…PERLAWANAN PERSAHABATAN KIMIA VS JMM…

Tarikh:: 13 Julai 2011

Masa:: 6.00 petang tamat waktu kerja

Tempat:: sport arena city ntah haper ntah…

wahhhh!! dah berzaman kot cerita baru sebok sebok nak hapdet buleh cenggitu? kira halal la erk?? ngee~ bukan pe. aku ngaku memanglah aku sangat malas untuk menghapdet belog dalam minggu ni. entah kenapa. tapi memanglah sangat malas!

aku yang tiba-tiba buleh menjoinkan diri di perlawanan futsal kali ni bukan sebab apa, hanya kerana kenkawan aku zana dan wana yang menyertai pertandingan futsal ini, jadi aku dengan senang hatinya pergi memberi sokongan walaupun hanya memandang dari kejauhan. aku memanglah tidak tahu yang dapat join cenggitu je kalau tak memang aku akan menjoinkan diri. bukan sebab aku kaki bangku ke haper. aku pernah je men bola sepak sesama geng perempuan masa sekolah menengah dulu dan yang paling best aku jadik goalkeeper. wahahaha, benteng pertahanan aku kukuh okeh! muahahha!! tapi rituh aku tak join memang sebab aku tak bawak baju, takkanlah aku nak sepak bola dengan skirt ketat dan kemeja lak kan? harus laa orang lain ketawa guling-guling kat situ. habis-habis dia gelak tonggek-tonggek je kat aku sebab tak dapat kejar bola..huhuhu.

walaupun kalah huhuhu dengan 3-0 erk?? aku pun dah lupa… tulah dah berzaman baru nak hapdet! tapi yang nyatanya memang kami kalah! tapi aku kagum giler r dengan seorang dua pemain kami, leh ke aku sebutkan nama kat sini? tak pelah aku sebut yerk saja nak kasik engkau orang glamer. aku salute kat kapten kami Kak Aathirah Ali aka Kak Tirah. memang superb la cara dia main! tabik spring sama lu!! sorang lagi yang aku nampak berbakat Atikah aka Ika… cara dia main pon memang bes! tapi yang paling kelakar bila kak Nurul as a goalkeeper, selamber deek tengok bola guling-guling slow motion masuk gawang tanpa mempertahankannya. hahaha!

::kedamaian di padang sebelum acara dimulakan::

::sesi taklimat dari refree…muahaha memandai je aku! kowang pasan tak we olls macam dok lam penjara tengok orang men bola::

::perlawanan telah pun bermula… jeng jeng jeng ::

pape pon tahniah buat KIMIA, korang memang bes. haruslah kan dah berlatih aja tak kira masa, mana lah we olls dapat challenge engkau orang yang dah senior sedangkan kami masih buah cempelak diluar pagar. tak pe tak pe lain kali kita berlawan lagi tau..eceehh aku pulak yang bersungguh sedangkan main pon idok! kali ni teamss JMM mohla kita berlatih sampai lebam okeh!!

::barisan pemain handalan KIMIA dan JMM::

::ada lagak pemain kebangsaan tak cik kapten kami??::

dan aku pergi kerana mereka

notatangan:: mau join futsal agy!! biarlah walau sebagai penonton… sob3

Advertisements

…UNTUK PARA PEMBENCI…

untuk para haters diluar sana, nak nak lagi yang selalu mengkomen dengan komen komen tidak membina itu. tak payahla aku sebut nama. cukuplah sekadar engkau orang menengok komen-komen sengal beliau yang aku takkan padam…biar dia meroyan sensorang. ni ada qoute untuk kalian para haters diluar sana. if u olls pon ada haters post aja benda ni kat dorang okeh!

Dear Haters,

I CouLdn’T HeLP!

BuT noTicE ThaT awesoME eNds WitH ME

anD Ugly sTarTs wiTh U!

thanks to camera woman Hazanah Hanafi, dis picca is super awesome!!

