…REVIEW FILEM :: NUR KASIH THE MOVIE…

Tarikh:: 19 Mei 2011 (tayangan pertama)

Masa:: 5.45pm (abis keje-bgegas ke Mid)

Tempat:: Mid Valley Megamall

 

akhirnya…akhirnya… wahhh tercapai jugak hasrat aku nak tengok citer ni, tayang hari pertama pulak tu. memang malatop la wallah wehh….

okey kiter straight to the point, pada pandangan aku yang dah tengok citer ni, pandangan aku je tau… orang lain aku tatau. lain orang lain citarasanya kan? sebenarnya bila tengok citer ni aku sendiri tatau tang mana yang aku nak rasa lega, seronok dan hepi also ketawa bersama sama yang lain. dari permulaan cerita sampai ending cerita dia memang sedih jerk walau happy tapi kata kata dia tetap buat aku rasa sebak. terharu sedih semua adalah… dari awal permulaan cerita dia cerita pasal Aidil yang kehilangan isterinya dan sampailah kematian Addam, aku asyik nanges aja kejenya. aku amat sensitip oke. harap maklum. tapi tak ada sampai teresak esak cuma bergenang je kat kelopak… malu arr nak nanges kan, kalau kat rumah ni memang dah bantai nanges bercucuran dah.

babak romantik antara Nur dan Addam? 5 minit aja rasanya masa Nur tolong Addam melukis kat sawah, Addam peluk Nur dari belakang dan pegang perut Nur yang tengah mengandung masa tu. masa tu yang aku dapat rasa hepi sangat tengok mereka, sweet couple, biar sampai jinjang pelamin okeh *wink*.

Nur Kasih the Series  lebih banyak keromantikkan mereka dan memang terhenti kat situ aja. Dan untuk Nur Kasih the Movie, Kabir Bhatia bawak mesej yang lebih sarat


::sweet kan dorang??? suka sangat lau dorang kapel::

::saat romantis antara Nur dan Addam…ooouhh i love them both!::

Tengok cerita ni kena banyak tahan sabar, debaran sentiasa ada… nasib baik aku bebas dari sebarang sakit jantung. sound effect dia… fullamak memang kelasss, dah la dalam pagawam dia bukak suara kuat gila kan.. memang buat jantung berdegup kencang, yang nyata… debaran tak kan pernah hilang:: 

1) masa kes tembak menembak di pasar Jordan

2) masa keretapi berlanggar dengan lori

3) masa pergaduhan antara Mamat, Jamal, Aidil dan konco-konco Jamal 

wahh aku memang rasa nak pitam sebab semua menakutkan, aku ni lemah semangat bila ada aksi aksi ni macam tak koser sikit nak tengok.. 

keseluruhan cerita, agak boleh tahan…oklah cuma plot cerita terlalu ringkas dan laju sampai tak sempat aku nak catch up feeling tu, dari satu babak ke satu babak laju sangat sampaikan aku tak rasa pape melainkan perasaan sedih dari awal cerita sampai la habis cerita macam yang aku katakan awal awal tadi..

bagi aku antara NUR KASIH DRAMA SERIES dengan NUR KASIH THE MOVIE, masing masing ada kekuatan sendiri tapi aku akan lebih memilih NUR KASIH DRAMA SERIES sebab dia sarat dengan kisah Nur dan Addam. Untuk drama aku boleh bagi 4 1/2 bintang dan untuk movie aku bagi 3 1/2 bintang. Boleh tahan, kalau cerita dan plot disusun rapi maksud aku tak laju sangat, mesti lagi best cerita dia kan? sebab terlalu laju cerita jadi tergantung; mana Nur dapat duit 23K plus plus untuk Addam? apa yang jadi pada Jamal? terlepas macam tu je ke setelah bunuh orang?

dialog yang paling aku suka adalah daripada Addam “ambillah apa saja, kecuali Nur” waaaa… tangkap leleh oke. dialog tu aku ingat sampai sekarang, susah oo nak dapat suami penyayang macam Addam tu, sanggup korbankan diri sendiri supaya tak ada apa apa terjadi pada Nur.

so, korang korang yang dah tonton apa pulak komentar korang? mohla kongsi bersama. yang belum menonton lagi, korang pulak apa cerita? mehla tinggalkan komen selayang dua yeap…hikss!

::manisnya Tiz Zaqyah bertudung::

::oh my Remy Ishak *wink*::

notatangan:: lepas ni mau tengok transformers….*wink* hikkss!

