…SPONTANEOUS THURSDAY…

betui kah aku menghejanya itu…hohoho lantak ko lah…tak ada saper nak kisah… takpe takpe nanti aku cek balik kat kamus oxford. sebab apa tajuk cenggitu sebab menyambutnya seruan blogger bernama HUMAN . 

tak ada apa nak cerita cuma gatai nak letak gambar yang tak cun langsung

motip gamba?? ni bukan sebab nak ikut tradisi wordless wednesday, spontaneous thursday tu tapi mang secara spontan kitaorang terfikir nak pegi makan kepci walaupun itu hari khamis…tak nampak semua berbaju batik tu? yelah selalu kitaorang buat gila ri jumaat je nak jalan jauh sekali aritu meroyan nak makan kepci di hari khamis. so layankan aja.

so spontan kan?? waakakaka…entah hape hape~

notatangan:: lepas ni apa pulak? isk isk isk

…JIWA MENGINGINKANNYA NAMUN MENTAL TIDAK MEMBENARKANNYA…

Apa jadah tajuk harini panjang lebar? apakah kau buang tabiat wahai cik ieyza? ouhh aku memang suka meroyan di pagi hari.

Kisah kita kali ini SAMBUNG BELAJAR… jeng jeng jeng… menarik tak?? please cakap menarik sampai korang tak sabar-sabar nak membaca terus ke entri tanpa ada lagi mukadimah meroyan dari tuan belog. ngee~~

:: muka teruja tak hengat dunia!::

Senanya, aku mang teringin giler viva la nak ‘futher study’… ceee guna ayat omputih, haruslah biar ada rasa bangga boleh speaking London gitu kan? walau sepatah je yang ko tau pon! Tahun ni tahun jiwa memberontak nak sambung belajar. entahla kenapa dengan cik jiwa gatai mereyam tahun ini. kalau boleh nak sambung belajar dalam bidang yang aku ceburi sekarang bukan human resouces, bukan biznez, bukan akaun…bukan bukan dan bukan… sebab aku tamau terkantoi dan terkontang kanting di pertengahan simpang empat perlis itu. aku nak ambil course yang aku minat yang aku boleh carry on bukan course yang aku boleh nak menunjuk-nunjuk kat orang. “aii tak mainla nak menunjuk-nunjuk ni beb, sekali jatuh perghhh tak habis ko makan kutukan orang der.” agak-agaknya pe course yang aku boleh amek nanti yang selaras dengan bidang kerja aku ni??? cer bagi pandangan… ceh! cita-cita harus tinggi melangit walau memang takkan tercapai di akalku itu.

tapi… haa mesti ada tapi kalau tak, tak payah aku buat entri ni. setakat nak citer impian aku pe jadahnyer yea tak? okeh jom kembali ke pangkal jalan! tapi buat masa ini memang sangat tidak berkemampuan (sebab apa? nantilah aku citer di lain entri walau pon korang tamau tau hee~~)

ohh itu baru satu sebab, ada sebab lain… walau pun aku rasa aku memang teringin nak sambung belajar tapi selain kisah kewangan tak mencukupi, aku juga rasa aku belum betul-betul bersedia. komitmen untuk sambung belajar sangat tinggi bagi aku. aku nak kena sediakan mental dan fizikal, mental harus kuat, fizikal harus kental! aku tak suka main grabbb je apa yang ada depan mata, setelah aku makin matang dalam pemikiran, belajar dari banyak sangat kesilapan, aku rasa banyak benda yang aku nak kena pertimbangkan sebelum buat keputusan. aku tak mau dah ulang kesilapan yang lepas-lepas. aku harus belajar dan perbetulkan semua benda sebab aku tau masa tak kan berulang kembali. tampo diri sendiri laju-laju, bermadah dipepagi hari pehal ko?

aku pulak jenis tak suka ikut telunjuk/arahan orang… dunlike…. not good not good ya adik adik, tak baek untuk kesihatan masing-masing walau pun memang tak de kaitan tak suka ikut telunjuk dan tak baik untuk kesihatan. lantak! bagi aku kalau aku dah betul-betul dapat sediakan mental dan fizikal untuk sambung belajar baru aku akan buat, bukan atas suruhan, arahan orang/sahabat/ mak ayah/ adik abang kakak/ pakwe makwe/ bakal/ tunang/ laki bini/ bekas dan sewaktu dengannya. aku tak reti nak bagi komitmen kalau orang yang suruh aku sambung belajar, tak kisahla apa pun alasannya… kalau nak paksa paksa jugak aku sambung belajar, ayat aku mudah je “pe kata awak yang sambung belajar?” idok pon aku buat ayat “cari lah orang lain yang educated sama dengan awak” haa hambek ko… itu untuk pakwe/tunang jelah, laki… aku rasa lebih memahami kot. ngeng!