…REVIEW FILEM:: TRANSFORMERS 3. dark of the moon…

lepas jea abes picnic, malam itu sempatla jugak mengepaw inchik kawan untuk membelanjakan duit nya ke arah perkara yang melagha kan… muahaha!! (gelak jahat tak ada motip). dengan rasa riang di hari rayanya, aku mengepaw inchik kawan utk belanja aku tengok wayang cerita haper…? opkoz la transformer beb! ngeng~ orang da berbulan pergi tengok aku baru sibuk sibuk nak buat review kan? alaa nak buat camne terpaksa tunggu inchik kawan belanja…tak pelah biar lambat asal selamat kan?? *tak de kena mengena*

paling awal masa tu tayangan 11.40malam untuk transformer. aku dah cakap kat inchik kawan tak payah la amek 3D sebab mahal la, amek yang biasa biasa aja. tapi disebabkan nak tengok cepat dan nak balik cepat jadi ambik jugalah yang 3D punya tayangan. berpinar-pinar je aku tengok harganya RM20 per person. wahhhh aku nak pengsan je rasa tapi disebabkan tak ada tempat best untuk landing jadi aku batalkan aja niat aku tu *sengal*

*bersama inchik optimus yang gagah…*

review aku~ citer ni memang superb habis lah nak nak agy dapat tengok yang 3D, wahh memang kejakunan bermaharajalela lah sekejap. pes time beb tengok 3D.. okeh sila jangan gelakkan aku, lau tak aku lempang laju-laju. hakhakhak. memang best oo dahla macam real aja, macam kita pulak yang ada dalam cerita tu. memang pengalaman yang aku tak boleh nak lupa.

bagi aku citer dia memang da bomb, superb da best habisla.. cuma waktu hero dan heroin bersembang tak tentu pasal tu agak bosan. rasa cam nak cut cut kan aja ceritanya, yang lagi best inchik kawan sempatlah tertidur seround dua. sumpah busan! tapi aku gagahkan diri tengok juga, kalau tak nanti aku tak paham apa. bila time aksi antara robot robot memang lah sangat power. yang nyata aku benci giler kat si Sentinel Prime tu okeh! orang da tolong engkau, engkau boleh pulak lupa jasa orang! pastu sesuka mak bapak dia aja nak ambik bumi jadi hak milik dia, sesambil membunuh orang. ewah ewah ko hengat bumi ni ko yang tubuhkan? ouhh tetiba aku teremo, haruslah emo nengok citer kan? lau tak emo tak payah tengok duk rumah lagi baik. dan part paling sedih bila Bumble Bee terpaksa berkorban tu sebab pintu masa (apa ntah nama dia, suka suki je aku letak pintu masa) dah nak terbuka. waa sadis dowh masa dia cakap dengan tuan dia tu. memang lah sangat jahat si Sentinel Prime tu sampai kawan sendiri pun sanggup aja dia nak bunuh. bangsa sendiri tuh.

*inchik SenTInEL PrIMe YanG sanGatLaH jaHAt*

*IncHik BumBLe BeE yaNg baIK*

pape pun bagi aku citer ni memang sangat-sangat best, tak rugi oo korang tengok. kira agak berbaloi la rm20 tu. memang da bomb tolak citer hero dan heroin tu. dunlike! macam tak perlu je perempuan tu ada kat situ. aku bagi 4 bintang full untuk cerita ni. memang terbaikkk wa cakap lu! luv Optimus!! wink wink wink…

*iNcHIk OptIMus YaNG gaGah*

notatangan:: lepas ni mau tengok citer haper?? jeng jeng jeng… dah nak pose xleh nak melaghakan diri dah….

…HARI MINGGU KALI NI AGAK BERFAEDAH…

Tarikh:: 10 Julai 2011

Masa:: 9am- 3am

Tempat:: Sentul – Port Dickson – Sentul

9am – Bersiap siap dengan penuh rasa semangat sebab akan menghabiskan hari minggu dengan penuh berfaedah kali ini… ngee~ sedor diri jugak aku akhirnya yang hari minggu aku lalui itu sangat lah tidak berfaedah. hakhakhak