19 thoughts on “…REVIEW FILEM :: NUR KASIH THE MOVIE…

  1. semalam nak tgk nur kasih…tp en.suami takmo nengok…dia nak tgk pirates jer..tp aii nakmo tgk sebab ader tayangan malam pulak…hahaha napok gaya ehh kena sedut kat tenet jer la jawabnyer…tp bila u kata adam meninggal lam citer neh macam tak besh pulak nak tengok..kahkahkah

    • ::nicki:: ahaha… bis tuh semalam tak p tgk dua2 lah?? ke tgk pirates?? org laki ni mana nk layan citer Nur kasih tu, ai nk tgk dgn chenta hati tp kalo tunggu dia hurmmm abes dah la tayangan…
      tp nicki ai rasa u akan berpuas aty dengan cara Addam meninggal… try la tgk… u tatau pon lagi citer sbnrkan? tgk la pastu kasik komen okeh? ai nk beli DVD Nur Kasih Series la, movie cam kureng…

  2. tak tgk dua2 sebab tayangan malam..ingat ader yg kul 5 ptg ke tp takde…tunggu cik abg sedut kat kodai kwn dia la baru tgk…drama series mmg sgt beshh..tgk 1st episod pon dh terlekat sampai xleh nak miss walau 1 episod…betapa kuatnyer aura nur kasih…aii takyah beli dvd sebab dah ader full version hasil dari sedutan kat kodai kawan dia…hahaha biasa ahh…pirates katakan…

    • ::nicki:: ooo… u nengok kat new? we olls tgk kat mid amek kul 5.45pm, sharp2 kul 5pm da angkat punggong…muahahaha. tulah kan? tp bg ai movies dia kureng, xsehebat drama series tu… waaaaaaaahhh!! nicki.. ai jeles keh! ai nak jugakkk!!! nakkkk!! huk3..mana aci u sedot tok u sorunk jeap..

  3. aii pegi the mines ptg semalam…alang2 dpt mc kan..lps blk klinik pegi la dlm kul 4 lebih…tp citer ader dlm kul 7 mlm ke atas…xnak la…tgk len kali jer la..pirates lak almost full…tinggal yg kul 10 mlm jer ader…itu cik abg aii la…kawan dia tuh keje kat cyber cafe…semua movie ader disedut..u nak movie aper…semua dia rembat…besh tak besh blakang kira…hahaha tp cemana nak bagi kat u yunkk….bukan boleh send by emel….pendrive yg 4gb pon tak muat nak letak semua episod tau….jadi u kena beli la dvdnyer…ngeee~~~

    • ::nicki:: wahhh dpt mc sempat meronggeng yeap? jom nnt kita g tgk transformer mau? wink3… ahaks3. aloooo u mang sajer la tuh! majok r dgn u, tak pe la kalau cam tuh ai beli jeap la T_T….. uhuk uhuk uhuk.

  4. adam mati??? arghhh tidak!!! tak sabar nak g tgk nnt….tengs bg review at least leh wat persiapan mental menghadapi ‘kematian’Adam…..mencikkkk i hate sad ending!!

    • ::kak zuran:: tak apa kak, akak akan berpuas aty dengan cara dia meninggal… dun wori. cuma akak kena buat persiapan mental dan fizikal sbb citer dia dari awal sampai akhir, asik sedih jerk. kiter dari awal sampai habis nanges tanpa henti

  5. baru tengok movie ni semalam…
    memang agak terlambat, tapi takperla kan?
    better late, than never…

    secara jujur, sy tak pernah pun layan drama nur kasih ni
    kononnya ego la..tak layan citer2 jiwang
    smlm ble member ajak, so layan jela..

    ble start je movie, terus sy tergamam
    mmg filem Nur Kasih ni tak sama dengan filem melayu2 yg lain
    cantik je scene2 dlm filem ni…
    mmg seronok dan berbaloi tengok filem ni!
    no wonder la siri drama nur kasih jadi fenomena dlm negara kita

    Entry Terkini:
    Review Jujur Nur Kasih The Movie Daripada Bukan Penonton Siri Drama Nur Kasih

    • ::Admiral:: thanks sedara, sempat menyinggah di belog yang ta seberapa ni dan memberi komen ^_^
      Bagi saya, saya memang kurang meminati MOvie Nur Kasih berbanding Drama nya, kalau sedara dapat menonton Drama Nur Kasih, rasanya lebih berbaloi…ia lebih meninggalkan kesan dihati dan jalan cerita nya tidak melompat2 atau tergesa2 seperti Movie.
      CUbalah menonton Dramanya kelak jika bpeluang ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s