…ADER KEDAI ANTIBODI? ADER?…

Tarikh:: 14 May 2011

Waktu:: 9.30pm

Tempat:: Atas tilam

Susahnya menjadi seorang gadis ayu, comel dan lemah lembut (sila lempang) yang bernama CIK IEYZA ni… isk isk isk… yang sememangnya selalu menjadi kejaran dan kegilaan para jejaka jejaka kacak diluar sana… okeh sila tamatkan sesi memerah santan ini.. citer sebetulnya tu aku nak tulis, susahnya jadi aku ni yang selalu sangat jatuh sakit akibat kekurangan antibodi di dalam badan. ada tak ubat antibodi kat farmasi? klinik? cer bagitahu… aku dengan semangat nak pegi membeli kalau antibodi dijual dimana mana.

ritu aku mengalami demam akibat gusi yang membengkak, tak salah aku sebab gigi bongsu nak tumbuh rasanya. sakit dia… wallah weh dengan tidak malunya aku mengaku, siap menangis malam tu, sampai runsing cik kakak, dah tu dia setat kereta pegi cari kedai nak beli ubat penahan sakit, tapi disebabkan ubat dah tutup masa tu sebab dah malam (jam 10pm) maka cik kakak pegi bantai kedai sensei…apa apa aja janji dapat ubat.

lepas tu rasanya dalam seminggu kemudian, aku terkena demam selsema pulak akibat cuaca yang tak menentu, luar panasnya yang ampun tapi dalam opis pulak sejok ekon betul betul atas kepala. jiwa betul kan? demam selsema paling tidak bes bila diberi pakej lengkap dengan sakit tekak dan batuk… sangat menyeksakan. sangat!

seminggu kemudian pulak (iaitu semalam) aku terkena demam urat pulak ditambah dengan migrain, adoii rasa mang tak sanggup nak bertahan kat opis. aku rasa ekon dalam opis ni sangat sangatlah sejuk, diulangi sangat sangat okeh. aku rasa macam nak balik je tapi kalau nak balik kena mintak kebenaran lepas tu nak kena pegi klinik, aku sangat malas… nak nak agy tak ada orang nak bawak aku ke klinik, nak harap aku jalan kaki? nak berjalan aku tak larat rasa nak baring je. balik… terus telan prostan sebab migrain memang dah tahap melampau tak boleh nak bawak berbincang dah. seram sejuk lepas tu panas satu badan. aku rehat kejap, pastu mandi walau rasa tak larat. uihhh tak ada aku nak melekit lekit nak tido memang taklah. lepas tu terus bummm! tido walau tak berapa nak lena. 

aku memang lah sangat sangat senang untuk diserang dengan inchik demam, adehla inchik demam kenapa suka sangat dekat aku? suka sangat menempel dekat badan aku sampai terseksa aku dibuatnya oke. tapi bukankah Tuhan bagi kita sakit sebab nak hapuskan dosa dosa kecik kita kan? jadi macam mana pun aku terima jelah sakit walau pun kadang kadang sakit dia memang sangat berat sampai tak tertanggung rasanya. sistem imun lemah sangat sangat.

notatangan:: itu baru badan sakit… kalo hati?? *tak de kena mengena.. siler abaikan*

8 thoughts on “…ADER KEDAI ANTIBODI? ADER?…

  1. antibodi saya pong tak berapa nak kuat jugak…mudah dijangkiti virus2 jika ader yg ter’achhummm2′ disekeliling saya…dat’s why la slalu kurang kesihatan… T___T

    • ::nicki:: kena makan vitamin lorh, tp sayer takot nk makan vitamin sbb org kata vitamin itu lau makan2 nnt membuka selera makan akan menjadikan kegemokkan…ohhh tidakkk!!! kamu sakit teruk ke sekarang ni? g klinik ta??

    • ::zana:: heppp!! sayer makan tau, siap makan prostan agy, ubat paling kuat tuh! ermmm…. tiom?? kamo0 mahu ciyom ker?? wink3… tp lau chenta hati ciyom lagi sepatt baik… o0pps…. !! ahaks3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s