…RUPANYA SUDAH GENAP 2 TAHUN ^_^ …

Tarikh:: 06/05/2011

Lokasi:: depan laptop dalam rumah

Masa:: tidak menentu

Duduk tak duduk… dah masuk bulan 5 kita ni kan? terasa cepat giler masa berlalu pergi. hari pun makin lama menginjak sehari lebih tua. itulah kehidupan, yang muda pasti tua dan yang hidup pasti mati.

Harini dengan rasa rajin yang tak terhingga aku buka satu portal web yang dah lama aku tak jenguk, satu forum yang banyak meninggalkan seribu satu kedukaan dan kebahagiaan, forum yang dikenali dengan nama SEPAKU.NET.

Sedar tak sedar jugak harini rupanya dah genap dua tahun aku jadik ahli SEPAKU. aku memang sayang web portal ni sebab kat sini lah aku kenal ramai manusia dengan berbagai ragam dan sigat… ada yang memang betul betul ikhlas nak berkawan dan ada yang pura pura tak lupa jugaklah yang talam dua muka kan. lumrah manusia lah tu. memang banyak yang depan berlagak baik gila tapi perangai cam adek badek nates kan, kutuk mengutuk. tak kisahla sebab aku sendiri pun tau, bukan semua orang suka kita dan bukan semua orang dapat kita suka. macam aku jugak ada lah beberapa manusia dalam tu yang aku tak berapa berkenan.

tapi walau apapun kami dulu di dalam laman ni dah macam satu keluarga, ada mama, ada abah, kakak, abang, adik… juz like a perfect family. suka duka kami kongsi bersama. kalau ada yang kami tak faham tempat ini lah yang akan kami rujuk sebabnya ahli ahlinya terdiri daripada berbagai kaum, profession, umur dan latar belakang yang berbeza beza, jadi agak mudah untuk bertukar tukar pendapat. kadang kadang kami saling menasihati. tak kira tua atau muda sama saling menghormati. bak kata orang cubit peha kanan peha kiri pon akan terasa sakitnya. bila ada manusia manusia yang membuat onar kat dalam ni, kami semua akan bersuara. begitu akrabnya hubungan kami satu masa dulu.

masa tahun pertama di SEPAKU dan forum ini pon masih belum di’banned’ oleh pihak jabatan aku, nilah laman web yang akan aku buka dulu pepagi bila masuk pejabat. online pastu masuk rumah kejap “Istana Ais” aku, cek la kan kalau ada pesanan penaja, pastu menyinggah ke rumah sahabat sahabat karib cik snowhite dan cik nickindajungle. selesai membalas pesanan terus melekat di SB (shoutbox) itulah rutin harian aku.

tapi sejak SEPAKU dah berwajah baru, aku nampak makin lama makin suram dah suasana, susah bila orang dah mula nak kena belajar balik semua benda, study benda baru ni memang amat susah…macam aku memang aku sangat malas nk belajar benda baru. memang makan masa. sekali tukar sekali belajar tapi kalau dah lima enam kali tukar pe cer kan? dan yang aku tahu ia sering mengalami masalah. jadi, semua pun dah beralih arah ke arah FB (Facebook), walau dah bertukar kepada yang lama tapi suasana tak semeriah dulu waktu semuanya belum bertukar. sekarang, masing masing dah bawak haluan sendiri, forum tu dah jarang sangat dilawati. kekadang kerinduan untuk berforum sentiasa membuak cuma setiap kali log in nampak sepi sangat sangat. kawan kawan sepermainan dulu pon dah tak ada. last last terkubur macam tu aja. sayangnya….

sekarang pun aku still log in kalau ada tak ada apa apa nak buat dan masa tu jugak aku rasa rindu sangat pada suasana dulu, kalaulah semuanya dapat kembali seperti dulu…


notatangan:: FB pon dah semakin membosankan sekarang…huhuhu

5 thoughts on “…RUPANYA SUDAH GENAP 2 TAHUN ^_^ …

    • uikkk!! sayer ta salah tgk name kah??? SENDIRI!!!! lamanya menyepikan diri…huk3, windu kat sendiri… itulah eza masuk ari sabtu ahad jep bila rasa rindu sangat2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s