…SELAMAT HARI IBU…

08 Mei 2011…

Selamat Hari Ibu!!

Buat  PUAN ZAINUN UMI… 

“SELAMAT HARI IBU!!!” buat puan emak tersayang!!
eza sayang emak sangat sangat tau!
terima kasih eza nak ucapkan diatas segala pengorbanan dan kasih sayang mak
buat anakmu yang degil, nakal, keras kepala dan sebagainya inilah~
pengorbanan yang tidak terhingga dari emak sejak anak mu ini engkau kandung selama 9 bulan 10 hari sehinggalah engkau melahirkan…
walaupun emak selalu kata tidak susah untuk melahirkan diriku,
antara adik beradik yang lain aku dan kakak paling mudah untuk dilahirkan
tapi pasti kamu bersusah payah berpantang… kesakitan… kerana diri ini bukan? kemudian emak membesarkan eza dengan penuh kasih sayang,
antara adik beradik yang lain tidak pernah ada perkataan berat sebelah,
kami dididik sama rata, diasuh dan disayangi secukupnya.
segala karenah anakmu ini engkau tangani dengan penuh kesabaran,
terasa terlalu banyak dosa dosa ini pada mu wahai puan emak.

Emak… terima kasih… terima kasih yang tidak terhingga,
tidak dapat anakmu ini ungkapkan dengan perkataan mahupun perbuatan.
anakmu ini kini sudah besar, sudah dewasa benar walau perangai masih keanak-anakkan, pemikiran masih tidak matang,
tetapi sudah hampir berjaya dalam kehidupan,
sesungguhnya semua jasa, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya dari emak tidak dapat aku balas, biar sampai syurga pun aku tidak akan mampu.

haishh tetiba air mata ini mengalir mengenangkan emak…
padahal puan emak ada jea dalam bilik tengok tibi. hakhakhak. seronok!!
tahun ni dapat sambut hari ibu bersama mak yang ada didepan mata.
pepagi buta tadi bangun solat subuh mak pon dah selesai mandi
terus ucap kat mak “SELAMAT HARI IBU!!” tersenyum simpul puan emak dibuatnya, sambil tertanya tanya “harini hari ibu ke?”
puan emak tu tanya bukan sebab apa tu,
sebabnya kalau hari ibu kan ada rancangan rancangan best best dalam tibi.  

tahun ni hadiah puan emak adalah notebook!
sebab puan emak suka sangat menulis dan mencari resepi resepi masakan
maka perlu memberinya notebook dengan tenet
supaya dapat mencari segala resepi yang ada.
tahun lepas kongsi dengan kakak belikan emak kaca mata baru,
kali ini hadiah dari aku, cik kakak dan inchik ayah pulak.

EMAKKKKK!!! SAYANGGGG EMMAAKKK TAU!!!! MUACHHHHXX!!

notatangan:: lagu untuk puan emak ada kat entri lain~dah semua aku nak letak sini meleret leret pulak jadinya nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s