aku bukan nak menunjuk, tapi aku pernah suarakan pada inchik chenta hati… dia setuju aku sambung belajar tapi dia juga paham aku belom bersedia. dia sanggup je nak tolong aku bayarkan pe yang patut (eh3 betui kah statement aku ni? hahaha ayat macam syok sendiri ja… alaa dia tu, cakap je apa aku nak mintak tolong semua dia sanggup) tapi aku tak mau sia-siakan duit, masa dan tenaga aku, at the end, apa aku dapat? nothing~~ jadi dia pon tak ada desak-desak nak suh aku sambung belajar. dia kata bila-bila pon boleh, ada je orang umo 40 tahun sambung, orang da bekeluarga pon ramai yang penting saling memahami-memberi dan menerima. tuntutlah ilmu sampai ke akhirat!(negeri cina dekat sangat sekarang… tak maen r) jadi faktor usia bukan penghalang. yang penting keinginan!

seyes aku tak reti nak dengar citer dan bagi pendapat pada orang yang kena sambung belajar sebab adik badik suruh coz dorang semua lulusan unibersiti, sebab pakwe suruh coz nak kahwin, sebab tunang suruh nak same level dengan dia…ouhh tapi itu bagi aku, aku jenis tak suka dipaksa dan memaksa. lain orang lain cara hidup dia. pehal nak share share cara hidup lak kan? so jangan la terasa dengan entri aku kali ni, aku juz cerita bagi pihak aku je, pasal diri aku. aku pon hormat pe keputusan korang, tak kisahla pe alasan korang… aku sokong dari belakang. aku tahu ilmu itu penting. dan aku bersyukur walau setakat lulusan tak seberapa tu aku dapat kerja gabemen, jadi lepas dapat kerja pon aku boleh aje nak sambung belajar kan?? apapun simpan niat dulu…insyaAllah akan ada rezeki aku… Niat tak menghalalkan cara *tetiba*

 

::motip letak gambo ni? entah… carik gambo lain ta jmpa pulak…hampa!::

notatangan:: bagi yang dah berkelulusan U tu boleh ta bimbing aku dimasa hadapan bila aku memerlukan?? Course apa yang best yang sama label dengan kerja aku yeap?

notatangan2:: ni senanya aku jawab pertanyaan kawan aku semalam. dia tanya apa akan aku buat, jadik dengan jujurnya aku nyatakan apa yang akan aku buat bukannya nasihat!

…10 SEBAB CIK IEYZA JADI ‘KAYU’…KATA KO!…

lepas ajer majlis APC tu terdengar la kutukan-kutukan yang kurang membina dari depan. banyak jugak lah rahsia yang dibongkarkan.

yang paling best masa nak pergi sedut video dikir dari seorang kakak disini. bukak bukak sliding door aja, bagi pandrive terus kena sound “eh apsal ko kayu sangat hah?” perghhh baek punyer hamburan. darah mang naik ke muka. rasa mulut cepat je nak menjawab tapi disebabkan kau tu tua dari aku. aku anggap kau pasan bagus jelah. biasalah orang tua kan perangai nan hadoo jelah! walaupun ko sebenarnya over terlampau. tak de ar masa rehearsel selama seminggu tu pesal ko tamau sound-sound aku tetiba hari dah berlakunya persembahan baru nak sound. sengal der!

so ni lah list yang aku buat beberapa sebab kenapa cik ieyza ‘kayu’ dihari persembahan.

1 –  harap maaf la yea cik ieyza bukannya artis budaya, bahagian kebudayaan jauh la sekali. lagipun cik ieyza tak pernah menyertai mana-mana kelas tarian, mari menari ke sehati berdansa ke haper ke!

2 – itu pes time kot cik ieyza berada kat atas pentas buat persembahan selama tiga tahun cik ieyza kerja kat jabatan ni. jadi cik ieyza baru cuba nak biasakan diri dengan pentas

3 – nobody is perfect… kalau cik ieyza ni start start dah pandai menari cik ieyza masuk je rancangan mari menari tu senang, dapat jugak duit. 

