…CIK IEYZA MENANG HP MINI??!!…

sudah sudahla tu renti kanlah angan angan kamu tu wahai cik ieyza. silalah kembali ke dunia yang nyata. cerita sebenarnya memang ada dapat HP MINI (notebook) tapi itu Inchik Ayah yang punya. Inchik Ayah dengan rajinnya ada masuk satu contest SNICKERS pastu dapat second prize *wink!* 

mohla dengo cik ieyza nk bercerita ni…

Jumaat ritu ada orang telefon cik kakak gitau dia kena ambik hadiah kat Mid Valley… bla…bla…bla (malas aku nk tulis apa yg dia cakap) dia suh Cik Kakak amek sebab Encik Ayah masuk contest tu guna nama Cik Kakak. mula mula Cik Kakak tamau pergi dia takut kes kes tipu ni. dia pun tatau Encik Ayah masuk contest ni. bila aku balik kerja, Cik Kakak bukak citer. aku pon apa lagi ajak cik kakak pergi lah kan… alaaa tak luak pon setakat MV tu… pastu sembang sembang Cik Kakak bersetuju.

besoknyer Cik Kakak suh aku telefon pihak delivery tu (sebab dia kata dia bukan pihak penganjur, cuma tolong kasik hadiah jeap)…aku tanya dia macam macam. mesti masa ni dia fikir aku ni sengal, dia punyer pelat cina tu sangat pekat jadik aku memanglah sangat tidak paham apa yang dia cakap maka tjadilah perbualan::

Cik Ieyza:: Hello, ini inchik **** ke? saya ***** (aku menyamar jd cik kakak sebab suara kitaorang sama) semalam awak ada kol sayer kan suruh amek adiah.

Inchik Delivery:: yea yea… ada untuk contest SNICKERS

Cik Ieyza:: blh sayer tau contest apa  tu (aku tak paham apa yang dia sebut tadi) 

dia bengang kot dia sebut SNICKERS bla bla bla <— ayat penuh untuk logo snickers. hambek ko! hahahahha. dia kata cik kakak ada masuk contest melalui internet.

Cik Ieyza:: kat mana tempatnye?

Inchik Delivery:: kat office mid valley…bla bla bla (aku jadik blur, tak paham dia cakap apa)

Cik ieyza:: means dia punyer main office ke?

Inchik Delivery:: bukan2, kami hanya tolong sediakan hadiah we olls bukan penganjur.

Cik ieyza:: yea yea maksud sayer, nama tempat inchik

Inchik Delivery:: **** *****

Cik ieyza:: oo ok.. ermmm boleh tak sayer nak tau sayer menang adiah apa yeap?

Inchik Delivery:: kejap sayer cek yea… (selang beberapa saat) you menang Hp Mini

Cik ieyza:: ooooo… ermm boleh ke sayer nak amek skrg?

Inchik Delivery:: boleh… tapi ari sabtu ni kami tutup kul 2pm

Cik ieyza:: Haaah????!! sempat ke??

Inchik Delivery tu gelak tak ikhlas! nampak sangat! aku tak buat lawak oke! sebab masa tu dah jam 12pm!

Cik Ieyza:: tak pela sayer pergi sekarang, harini jea sayer pree (ceh! ayat ta boleh blah!)

Korang pasan tak ::

1) aku mengiyakan tanpa ada perasaan bila dia sebut HP Mini sebab aku tatau HP Mini tu apa, naif nyer aku ni kan?

2) perbualan aku sangat sengal… mesti dia pon ingat aku ni seorang yang sengal! hahahahha!! sebab aku tak tau nak cakap apa dengan dia. blur.

pastu we olls bergegas ke MV, bila dah maklum mana opis dia we olls carik kat serata ceruk… akhirnya JUMPA!

biler dapat je hadiah tu aku rasa aku punyer ‘jaw’ da jatuh ke lantai macam the mask tu. tercengang dan tak sangka! betul rupanya itu HP Mini!! isk3. aku memang betul betul tak percaya tau, tak pernah seumur hidup pon aku tengok hadiah segrand itu…maksud aku, aku tak pernah menang hadiah segrand itu… walllahhh.

