…DIAM ITU INDAH…

Hurmm… citer yang tak habes-habes nampaknya. aku pon dah malas, biarlah dia nak kata apa. aku tak peduli dah. janji bukan aku mula dulu dan bukan aku yang cari pasal.

okeh kali ni bukan mau citer perang perempuan tak ada maruah pasal jantan pon nak gado oke? kali ni juz mau bercerita satu benda yang aku dapat dari kawan lelaki aku semalam. wahh sentap mak…nyah baca email dia kat ai…hakhakhak. korang yang baca kalau tak sentap tatau la aku nak cakap, hati batu ke busuk ati. eh eh eh tetiba!

semalam kawan aku yang bernama inchik Amir Aiman (bukan nama sebenar…ngee! nama penuh bagai bukan nama sena pe lak kan? agak-agak la nak menipu) dia email aku tanya cerita aku tu… perang tak berapa nak dingin. so aku citer la dari A sampai Z kat dia. terus aku pulak yang kena marah! huhuhu.. sampai hati ko kan kawan! dia marah aku sebab melayan perempuan itu. abes aku nak buat apa? diam? sedangkan aku tak salah, sedangkan dia buat citer. korang tau dia ceramah apa kat ai… ouhh sadis… terus dia anta satu syarahan terbaik punya!

jadi aku letak kat sini untuk tatapan korang semua tau… lebih-lebih lagi bila ada orang aib kan korang secara terang-terangan. korang pegang je kata-kata…insyaAllah… Allah itu Maha Adil! (untuk cerita penuh korang boleh klik sini—> Aib) kat sini aku tulis sikit2 jelah yea.

” Dalam sebuah hadith menjelaskan tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain. Allah melarang perbuatan membuka aib orang lain”

“Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)”

hurmm jadi dia sarankan aku tak payah la nak buat post sal orang lain buruk-burukkan dia, lebih baik berdiam. dah tu dia boleh burukkan aku siap letak nama dan gambar….? aku ni memanglah jenis tidak berpuas ati ada aja yang aku nak persoalkan…hik hik hik. then dia nasihatkan… biarlah sesiapa pun yang nak buat jahat kat aku nak ambil gamba letak besar-besar kat mana-mana pon tak apa, biar je sesungguhnya yang berdosa itu dia. jangan aku pun turut berdosa sebab pergi membuat serangan balas, kalau orang perangai macam setan jangan aku pulak pergi ikut cara dia, tak ke aku sama pangai macam setan. hurmm okes aku insaf! hurmmm mekasih kawan. dia ceramah lagi… tak kisahla aku salah ke tak ke, aku mula ke tak ke, diam sudah. kadang yang diam itu lebih mulia.

aku mahu argue lagi… ouhh eza sesungguhnya ko memang jenis manusia yang tak puas senang hati! ngee~ aku tanya kalau aku tak maafkan dia boleh? sebab kawan aku dah penat melayan aku dia tulis aja, ikut suka aku lah… itu hak aku sebagai manusia. dia hantar lagi

“kalau dosa menfitnah dan mengaibkan orang (lebih lagi letak gambar, mengaibkan seseorang) walau pun panjang mana umur selagi orang yang kita fitnah,kita aib, umpat dan keji itu tak ampunkan dosa kita, bawalah mati bersama-sama dosa kita dan jawablah di akhirat nanti. Sesungguhnya orang yang tidak diampunkan dosa nya itu sesama manusia itu amat payah cara ia meninggal”

wahhh kawan, sesungguhnya aku tahu ko belajar sekolah agama. sampai ko betul-betul tazkirah kasi aku insap! ngee~ sumpah aku insap ni. korang insap tak? kalau tak insap jugak tak tahulah aku nak kata. kesimpulannya biarlah orang nak buat apa pun, kita tak payah ikut cara dia. sebab Allah itu lebih tahu, Dia sentiasa ada. kan? aku tulis entri macam ni bukan bagi pihak aku je, aku tulis untuk korang semua untuk pengetahuan korang. sama-samalah kita mengambil segala kebaikan dan membuang segala kejahatan, oke?

oklah… aku terima nasihat dia, bulat-bulat aku terima. apapun sekarang aku akan berdiam diri. orang yang buat dekat orang ni akan dapat balasannya, cepat atau lambat saja. kalau tak tahu cerita sebenar aku sarankan korang pergilah tanya dulu orang yang terbabit, jangan main serkap jarang je tau korang. aku tamau korang tergolong dalam orang-orang yang berdosa macam aku tulis kat atas. aku nekad, akan berdiam diri, tamau komen pape dah… mengalah bukan bererti kalah atau takut kan? buat apa nak tegakkan benang yang basah. bila orang benci kalian, macam mana pon kalian tetap buruk dimata mereka. jadi tiada guna nak perang bagai. Berdiam itu Indah bukan? dan aku nekad sesungguhnya aku TIDAK AKAN AMPUNKAN DOSA MEREKA YANG MENGAIBKAN AKU. saper makan cili dia terasa pedasnya! biar orang cakap nabi pun ampunkan umat, aku jawab itu nabi bukan aku. nabi terhindar dari segala kehitaman dosa dan kecelakaan. aku manusia biasa…nabi itu maksum!

