…CIK IEYZA MENANG HP MINI??!!…

sudah sudahla tu renti kanlah angan angan kamu tu wahai cik ieyza. silalah kembali ke dunia yang nyata. cerita sebenarnya memang ada dapat HP MINI (notebook) tapi itu Inchik Ayah yang punya. Inchik Ayah dengan rajinnya ada masuk satu contest SNICKERS pastu dapat second prize *wink!* 

mohla dengo cik ieyza nk bercerita ni…

Jumaat ritu ada orang telefon cik kakak gitau dia kena ambik hadiah kat Mid Valley… bla…bla…bla (malas aku nk tulis apa yg dia cakap) dia suh Cik Kakak amek sebab Encik Ayah masuk contest tu guna nama Cik Kakak. mula mula Cik Kakak tamau pergi dia takut kes kes tipu ni. dia pun tatau Encik Ayah masuk contest ni. bila aku balik kerja, Cik Kakak bukak citer. aku pon apa lagi ajak cik kakak pergi lah kan… alaaa tak luak pon setakat MV tu… pastu sembang sembang Cik Kakak bersetuju.

besoknyer Cik Kakak suh aku telefon pihak delivery tu (sebab dia kata dia bukan pihak penganjur, cuma tolong kasik hadiah jeap)…aku tanya dia macam macam. mesti masa ni dia fikir aku ni sengal, dia punyer pelat cina tu sangat pekat jadik aku memanglah sangat tidak paham apa yang dia cakap maka tjadilah perbualan::

Cik Ieyza:: Hello, ini inchik **** ke? saya ***** (aku menyamar jd cik kakak sebab suara kitaorang sama) semalam awak ada kol sayer kan suruh amek adiah.

Inchik Delivery:: yea yea… ada untuk contest SNICKERS

Cik Ieyza:: blh sayer tau contest apa  tu (aku tak paham apa yang dia sebut tadi) 

dia bengang kot dia sebut SNICKERS bla bla bla <— ayat penuh untuk logo snickers. hambek ko! hahahahha. dia kata cik kakak ada masuk contest melalui internet.

Cik Ieyza:: kat mana tempatnye?

Inchik Delivery:: kat office mid valley…bla bla bla (aku jadik blur, tak paham dia cakap apa)

Cik ieyza:: means dia punyer main office ke?

Inchik Delivery:: bukan2, kami hanya tolong sediakan hadiah we olls bukan penganjur.

Cik ieyza:: yea yea maksud sayer, nama tempat inchik

Inchik Delivery:: **** *****

Cik ieyza:: oo ok.. ermmm boleh tak sayer nak tau sayer menang adiah apa yeap?

Inchik Delivery:: kejap sayer cek yea… (selang beberapa saat) you menang Hp Mini

Cik ieyza:: ooooo… ermm boleh ke sayer nak amek skrg?

Inchik Delivery:: boleh… tapi ari sabtu ni kami tutup kul 2pm

Cik ieyza:: Haaah????!! sempat ke??

Inchik Delivery tu gelak tak ikhlas! nampak sangat! aku tak buat lawak oke! sebab masa tu dah jam 12pm!

Cik Ieyza:: tak pela sayer pergi sekarang, harini jea sayer pree (ceh! ayat ta boleh blah!)

Korang pasan tak ::

1) aku mengiyakan tanpa ada perasaan bila dia sebut HP Mini sebab aku tatau HP Mini tu apa, naif nyer aku ni kan?

2) perbualan aku sangat sengal… mesti dia pon ingat aku ni seorang yang sengal! hahahahha!! sebab aku tak tau nak cakap apa dengan dia. blur.

pastu we olls bergegas ke MV, bila dah maklum mana opis dia we olls carik kat serata ceruk… akhirnya JUMPA!

biler dapat je hadiah tu aku rasa aku punyer ‘jaw’ da jatuh ke lantai macam the mask tu. tercengang dan tak sangka! betul rupanya itu HP Mini!! isk3. aku memang betul betul tak percaya tau, tak pernah seumur hidup pon aku tengok hadiah segrand itu…maksud aku, aku tak pernah menang hadiah segrand itu… walllahhh.

::ini HP mini yg cik ieyza dapat::

::ini contoh Hp mini tu… amek dari pokcik google… yang sebenar belom buka::

tapi bincang punyer bincang, we olls ambik hadiah tu utk diberikan pada Puan Emak. Encik Ayah, Cik Kakak dan Cik Ieyza dah sepakat nak hadiahkan kepada Puan Emak… sempena hari ibu dan hari besday nyer. Lagipun Puan Emak memang nak guna nak taip masakan… *wink* aku pon tak kisah walau hati berdegup tengok hadiah tu, sebab aku tak minat netbook ni, kecik… aku tak puas nak guna. tak pelah, insyaAllah ada rezeki aku akan dpt jugak lappy kegemaran dan idaman aku…

alhamdulillah, syukur kepadaNya sebab bagi kami rezeki macam ni, tak sabar aku nak bagi kat Puan Emak, nak tengok reaksi Puan Emak.

notatangan:: Alhamdulillah, terima kasih ya Allah… ^_^

4 thoughts on “…CIK IEYZA MENANG HP MINI??!!…

  1. contest snickers yg men game cari snickers bar tuh ker? wahh terernyer ayah kamu boleh menang..saya mau dpt markah pun susah tau..pernah gak main yg contest snickers tuh..tp tak tau la kalo yg ayah u masuk tuh yg baru punyer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s