::ini HP mini yg cik ieyza dapat::

::ini contoh Hp mini tu… amek dari pokcik google… yang sebenar belom buka::

tapi bincang punyer bincang, we olls ambik hadiah tu utk diberikan pada Puan Emak. Encik Ayah, Cik Kakak dan Cik Ieyza dah sepakat nak hadiahkan kepada Puan Emak… sempena hari ibu dan hari besday nyer. Lagipun Puan Emak memang nak guna nak taip masakan… *wink* aku pon tak kisah walau hati berdegup tengok hadiah tu, sebab aku tak minat netbook ni, kecik… aku tak puas nak guna. tak pelah, insyaAllah ada rezeki aku akan dpt jugak lappy kegemaran dan idaman aku…

alhamdulillah, syukur kepadaNya sebab bagi kami rezeki macam ni, tak sabar aku nak bagi kat Puan Emak, nak tengok reaksi Puan Emak.

notatangan:: Alhamdulillah, terima kasih ya Allah… ^_^

Advertisements

…DISEBALIK CERITA TENGOK WAYANG…

Nama aja masuk panggung tengok citer Nur Kasih The Movie kan? tapi tengok ni ambik gambar semua pasal Pirates of The Carribean…muahahaha! macam sengal je kan, habis tu nak buat macam mana, dah arca Pirates je yang ada pon. yea yea je menempal kat situ kunun kunun baru lepas tengok POTC la kununnya tuh! hikkss!

PerISTiwa BErGAMbaR AkU~~

::ini kapal lanun… muahaha memandai jep.. aku tatau sebab aku tak tengok::

:: ini? harta karun milik lanun tu kah??? sila jawab…::


::besnya kalau ini harta aku!!::


setakat ni jelah gambar gambar yang terlarat aku nak download, aku malas gila nak download banyak banyak.. lau engkau orang nak tengok lagi banyak silalah tengok dengan akaun FB aku… ngeh ngeh ngeh! 

Apa yang engkau orang tak tau disebalik kisah cik ieyza tengok wayang::

1) senanya dah lama sangat aku tinggalkan dunia pewayangan ni *ayat apakah?* meanss… kali terakhir aku tengok masa tu tak salah aku masa umur 13 tahun tingkatan satu. so dah 13 tahun jugaklah aku dah tak tengok (so sila buat kalkulation untuk mengetahui umur aku, siap tepat dapat hadiah….. fruti tutti tajaan duit poket sendiri ^_^). jadinya aku memang jakun la masa mula mula masuk pawagam tu. 

2) Aku jadik B.A.T.A.K kejap tengok panggung wayang dan teruja gila nak masuk panggung tu. feel semacam je…almaklumlah…J.A.K.U.N memang macam tu!

3) Itu kali pertama aku dating dengan budak manis Cik Zana kat luar bangunan *luar bangunan?* kiranya itu our first date la macam yang cik zana kata

4) Cik Zana bersusah payah sungguh nak dapatkan tiket, mujur lah dapat booking online, trimass to Cik Zana kerana merealisasikan impian aku… kalau tak entah pukul berapa la kami dapat masuk.

5) Tak berapa ramai orang dalam panggung tu sebab maybe tayangan pertama hari khamis lepas tu berlawan tayang pulak dengan cerita Pirates of the Carribean.

6) Aku sangat teruja gila beruang tengok iklan cerita Transformer. lepas ni aku nak ajak inchik chenta hati tengok bersama. so kena sabar menunggu~

7) Sekali lagi aku dah jadi macam J.A.K.U.N tengok arca arca Pirates of the Carribean.

notatangan:: kalau transformer masuk panggung agak agak engkau orang ada tak arca arca dia tuh! *wink*

…REVIEW FILEM :: NUR KASIH THE MOVIE…

Tarikh:: 19 Mei 2011 (tayangan pertama)

Masa:: 5.45pm (abis keje-bgegas ke Mid)

Tempat:: Mid Valley Megamall

 

akhirnya…akhirnya… wahhh tercapai jugak hasrat aku nak tengok citer ni, tayang hari pertama pulak tu. memang malatop la wallah wehh….

okey kiter straight to the point, pada pandangan aku yang dah tengok citer ni, pandangan aku je tau… orang lain aku tatau. lain orang lain citarasanya kan? sebenarnya bila tengok citer ni aku sendiri tatau tang mana yang aku nak rasa lega, seronok dan hepi also ketawa bersama sama yang lain. dari permulaan cerita sampai ending cerita dia memang sedih jerk walau happy tapi kata kata dia tetap buat aku rasa sebak. terharu sedih semua adalah… dari awal permulaan cerita dia cerita pasal Aidil yang kehilangan isterinya dan sampailah kematian Addam, aku asyik nanges aja kejenya. aku amat sensitip oke. harap maklum. tapi tak ada sampai teresak esak cuma bergenang je kat kelopak… malu arr nak nanges kan, kalau kat rumah ni memang dah bantai nanges bercucuran dah.

babak romantik antara Nur dan Addam? 5 minit aja rasanya masa Nur tolong Addam melukis kat sawah, Addam peluk Nur dari belakang dan pegang perut Nur yang tengah mengandung masa tu. masa tu yang aku dapat rasa hepi sangat tengok mereka, sweet couple, biar sampai jinjang pelamin okeh *wink*.