10am – Inchik kawan datang amek dengan motor barunya tuh! semangat giler. dahla motor besar giler. memulakan perjalanan sampai kat tol sungai besi, we ols having bekpas. kali ni tyme mengepow inchik kawan kepci bekpas. aku amek a.m riser burger apa ntah nama dia. disebabkan kelaporan tahap kotaro minami dah memang langsung tak pandang nama, tak men ingat ingat dah. tapi dia punya kopi… perghhh! kaw giler, sumpah pahit!letak gula 5 sachet still tak rasa apa. siap letak creamer bagai. huh~

11am –  sampai kat RNR Seremban, benti kat sana sebab hujan lebat nak giler! dah nama pon naik motot, haruslah kena benti kan? lau tak haruslah basah sebelum mandi di ke PD.  lebih kurang setengah jam kemudian baru memulakan kembali perjalanan. masa ni memang berlaku sedikit sesi rempit merempit, adik adik jangan tiru akak tau. kawan akak ni memanglah tidak makan saman! nasihat berbuih mulut kannya nak ikut. mau tak rempit… inchik kawan ni bawak motor 130 km/jam, bebudak motor yang lain ingat dia nak merempit gak nyer….bila incik kawan potong dorang, dorang potong balik inchik kawan, memang potong memotong, naseb jalan sunyi. dah penat memotong sampai kelajuan mencecah 140km/jam baru lah dorang dah tak ikut.haa tau takut jugak engkau ye. apa lagi mohla merempit sampai 180 km/jam ni. ehh aku pulak yang teruja merempit.

12.30pm – sampai kat teluk kemang, tempat yang dijanjikan. sekali cari pantai tu tak jumpa sebab dua-dua buta jalan. hahaha! inchik kawan gps dia tak mau masuk line sana, pe leh buat. sekali tipon puan nicki. dia suh dak dein datang amek.lebih kurang 12.45pm sampai kat tempat yang dijanjikan. timer kasih dak Dein (aizuddin) jasamu ku kenang.

:: keTEKunAn jejAka2 EncEM di DApuR::

sesampai aja… inchik kawan dah amek tempat untuk membako, ish rajin tul la. tak penatkah anda wahai inchik kawan? geng perempuan buat apa yeap? apa lagi kalau tidak menganyam ketupat sesedap rasa. tapi aku hari tu jadi pendiam dan pasif gila. tatau kenapa. sebab aku tetiba rasa kawan baik aku Puan Snow tiada disitu kot. selalunya dia je yang layan karenah aku yang orang lain tak sanggup nak layan. hahaha! jadik pepandai la bawak diri sendiri oke. gambo pon tak banyak sebab malas nak semakkan picca orang yang tak ajak aku bergambo. giler sadis. eh eh eh aku tak kisah la ok. tak ada heart peeling pon. memang kira sepanjang berpicnic membawak kan diri sensorang. pandai-pandaila ko nak hidup, yea tak?

2pm – siap membako…mohla kita melantak. makan tyme!! horreyy hoorreyy!! aku makan nasi dan ayam bako. ayam di reka cipta sos nya oleh cik qaseh. manakala inchik kawan amek kue teow goreng dan ayam bako. memang sedap kue teow itu. saper yang buat erk?? wink wink wink. ermm yang paling tensen, inchik kawan mengebas kulit ayam bahagian peha aku. ewah ewah sesedap rasa engkau jelah yeap makan hak milik beta. tapi disebabkan aku ni memang baik hati tak hengat so aku diamkan aja. hakhakhak.

:: meLAnTak TyME::

:: LeH BuaT caLOn MenaNTu::

siap makan. adakan sikit sesi gossip mengossip bersama rerakan taulan. aku dan puan nicki temankan kaka qaseh yang tengah gigih membasuh di sinki tanpa sebarang sabun.siap. mandi tyme. aku tak join. malas la pulak rasa nak mandi panas cenggitu. sun burn laks aku nanti…ngeh! lagipun kan ke bahang matahari petang tak elok untuk kulit leh menyebabkan kanser? cewah cewah cewah lorat nau bunyiknyer, padahal cakap je ko tak pandai berenang. kan senang! hahaha! lagipun aku sangat malas nak menyalin baju.jadiknyer meroyan la kejap tangkap gambo syok sendiri.

