betul!!

nak tanya korang ni, korang mesti ada kawan yang betul betul baik dengan korang kan? kawan baik korang ni pulak sedang berkapel dengan mamat ni
tapi dalam masa yang sama dia dok mesej korang gitau yang perangai mamat ni buruk, segala benda semuanya buruk buruk dan mamat itu dikatakan suka
mengongkong hidup kawan baik korang ni.
pastu kawan baik korang tanya pendapat korang pulak…
well, sorry to say la dear, aku ni jenis ada prinsip…
selagi engkau bukan suami aku, engkau memanglah tiada hak nak kongkong aku bagai. tak guna kot bercinta dalam rasa yang pura pura.
so aku nasihatkan lah dia, mang aku tak sokong untuk dia teruskan dengan mamat itu sebab aku memang tak suka dengar cara mamat itu treat dia,
dia kawan baik aku dan orang lain tak de hak nak perkotak katikkan idup kawan baik aku, engkau buat dia terluka memang aku akan benci engkau,
tapi sayang weii aku silap kerana bagi nasihat macam tu,
dan nasihat aku dilabelkan “penghalang cinta dia dan mamat itu”
kununnya aku ni yang beria-ia tak kasi dia kawan dengan mamat inchik S itu…WTH! hailllaaa Cik BG, lau engkau ada depan mata aku masa aku dapat tau citer ni memang nanges la engkau kena maki dengan aku! 

jadi disebabkan terkilan dengan sikap dia, aku remove aku dia sebagai sahabat di FB. aku rasa aku tak perlu nak jadi hipokrit, kununnya aku tak suka tapi depan dia buleh jadi baik giler, berkasih sayang bagai…urggh please!
aku ni jenis tak suka talam dua muka
dan dia pun dah blocked aku dari melihat sebarang komen dia
dan aku dan semua benda tentang aku dan dia lah.
ouhh terima kasih sangat sangat! aku akui aku memang jahat
tapi aku tak sampai hati nak blocked orang supaya aku senang nak ngumpat dia
bersama geng yang lain kan? tapi dah kalau dia yang buat macam tu aku kiranya boleh berjoget kegembiraan, aku langsung tak perlukan sahabat macam dia,
aku bahagia bila orang tak suka aku, dengki aku dan buat macam tu kat aku,
maknanya dia menjeles dengan aku… walllah memang sangat bahagia rasanya. 

apa yang penting aku tamau jadi hipokrit,
bersayang sayang tapi dibelakang kutuk mengutuk, aku tak perlu buat itu semua. pepatah hidup aku simple, aku tak kan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan aku dulu, aku takkan benci orang kalau orang tak benci aku dulu.
aku ni susah nak suka berkawan dengan orang tapi sekali aku suka kawan dengan engkau, sampai mati pon aku anggap engkau sahabat baik aku,
aku akan layan elok elok selalu ingatkan kau. dan aku susah nak benci orang tapi sekali aku dah mula membenci, sampai mati pun aku tak kan maafkan. harap maklum…

bersambung….

notatangan:: eh eh eh… macam buat cerpen pulop… !

8 thoughts on “…BHGN 1 :: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s