Nur Kasih the Series  lebih banyak keromantikkan mereka dan memang terhenti kat situ aja. Dan untuk Nur Kasih the Movie, Kabir Bhatia bawak mesej yang lebih sarat


::sweet kan dorang??? suka sangat lau dorang kapel::

::saat romantis antara Nur dan Addam…ooouhh i love them both!::

Tengok cerita ni kena banyak tahan sabar, debaran sentiasa ada… nasib baik aku bebas dari sebarang sakit jantung. sound effect dia… fullamak memang kelasss, dah la dalam pagawam dia bukak suara kuat gila kan.. memang buat jantung berdegup kencang, yang nyata… debaran tak kan pernah hilang:: 

1) masa kes tembak menembak di pasar Jordan

2) masa keretapi berlanggar dengan lori

3) masa pergaduhan antara Mamat, Jamal, Aidil dan konco-konco Jamal 

wahh aku memang rasa nak pitam sebab semua menakutkan, aku ni lemah semangat bila ada aksi aksi ni macam tak koser sikit nak tengok.. 

keseluruhan cerita, agak boleh tahan…oklah cuma plot cerita terlalu ringkas dan laju sampai tak sempat aku nak catch up feeling tu, dari satu babak ke satu babak laju sangat sampaikan aku tak rasa pape melainkan perasaan sedih dari awal cerita sampai la habis cerita macam yang aku katakan awal awal tadi..

bagi aku antara NUR KASIH DRAMA SERIES dengan NUR KASIH THE MOVIE, masing masing ada kekuatan sendiri tapi aku akan lebih memilih NUR KASIH DRAMA SERIES sebab dia sarat dengan kisah Nur dan Addam. Untuk drama aku boleh bagi 4 1/2 bintang dan untuk movie aku bagi 3 1/2 bintang. Boleh tahan, kalau cerita dan plot disusun rapi maksud aku tak laju sangat, mesti lagi best cerita dia kan? sebab terlalu laju cerita jadi tergantung; mana Nur dapat duit 23K plus plus untuk Addam? apa yang jadi pada Jamal? terlepas macam tu je ke setelah bunuh orang?

dialog yang paling aku suka adalah daripada Addam “ambillah apa saja, kecuali Nur” waaaa… tangkap leleh oke. dialog tu aku ingat sampai sekarang, susah oo nak dapat suami penyayang macam Addam tu, sanggup korbankan diri sendiri supaya tak ada apa apa terjadi pada Nur.

so, korang korang yang dah tonton apa pulak komentar korang? mohla kongsi bersama. yang belum menonton lagi, korang pulak apa cerita? mehla tinggalkan komen selayang dua yeap…hikss!

::manisnya Tiz Zaqyah bertudung::

::oh my Remy Ishak *wink*::

notatangan:: lepas ni mau tengok transformers….*wink* hikkss!

…PERHIMPUNAN HARI PEKERJA…

(ENTRI INI SUDAH BASI, HARAP MAKLUM)

Tarikh:: 07-Mei-2011 

Masa:: 7.30am – 12.00pm

Tempat:: Sentul –> Taman Jaya –> Stadium Bukit Jalil –> Sentul

sapa tatau yang 01 Mei 2011 haritu adalah hari pekerja? meh aku tampaq laju laju. semua orang pon tau kan hari itu adalah hari pekerja maknanya semua pekerja akan bercuti…ada ke yang tak bercuti? haa yang tu aku tak pasti… ada kot… kedai makan, pasar raya takkan cuti kot kan? mestilah ambil hari ni untuk hari meningkatkan jualan. okeh so diaorang ni dah sepakat nak sambut hari pekerja pada 07 Mei 2011 kat Stadium Bukit Jalil Tak salah aku Kementerian Sumber Manusia yang anjurkan.

so pepagi sabtu yang indah tu terpaksa bangun awal la macam nak pegi keje jugakla gamaknya. bersiap ala kadar then naik tren macam biasa. sempat snap gambo dalam tren macam jakun padahal tiap tiap hari naik tren. tema baju untuk hadir bagi jabatan we olls adalah batik… tak happening langsung kan?