::dEngAn MaK buDaK Yg ComEy::

afta that dorang adakan sesi sukaneka tyme. acara utama. cari gula-gula dalam tepong. aku tak joins. second, acara tiup belon sampai pecah. ai tak joins. akhir sekali masukkan air lam cawan pakai tangan. ai tak joins jugak. eh eh eh dah seme aku tak join pe yang aku buat? aku joins mengambil gambo mereka-mereka yang cumil itu. abes je sesi berikut. terus aku dan inchik kawan mintak diri. sebab ada misi penting malam itu. misi mengepaww inchik kawan. hoyeyy!! memang kebas montot dan sakit satu badan naik motor..huhuhu. inchik kawan kata lepas ni sumpah aku takkan naik dah.. hahaha! memahami gitu!

7.00pm – sampai sentul, mandi, solat… dan menjalankan misi penting. jeng jeng jeng.

notatangan:: ada ke dalam entri ni aku kata aku peluk kawan aku? ada ke??? sape sape yang terlebih pandai membaca tu silalah engkau masuk tadika balik nampak sangat engkau BODOH!

…DIAM ITU INDAH…

Hurmm… citer yang tak habes-habes nampaknya. aku pon dah malas, biarlah dia nak kata apa. aku tak peduli dah. janji bukan aku mula dulu dan bukan aku yang cari pasal.

okeh kali ni bukan mau citer perang perempuan tak ada maruah pasal jantan pon nak gado oke? kali ni juz mau bercerita satu benda yang aku dapat dari kawan lelaki aku semalam. wahh sentap mak…nyah baca email dia kat ai…hakhakhak. korang yang baca kalau tak sentap tatau la aku nak cakap, hati batu ke busuk ati. eh eh eh tetiba!

semalam kawan aku yang bernama inchik Amir Aiman (bukan nama sebenar…ngee! nama penuh bagai bukan nama sena pe lak kan? agak-agak la nak menipu) dia email aku tanya cerita aku tu… perang tak berapa nak dingin. so aku citer la dari A sampai Z kat dia. terus aku pulak yang kena marah! huhuhu.. sampai hati ko kan kawan! dia marah aku sebab melayan perempuan itu. abes aku nak buat apa? diam? sedangkan aku tak salah, sedangkan dia buat citer. korang tau dia ceramah apa kat ai… ouhh sadis… terus dia anta satu syarahan terbaik punya!

jadi aku letak kat sini untuk tatapan korang semua tau… lebih-lebih lagi bila ada orang aib kan korang secara terang-terangan. korang pegang je kata-kata…insyaAllah… Allah itu Maha Adil! (untuk cerita penuh korang boleh klik sini—> Aib) kat sini aku tulis sikit2 jelah yea.

” Dalam sebuah hadith menjelaskan tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain. Allah melarang perbuatan membuka aib orang lain”

“Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)”

hurmm jadi dia sarankan aku tak payah la nak buat post sal orang lain buruk-burukkan dia, lebih baik berdiam. dah tu dia boleh burukkan aku siap letak nama dan gambar….? aku ni memanglah jenis tidak berpuas ati ada aja yang aku nak persoalkan…hik hik hik. then dia nasihatkan… biarlah sesiapa pun yang nak buat jahat kat aku nak ambil gamba letak besar-besar kat mana-mana pon tak apa, biar je sesungguhnya yang berdosa itu dia. jangan aku pun turut berdosa sebab pergi membuat serangan balas, kalau orang perangai macam setan jangan aku pulak pergi ikut cara dia, tak ke aku sama pangai macam setan. hurmm okes aku insaf! hurmmm mekasih kawan. dia ceramah lagi… tak kisahla aku salah ke tak ke, aku mula ke tak ke, diam sudah. kadang yang diam itu lebih mulia.

aku mahu argue lagi… ouhh eza sesungguhnya ko memang jenis manusia yang tak puas senang hati! ngee~ aku tanya kalau aku tak maafkan dia boleh? sebab kawan aku dah penat melayan aku dia tulis aja, ikut suka aku lah… itu hak aku sebagai manusia. dia hantar lagi

