…BHGN 2:: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

…sambungan bahagian 1…

yang budak sorang ni pulak, aku tatau nak gelarkan macam mana…
hailllaaa macam macam ragam yeap manusia dalam dunia ni.
penuh dengan seribu satu ragam yang boleh buat orang lain jiwa~

aku kenal cik adik sorang ni kat forum tadi tu jugak,
tapi tak adalah kenal sangat sangat pon, macam macam itu aja…
sebab dia sangat jarang masuk SB (shoutbox) dan
jarang berkunjung ke rumah jiran tetangga,
aku ni pulak asyik bertepek jelah 24 jam kat SB tu, muahahaha!!
masa tu forum tadi belum kena banned lagi kat pejabat aku ni ha,
jadi bolehlah bersuka ria di hari raya.
yang aku tau tentang cik adik sorang ni, dia sahabat baik kepada inche chenta hati aku. biarlah aku gelarkan mereka;
Inchik N sebagai kawan baik aku dan Cik A sebagai kawan baik kepada inche chenta hati
*engkau orang sila jangan pening dulu*
macam mana aku boleh tahu? sebab aku ni adalah sepai handalan…
hohoho *gelak gaya action kamen sambil tangan cekak pinggang* .
setiap wall post ke, status ke, gambar ke kat Inchik N ni Cik A akan komen atau like,
cara komen pulop manja manja mesra mesra gitu.
dari situ aku perasan kan sesuatu, ya! naluri yang dikurniakan oleh Allah ini jarang sekali untuk silap.
aku tau dia menaruh hati dan perasaan.

entah tanggal bila Cik A add aku sebagai kawan aku pun tak ingat
tapi aku terima walau dalam hati aku yakin yang dia sebenarnya
bukan nak jadi kawan aku sangat pun, habis habis mesti nak stalker aku.
Yup! sekali lagi aku betul. selang beberaoa minit dia say “thanks”
terus dia buat status “jom jadi stalker” lebih kurang macam tu lah.

wahai cik adik ku yang manis, kalau nak stalker orang…
silalah stalker dengan bijaksana dan smooth and steady.
engkau nak stalker orang tapi engkau pergi bagitahu aku…
aiyaaa baik engkau terus tulis kat wall aku ataupun inbox paling koman la…
“Wei, aku nak stalker engkau” atau lebih senang cakap je “Wei aku nak siasat engkau”
so tak payah susah payah lagikan, menghabiskan masa dan tenaga.
selama beberapa bulan aku stalker engkau, engkau tau tak?
tak kan??? sebab aku tak pernah gitau “aku nak stalker cik A” ngee~

tapi tape aku tak kisah… ko nak stalker aku tade masalah pon, small matter…
dah itu hobi engkau teruskanlah aku tak marah pon walau aku dah tau.
kemudian di belog ini dia gunakan nama lain.
well, naluri aku tak pernah salah… itu adalah dia aku tau.
akhirnya kebenaran itu terbukti, kawan dia sendiri pergi gunakan nama dia
kat fb dia sendiri. *geleng geleng kepala…stalker la dengan cara bijaksana*
tapi aku hanya diamkan diri dan layan dia dengan baik walau aku tau kebenaran itu. aku tamau la nak musuh dengan sesaper. cukup cukuplah apa yang pernah aku alami, apa pun orang buat aku akan cuba terima selagi aku rasa masih boleh menerima
walau pun sakit hati bila orang tu jadi kawan semata mata nak stalker kita,
bila dah stalker? unfriend?

tak lama selepas tu, persoalan demi persoalan diajukan pada aku,
sehinggalah suatu hari dia dengan baik hatinya gitau aku dia dah remove aku
dari friendlist beliau. oke, itu hak dia… aku tak suruh dan aku tak melarang,
dia yang add aku dulu so aku tak kisah kalau dia nak remove aku,
yang paling aku tak tahan, dia kata aku dan inchik N ini berkapel,
dia kata dulu dia dan inchik N ni berkapel tapi sejak kehadiran aku inchik N telah beralih arah,
jauh dari dia. kununnya nak kata aku ni rampas inchik N dari dialah.
come on la dear adik ku, janganla nak malukan diri sendiri… aku bukan tak nak percaya dia…
aku tak kisah pun dia nak berchenta ka nak haper ke dengan inchik N tapi…
sila jangan melibatkan aku…lagipun aku kenai inchik N lagi awal dari aku kenai dia,
jadi siapa yang harus aku percaya? aku tau aja cara inchik N ni berkawan,
dengan sesiapa pon dia akan say sayang la, intan payung gunung berapi, baby, muchuk, dinda… semua semua lah akan keluar, tapi tak beerti dia betul betul cintakan orang itu, ouhh habislah minah satu mesia kalau macam tu kan?
entahla, aku senanya malas nak amek kisah hal cik adik itu dengan inchik N ni,
aku tak ada hak nak campurtangan, bagi aku whatever will be juz let it be by her way… aku malas nak amek port… bukan de kena mengena dengan aku pon.
kecualilah inchik N tu suami aku kan? haruslah aku cencang cencang lumat je mereka berdua… ngee~

terkilan? yep agak terkilan bila orang labelkan aku macam tu.
bila orang kawan dengan aku tapi tak ikhlas.
kalau nak sangat silalah ambil aku tak kisah pon.
apa sudah tak ada manusia yang betul betul boleh digelarkan sahabat sejati?
tak pelah, aku pun tak bencikan dia, kalau dia add aku, aku accept aja
dan kalau tidak biarlah dia…
aku tak kisah asalkan dia tak buat aku bencikan dia, aku baik baik aja. 

bersambung… 

notatangan::janganlah kita mudah berasa org menyukai kita dan kita mudah menyukai org dgn hanya  cara seseorang itu bergurau sedangkan dia tidak bermaksud apa2

6 thoughts on “…BHGN 2:: YANG AKU PANGGIL SAHABAT…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s