4 – cik ieyza ni manusia je, jadi tak payahla nak harapkan lebih dari apa yang cik ieyza mampu nak buat.

5 – cik ieyza ni masa berlatih tak ada orang nak rakam supaya dapat cik ieyza nak tengok tang mana silapnya tuh. sama la macam ko jugak. bila tak ada orang tegur mang ko tatau tang mana silapnya.

6 –  bila cik ieyza bersungguh-sungguh kata cik ieyza over terlebih semangat sangat.. tak kasi pulak suruh steady je. pe sebenarnya korang nak ni?

7 – cik ieyza kayu ke, batu ke, papan lapis ke tak kisahla pape pon…akhirnya persembahan berjalan dengan lancar jugak kan. semua orang hepi dan semua orang teruja dengan persembahan kita. tak ada pulak orang nak kata cik ieyza kaku jadik persembahan tak menjadi hari tu. kan?

8 – ko jeles sebab perakam tu ngadap cik ieyza je kan? yelah dah cik ieyza dok tengah, haruslah 24 jam gambo cik ieyza je dalam tu. kalo ko nak duk tengah cubalah tandingi ketinggian cik ieyza.

9 – cik ieyza punya sukalah nak jadik camne pon, ta menyusahkan sesaper pon kan?

10 – dah tak ada sebab, tapi tangan sajer mengatal nak kasik manyak2.

11 – alasan je semata-mata atas tu, dah memang kayu apa lagi boleh dibuat. hohohoho~~

SEKITAR MAJLIS APC

:: cik zana ketar mau tangkap gambo sayer ke?::

:: tempat bersantapan seisi keluarga::

:: charlie's angel mesia::

:: dikir barat group... yang depan tu tak masok sekali tau hahaha::

notatangan:: lambat giler hapdet kan?? aku sangat bizik tahap dewa! dewa pon tak bizik macam aku oke.

…BILA CIK IEYZA JADIK ARTIS JABATAN…

Tarikh:: 14 June 2011

Masa:: 7am – 12pm

Tempat:: Ibu Pejabat Kaji Bulan Dan Bintang

uwaaa…. arini terlambat! bangun dah macam biasa tapi bersiapnyer yang luar biasa. maklumlah arini aku ada persembahan koir dan dikir barat untuk APC shortform for Anugerah Perkhidmatan Cemerlang jadi haruslah bersiap cechantek kononnya walhal tak delah chantek pon macam orang dok pandang hari-hari jugak. isk! rini untuk persembahan koir kena pakai baju batik. so up to toe aku seme itam macam orang nak berkabung! smpai blazer pon itam… bila bergambo dah tak nampak blazer dgn baju.ngee~~ pastu ada semat pin bunga kecik kat sebelah kiri kaler ijau. melalak la anak banak atas pentas tu nyanyi lagu ‘Negaraku’, ‘Satu Malaysia’ dengan ‘Malaysia Inovatif’. sebenarnya bukan anak banak pon saja gatai tangan nak tulis macam tu.

:: ahli ahli KOIR jabatan::                                                          

abes menyanyi bergegas ke belakang pentas yang dipanggil bilik VIP untuk bertukar rupa dan baju. persembahan dikit barat seterusnya. mang agak tergesa-gesa lah sampai aku nak ikat rambut pon dah tak sempat masa tu. baru je nak ikat dorang dah panggil beratur sebab persembahan dah nak mula. gila cepat! pakaian tok persembahan dikir barat pakai baju melayu dengan suar slack. selempang batik untuk perempuan dan selempang pelekat untuk lelaki. pastu kepala ikat reben kaler biru gelap yang agak tidak matching dengan tudung dan rambut yang bewarna itam.

tukang karutnya adalah cikgu kami sendiri, Encik Rosli Zakaria aka Encik Ros. ceh! mau kena pelangkung aku kalau dia tau aku tulis nama itu sebagai nama manja beliau. kami gabungkan dengan muzik latar ulik mayang, karut, cari jodoh. idea asal fully from inchik Rosli…hebatkan?