“kalau dosa menfitnah dan mengaibkan orang (lebih lagi letak gambar, mengaibkan seseorang) walau pun panjang mana umur selagi orang yang kita fitnah,kita aib, umpat dan keji itu tak ampunkan dosa kita, bawalah mati bersama-sama dosa kita dan jawablah di akhirat nanti. Sesungguhnya orang yang tidak diampunkan dosa nya itu sesama manusia itu amat payah cara ia meninggal”

wahhh kawan, sesungguhnya aku tahu ko belajar sekolah agama. sampai ko betul-betul tazkirah kasi aku insap! ngee~ sumpah aku insap ni. korang insap tak? kalau tak insap jugak tak tahulah aku nak kata. kesimpulannya biarlah orang nak buat apa pun, kita tak payah ikut cara dia. sebab Allah itu lebih tahu, Dia sentiasa ada. kan? aku tulis entri macam ni bukan bagi pihak aku je, aku tulis untuk korang semua untuk pengetahuan korang. sama-samalah kita mengambil segala kebaikan dan membuang segala kejahatan, oke?

oklah… aku terima nasihat dia, bulat-bulat aku terima. apapun sekarang aku akan berdiam diri. orang yang buat dekat orang ni akan dapat balasannya, cepat atau lambat saja. kalau tak tahu cerita sebenar aku sarankan korang pergilah tanya dulu orang yang terbabit, jangan main serkap jarang je tau korang. aku tamau korang tergolong dalam orang-orang yang berdosa macam aku tulis kat atas. aku nekad, akan berdiam diri, tamau komen pape dah… mengalah bukan bererti kalah atau takut kan? buat apa nak tegakkan benang yang basah. bila orang benci kalian, macam mana pon kalian tetap buruk dimata mereka. jadi tiada guna nak perang bagai. Berdiam itu Indah bukan? dan aku nekad sesungguhnya aku TIDAK AKAN AMPUNKAN DOSA MEREKA YANG MENGAIBKAN AKU. saper makan cili dia terasa pedasnya! biar orang cakap nabi pun ampunkan umat, aku jawab itu nabi bukan aku. nabi terhindar dari segala kehitaman dosa dan kecelakaan. aku manusia biasa…nabi itu maksum!

aku tak tulis entri ni khas untuk sesiapa pon, aku general kan kepada sesiapa yang sakitkan ati aku, aibkan aku, fitnah aku secara terang-terangan. sesiapa saja. bukan pasal kes baru-baru ini aja. pasal semua benda yang terjadi dalam hidup aku. aku berani kata macam tu (takkan ampunkan dosa orang yang aibkan aku) sebab aku tau bukan aku yang mulakan dulu…bukan…bukan dan bukan. aku takkan mula kalau orang tak mula dulu dan aku tulis entri tak pernah aku terus hentam orang terbabit. mana yang boleh aku lindung aku akan lindung. macam yang baru-baru ni aku tulis entri copy belog seseorang pasal aku (walau dia takmo ngaku memang dia tulis untuk aku) tapi aku padam semua yang berkaitan dengan dia… alhamdulillah kerana aku lebih mulia dari dia.

biarlah apa-apa saja dari pihak aku berhenti setakat ni aja. biarlah dia nak meroyan sensorang… aku tamau masuk campo. orang yang kenal aku akan tahu aku macam mana orangnya.. kan?? kawan aku tu dah kenal aku dari aku kecik lagi sena nya, sama-sama satu sekolah. dah masak perangai masing-masing. sebab tu dia nasihat aku macam tu

so sekarang aku tutup cerita ni. biarlah aku, mereka dan Allah saja yang tahu.

-THE END-

notatangan:: oiitt aiman… kang isteri ko dah bersalin gitau aku… nak chup siap2 jadi mak budak ni.. wakaka!! sesuka aty aku je nak amek anak orang jadi anak aku!

notatangan 2:: khas buat adek aku yang comel Cik Zana…tamau nanges2 agy baca entri ni. akak tak buat entri sedih pon adek… hakhakhak. muachhxx lebiu lah!