:: Tema:: muka di pagi hari~ gila semangat muka kan?

sampai aja opis terus naik bus jabatan. Bus mula bergerak dalam jam 8am, dan sampainya dalam jam 8.30am lebih kurang la kot… entahla aku pon senanya tak tengok pon jam sebab excited gila nak ke Bukit Jalil, aku ni kalau nak tau sebenarnya tak pernah jejak pon kaki kat stadium tu, ini kali pertama tau. oke yang ni memang jakun!

so far, oklah dia punya persembahan tu, koir dia ada rasa daripada Kem. Sumber Manusia jugak, cuma persembahan tarian tu aku tak pasti tapi nampak macam daripada Kementerian Kebudayaan, Warisan… bla bla bla… aku tak ingat nama penuh dia tapi nama pendek dia KEKWA. masa masa ni lah aku dengan Cik Zana teringin giler nak tukar ke Kementerian itu… adess besnya!! boleh dikatakan tak rugi lah aku join samer ritu walau dalam keadaan terpaksa tak rela gitu kan aku gagahkan juga diri untuk pegi…gitu… dan sambutan yang diberikan memang tidak mengecewakan. Syabas mera beta… syabas. cuma agak sedih bila sambutan daripada jabatan sendiri yang kurang. berapa kerat aja yang pergi pon itupun semuanya budak koir. tak supporting kan? 

oke. malas nak cakap banyak mohla layan gambar yang diambil dari lensa kamera handphone sony ericsson C905, 8.1 megapixcel ni… nak jugak…

:: PaRa JempUtaN::

 

::PeRsemBahAn dR keMenteRian SumBeR ManusIa::

 

::MayBe PeRsembahAn dR KemeNTeriaN kebUDayAan KoT::

 

:: PeRasMiaN HaRi PekErJa::

 

notatangan:: motif letak gambo sendiri?? sajer nak glamer… lalalallala~~

…SAKIT + JIWA…

Sekarang, nak pegi ke pejabat sangat sangat sangatlah malas…kalau dulu bolehlah jugak dikatakan semangat gila nak ke opis menyiapkan kerja kerja harian, jumpa kawan kawan baik, tapi sekarang?? mungkin sumber aspirasi aku dah dikebas orang kot… muahahaha oke tak lawak.

aku boleh kata keseronokkan untuk bekerja tu dah hilang cenggitu jep… dan boleh jugak lah dikaitkan dengan keadaan sekeliling~

PERSEKITARAN? 

ya, mungkin jugak aku dah bosan nak menghadap persekitaran yang sama selama tiga tahun disini, weiii bila nak pindah weii.

KAWAN2? 

mungkin jugak, tapi rasanya tak menjadi punca utama… tapi kebanyakkannya aku suka je kawan kawan dengan dorang ni, semua best best cuma segelintir jelah tahap kerek gila ungka gitu… tu memang tak dapat nak dinafikan lah sebab manusia memang selalu perasan bagus. 

MAJIKAN? 

yeappp aku rasa inilah faktor utama sebenarnya. ntahla makin lama makin rasa menyampah pulak aku nak keje dengan “dia” dan dengan “dia”, dua manusia ni terlalu lah cerewetnya… asik nak marah orang… dah tu semua dialah yang betul, engkau semua salah oke… walau engkau jelas ternyata lagi betul tapi engkau tetap salah.. tak bertimbang rasa dan macam macam perangai negatif lagilah. semenjak dua menjak ni memang rasa mood nak bekerja tu terus hilang, aku nak bertukar je tapi tak ada pulak tempat yang sesuai… kalau ada pun tiada kekosongan. kalau orang cakap sabar aku rasa aku dah cukup bersabar, apa tidak cukup kah tiga tahun aku bersabar??? melayan setiap karenah dia yang tak masuk akal tu. sampai nak muntah hari hari kena ngadap karenah yang sama. ouhhh tolonglah!

adakah korang paham perasaan aku ni??? huhuhu, tapi nak buat camnekan? kena gakla pegi keje tiap tiap hari, sebab aku ni bukan anak dato’, tan sri dan juga sultan.