tapi masa mula-mula buat persembahan ada satu peristiwa tragis dan menyayat hati berlaku, iyer aku tipo0. ada satu peristiwa berlaku dimana masa kami tengah seronok menepuk untuk memulakan persembahan, aku tengok kelantai dan aku nampak benda tu tak stabil, langsung bergoyang aku ingatkan aku yang pening tengok penonton ramai sangat. pastu aku nampak KP dan TKP semua keluar meninggal kan kami. sedih tau bersusah payah berlatih KP tamau tengok pon. tapi akhirnya dapat tahu yang berlaku gempa bumi di sumatera sehingga seluruh KL, Selangor, Putrajaya, Pulau Pinang dan mana lagi entah merasa gegaran itu, dimaklumkan juga yang speaker atas tu bergoyang itu sebab KP lari nak tengok apa yang berlaku. memang terasa sangat gegaran nya di tempat aku, apatah lagi di sumatera kan?

masa tu jabatan sangat bz, menerima panggilan telefon tanpa henti. kesian cik telefonis-telefonis sekalian yang cun-cun kat bawah tu. lenguh tangan, tak tertelan air liur menjawab panggilan.

notatangan::hopely tahun depan masih dapat sertai koir dan persembahan. hopely dapat buat yang lebih baik!

…SAYA SANGAT SEDIH NI OKEH :'( MARILAH MENANGIS BERSAMA SAYA…

uwaaaaaaaa!!!! nak menangis meraung-raung tahap makwe gaban si mimi tu aci tak??? uwaaaaa!!!! haruslah nanges tahap mimi gaban sebab aku ni pempuan bukannya laki… nanges lagik uwaaaaaa!! (mesti korang rasa macam nk bg penampo kan??) ngee~~

malam ini aku sangat sangat sangat (hiperbola sikit menunjukkan kesedihan tahap melampau) sedih yang amat sangat (hah! hambek ko! berbola bola sungguh hiper itu… ). tadi aku ada buka keputusan peperiksaan JPA yang aku dah duduki pada bulan 3 haritu. ujian ujian ni semua amat penting untuk memastikan aku dapat sahkan jawatan aku. dah hampir tiga tahun aku berkhidmat untuk negara ni tapi masih belom disahkan jawatan sedangkan semua kursus aku dah duduki; kursus pra kesetiausahaan, kursus induksi khusus, kursus induksi umum termasukla BTN! tapi masih belom sah sebab aku malas nk amek exam. (oke tak alasan aku? boleh la diterima akal lagi kan?)

so tahun ni aku pun pulun la ambil periksa, sebab CC aku dah bising bising yelah kalau tak jangan harap la aku dengan rajinnya nak pegi amek periksa tu dahla jauh kalau dalam jabatan aku, memang tiap tiap bulan aku amek pon aku tak kisah… ni jauh dia tahap nak mampos la jugak… dahla tu aku pergi sendiri la sbb inchik kenderaan sangat kerek nk bg aku kereta utk bawak aku kesana… wuwuwuwu…. so aku lah yang sendirian bersama ayah aku pergi cari tmpt peksa tu okeh… hahahaha kelam kelibut sungguh. jauh dia mang aci geleng geleng kepala gak ar beberapa minit, kang aku tulis jam kang teleng pulak korang mengeleng…..

panjangnya mukadimah aku kan…. ni pon nk sambung mukadimah lagi ni… aku dah amek exam ISAC, alhamdulillah lulus dengan jayanya, then aku ada amek JPA punya exam ni lah… tapi hampa…. bahagian B aku lulus tapi bahagian C aku kandas! aiyarkkk nak meraung tahap dinosour pulak walau aku bukan species dinosour…jadi maknanya aku kena amek sekali lagi, ni dah kali kedua. aku sangat2 nak muntah rasanya nak kena pergi dekat Sapura-Mines tuh. Vongoks sungguh la.

Dahla tu bulan 9 ni pon aku ada lagi exam last (sepatutnya lah) untuk kecekapan menaip tapi nampaknya aku kena amek sekali dengan JPA punya exam, ralat dowh!

Apapun benda dah berlaku kan? nak meraung tahap ta hengat pon da xada guna, kuar air mata darah pon keputusannya tetap sama, dia tak tukar sendiri jadi lulus akibat ko menangis 30 hari 30 malam.

Pastu semalam dah la aku tengah sedih sebab ujian aku tak lulus, ada satu lagi pulak cerita yang menyayat hati sesambil mensiat siatkan jejantung dan hehati aku…. aku sedihhh, terasa, semua ada lah… nanti lah akan aku post di next entri. kang aku gitau semua kat sini korang muntah hijau, biru, kuning, bendera Mesia plak nanti. Lagipun nak pastikan korang melekat kat blog aku ni, haruslah buat macam tuh…hahahahha (niat jahat tak abes2)