…SAKIT + JIWA…

Sekarang, nak pegi ke pejabat sangat sangat sangatlah malas…kalau dulu bolehlah jugak dikatakan semangat gila nak ke opis menyiapkan kerja kerja harian, jumpa kawan kawan baik, tapi sekarang?? mungkin sumber aspirasi aku dah dikebas orang kot… muahahaha oke tak lawak.

aku boleh kata keseronokkan untuk bekerja tu dah hilang cenggitu jep… dan boleh jugak lah dikaitkan dengan keadaan sekeliling~

PERSEKITARAN? 

ya, mungkin jugak aku dah bosan nak menghadap persekitaran yang sama selama tiga tahun disini, weiii bila nak pindah weii.

KAWAN2? 

mungkin jugak, tapi rasanya tak menjadi punca utama… tapi kebanyakkannya aku suka je kawan kawan dengan dorang ni, semua best best cuma segelintir jelah tahap kerek gila ungka gitu… tu memang tak dapat nak dinafikan lah sebab manusia memang selalu perasan bagus. 

MAJIKAN? 

yeappp aku rasa inilah faktor utama sebenarnya. ntahla makin lama makin rasa menyampah pulak aku nak keje dengan “dia” dan dengan “dia”, dua manusia ni terlalu lah cerewetnya… asik nak marah orang… dah tu semua dialah yang betul, engkau semua salah oke… walau engkau jelas ternyata lagi betul tapi engkau tetap salah.. tak bertimbang rasa dan macam macam perangai negatif lagilah. semenjak dua menjak ni memang rasa mood nak bekerja tu terus hilang, aku nak bertukar je tapi tak ada pulak tempat yang sesuai… kalau ada pun tiada kekosongan. kalau orang cakap sabar aku rasa aku dah cukup bersabar, apa tidak cukup kah tiga tahun aku bersabar??? melayan setiap karenah dia yang tak masuk akal tu. sampai nak muntah hari hari kena ngadap karenah yang sama. ouhhh tolonglah!

adakah korang paham perasaan aku ni??? huhuhu, tapi nak buat camnekan? kena gakla pegi keje tiap tiap hari, sebab aku ni bukan anak dato’, tan sri dan juga sultan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s