…SAYA SANGAT SEDIH NI OKEH :'( MARILAH MENANGIS BERSAMA SAYA…

uwaaaaaaaa!!!! nak menangis meraung-raung tahap makwe gaban si mimi tu aci tak??? uwaaaaa!!!! haruslah nanges tahap mimi gaban sebab aku ni pempuan bukannya laki… nanges lagik uwaaaaaa!! (mesti korang rasa macam nk bg penampo kan??) ngee~~

malam ini aku sangat sangat sangat (hiperbola sikit menunjukkan kesedihan tahap melampau) sedih yang amat sangat (hah! hambek ko! berbola bola sungguh hiper itu… ). tadi aku ada buka keputusan peperiksaan JPA yang aku dah duduki pada bulan 3 haritu. ujian ujian ni semua amat penting untuk memastikan aku dapat sahkan jawatan aku. dah hampir tiga tahun aku berkhidmat untuk negara ni tapi masih belom disahkan jawatan sedangkan semua kursus aku dah duduki; kursus pra kesetiausahaan, kursus induksi khusus, kursus induksi umum termasukla BTN! tapi masih belom sah sebab aku malas nk amek exam. (oke tak alasan aku? boleh la diterima akal lagi kan?)

so tahun ni aku pun pulun la ambil periksa, sebab CC aku dah bising bising yelah kalau tak jangan harap la aku dengan rajinnya nak pegi amek periksa tu dahla jauh kalau dalam jabatan aku, memang tiap tiap bulan aku amek pon aku tak kisah… ni jauh dia tahap nak mampos la jugak… dahla tu aku pergi sendiri la sbb inchik kenderaan sangat kerek nk bg aku kereta utk bawak aku kesana… wuwuwuwu…. so aku lah yang sendirian bersama ayah aku pergi cari tmpt peksa tu okeh… hahahaha kelam kelibut sungguh. jauh dia mang aci geleng geleng kepala gak ar beberapa minit, kang aku tulis jam kang teleng pulak korang mengeleng…..

panjangnya mukadimah aku kan…. ni pon nk sambung mukadimah lagi ni… aku dah amek exam ISAC, alhamdulillah lulus dengan jayanya, then aku ada amek JPA punya exam ni lah… tapi hampa…. bahagian B aku lulus tapi bahagian C aku kandas! aiyarkkk nak meraung tahap dinosour pulak walau aku bukan species dinosour…jadi maknanya aku kena amek sekali lagi, ni dah kali kedua. aku sangat2 nak muntah rasanya nak kena pergi dekat Sapura-Mines tuh. Vongoks sungguh la.

Dahla tu bulan 9 ni pon aku ada lagi exam last (sepatutnya lah) untuk kecekapan menaip tapi nampaknya aku kena amek sekali dengan JPA punya exam, ralat dowh!

Apapun benda dah berlaku kan? nak meraung tahap ta hengat pon da xada guna, kuar air mata darah pon keputusannya tetap sama, dia tak tukar sendiri jadi lulus akibat ko menangis 30 hari 30 malam.

Pastu semalam dah la aku tengah sedih sebab ujian aku tak lulus, ada satu lagi pulak cerita yang menyayat hati sesambil mensiat siatkan jejantung dan hehati aku…. aku sedihhh, terasa, semua ada lah… nanti lah akan aku post di next entri. kang aku gitau semua kat sini korang muntah hijau, biru, kuning, bendera Mesia plak nanti. Lagipun nak pastikan korang melekat kat blog aku ni, haruslah buat macam tuh…hahahahha (niat jahat tak abes2) 

2 thoughts on “…SAYA SANGAT SEDIH NI OKEH :'( MARILAH MENANGIS BERSAMA SAYA…

  1. LOR…sorry to hear that. Exam JPA nih mmg payah sikit sbb jawapannya tak ada yg salah. Sumer btl tapi dia nak yg paling tepat. Kitorang punyer wxam doluh pon cenggitu gak. Dahlah subjektif. Bengkok jari menjawab. Salah 1 akta seluruh jawapan jd salah. Tp Za…chai-yok chai-yok…Aja aja fighting!!!

    • ::EBY:: uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!! susah kot exam dia. pening kepala. memang la bole tgk buku kan, tp opkoz ta sempat. soalan berbelit. menciknyer!! ai da tak larat nk g sapura tuh. huhuhu… kesian my father jadik peneman setia ai kat situ. B doakan kita lulus semua exam bulan 9 yeap?? kita nak kompem ni… xlarat dah macam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s