aku tak tulis entri ni khas untuk sesiapa pon, aku general kan kepada sesiapa yang sakitkan ati aku, aibkan aku, fitnah aku secara terang-terangan. sesiapa saja. bukan pasal kes baru-baru ini aja. pasal semua benda yang terjadi dalam hidup aku. aku berani kata macam tu (takkan ampunkan dosa orang yang aibkan aku) sebab aku tau bukan aku yang mulakan dulu…bukan…bukan dan bukan. aku takkan mula kalau orang tak mula dulu dan aku tulis entri tak pernah aku terus hentam orang terbabit. mana yang boleh aku lindung aku akan lindung. macam yang baru-baru ni aku tulis entri copy belog seseorang pasal aku (walau dia takmo ngaku memang dia tulis untuk aku) tapi aku padam semua yang berkaitan dengan dia… alhamdulillah kerana aku lebih mulia dari dia.

biarlah apa-apa saja dari pihak aku berhenti setakat ni aja. biarlah dia nak meroyan sensorang… aku tamau masuk campo. orang yang kenal aku akan tahu aku macam mana orangnya.. kan?? kawan aku tu dah kenal aku dari aku kecik lagi sena nya, sama-sama satu sekolah. dah masak perangai masing-masing. sebab tu dia nasihat aku macam tu

so sekarang aku tutup cerita ni. biarlah aku, mereka dan Allah saja yang tahu.

-THE END-

notatangan:: oiitt aiman… kang isteri ko dah bersalin gitau aku… nak chup siap2 jadi mak budak ni.. wakaka!! sesuka aty aku je nak amek anak orang jadi anak aku!

notatangan 2:: khas buat adek aku yang comel Cik Zana…tamau nanges2 agy baca entri ni. akak tak buat entri sedih pon adek… hakhakhak. muachhxx lebiu lah!

16 thoughts on “…DIAM ITU INDAH…

  1. Alaa..xkan smpi sini jerk..xbestlah,xkan awk nak biarkan jerk dia ckp bukan2 pasal awk, berani kerana BENAR,takut kerana SALAH!!

    • :: Tak Takut:: tak best??? lorhhh ni tak baik tau mengapi-apikan. hormatilah keputusan saya, bimbinglah manusia itu kearah kebaikan. Berani bukan hya dapat dilihat dgn ko kutuk aku, aku kutuk ko pastu ko kutuk aku balik… MENGALAH ITU MULIA dan DIAM ITU INDAH~

      • ok i hormat keputusan u,tpikan sebab bende ni i singgah blog u..,lepas ni xdelah nak singgah lagi.!! peace❤

        • ::Tak Takut:: yerla my dear… ai buat belog bukan utk cari gaduh dgn sesaper… nak tinggalkan atau tidak, ai tak halang. bukannya orang singgah belog ai, ai dapat banyak duit… pemes pon tidak. jadi terpulanglah. kalau rasa nak singgah lagi. sila lah, belog ini terbuka untuk sesiapa aja hendak membaca, berkongsi cerita.

          • emm..i suka cara u,tegas dan berani!!btw i ade terbaca entri dekat blog yg tutttt..dia letak pic dan name u,xkan nak senyap jerk…kalau i kena i da saman tau..

          • :: Tak Takut:: as what u said; BERANI kerana BENAR bukan? ai tau u mesti orang dalam, dan u kenal we ols sebab belog cik juih sgt lah susah utk dijejaki… tak perlu sorokkkan identiti. terserahla pada dia nak letak picca ai besar2 dalam belog dia pon ai tak kisah. saman? ouhh i not that type la dear… buat pe hukum org atas dunia, berjaya dapat apa? ai bukan kejar glamer. memadai ALLAH lebih mengetahui. balasan ALLAH lagi hebat dari ai saman dia. egat hidup bukan sampai disini, bakal ada anak cucu… balasan ALLAH pasti ada lambat atau cepat saja.

  2. Satu perkongsian yang hebat!! teruskan usaha anda, i follow blog..tapikan kite ada 1 soalan..emm.,betul ker yang awak ada perasaan kat mamat tu?

    • ::Tak Sabar:: aiyarkkk tadi Tak Takut lepas tu Tak Sabar pulak… kamo0 ni tulis aja satu nama tak yah manyak2… ngee. ermmm sayer ada inchik chenta hati sayer sendiri. sayer tak mungkin suka orang lain sebab dia sudah melebihi segalanya. tak pelah andai satu masa dia sudah bersedia, saya letak beso2 gambo dia yeap.

  3. uik, tmbh nota kakitangan bru ke?? huuuu..tpi itulah yg sy rse time bce entri ini.. smoge kekeliruan dan keterbelitan yg tjdi akn terungkai akhirnye…mude cume skli so kite enjoyyy…apekah?? muah3x kt kamu juge my dear sis…

    -what goes around never comes in square, Allah itu Maha Mengetahui-

    • ::zana:: marilah kita sama2 amek iktibar apa yang dikatakan kawan akak tu yeap. sesungguhnya orang yang bdiam itu lebih mulia pangkat dan kedudukannya. yess my dear… yang penting -what goes around comes around, what goes up must comes down- sekali kita bukak aib orang, tuhan akan terbalikkan pada kita. orang akan berkali2 buka aib kita… nauzubillahiminzalik!

  4. Just sharing…

    RT @IslamSpeaks Barang siapa yg mencegah terbukanya aib saudaranya nescaya Allah akan mencegah wajahnya dari api neraka pada hari kiamat nanti (Tirmizi) 

    • ::Balqiss:: Thanks for sharing… moga-moga kita mendapat rahmat dariNya. sesungguhnya sesiapa yang mengaibkan manusia lain, usah kata di akhirat.. di atas bumi pon Allah akan tunjukkan. Allah itu Maha Bkuasa. Oh ya! thanks sudi singgah ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s