…HARI MINGGU KALI NI AGAK BERFAEDAH…

Tarikh:: 10 Julai 2011

Masa:: 9am- 3am

Tempat:: Sentul – Port Dickson – Sentul

9am – Bersiap siap dengan penuh rasa semangat sebab akan menghabiskan hari minggu dengan penuh berfaedah kali ini… ngee~ sedor diri jugak aku akhirnya yang hari minggu aku lalui itu sangat lah tidak berfaedah. hakhakhak

10am – Inchik kawan datang amek dengan motor barunya tuh! semangat giler. dahla motor besar giler. memulakan perjalanan sampai kat tol sungai besi, we ols having bekpas. kali ni tyme mengepow inchik kawan kepci bekpas. aku amek a.m riser burger apa ntah nama dia. disebabkan kelaporan tahap kotaro minami dah memang langsung tak pandang nama, tak men ingat ingat dah. tapi dia punya kopi… perghhh! kaw giler, sumpah pahit!letak gula 5 sachet still tak rasa apa. siap letak creamer bagai. huh~

11am –  sampai kat RNR Seremban, benti kat sana sebab hujan lebat nak giler! dah nama pon naik motot, haruslah kena benti kan? lau tak haruslah basah sebelum mandi di ke PD.  lebih kurang setengah jam kemudian baru memulakan kembali perjalanan. masa ni memang berlaku sedikit sesi rempit merempit, adik adik jangan tiru akak tau. kawan akak ni memanglah tidak makan saman! nasihat berbuih mulut kannya nak ikut. mau tak rempit… inchik kawan ni bawak motor 130 km/jam, bebudak motor yang lain ingat dia nak merempit gak nyer….bila incik kawan potong dorang, dorang potong balik inchik kawan, memang potong memotong, naseb jalan sunyi. dah penat memotong sampai kelajuan mencecah 140km/jam baru lah dorang dah tak ikut.haa tau takut jugak engkau ye. apa lagi mohla merempit sampai 180 km/jam ni. ehh aku pulak yang teruja merempit.

12.30pm – sampai kat teluk kemang, tempat yang dijanjikan. sekali cari pantai tu tak jumpa sebab dua-dua buta jalan. hahaha! inchik kawan gps dia tak mau masuk line sana, pe leh buat. sekali tipon puan nicki. dia suh dak dein datang amek.lebih kurang 12.45pm sampai kat tempat yang dijanjikan. timer kasih dak Dein (aizuddin) jasamu ku kenang.

:: keTEKunAn jejAka2 EncEM di DApuR::

sesampai aja… inchik kawan dah amek tempat untuk membako, ish rajin tul la. tak penatkah anda wahai inchik kawan? geng perempuan buat apa yeap? apa lagi kalau tidak menganyam ketupat sesedap rasa. tapi aku hari tu jadi pendiam dan pasif gila. tatau kenapa. sebab aku tetiba rasa kawan baik aku Puan Snow tiada disitu kot. selalunya dia je yang layan karenah aku yang orang lain tak sanggup nak layan. hahaha! jadik pepandai la bawak diri sendiri oke. gambo pon tak banyak sebab malas nak semakkan picca orang yang tak ajak aku bergambo. giler sadis. eh eh eh aku tak kisah la ok. tak ada heart peeling pon. memang kira sepanjang berpicnic membawak kan diri sensorang. pandai-pandaila ko nak hidup, yea tak?

2pm – siap membako…mohla kita melantak. makan tyme!! horreyy hoorreyy!! aku makan nasi dan ayam bako. ayam di reka cipta sos nya oleh cik qaseh. manakala inchik kawan amek kue teow goreng dan ayam bako. memang sedap kue teow itu. saper yang buat erk?? wink wink wink. ermm yang paling tensen, inchik kawan mengebas kulit ayam bahagian peha aku. ewah ewah sesedap rasa engkau jelah yeap makan hak milik beta. tapi disebabkan aku ni memang baik hati tak hengat so aku diamkan aja. hakhakhak.

:: meLAnTak TyME::

:: LeH BuaT caLOn MenaNTu::

siap makan. adakan sikit sesi gossip mengossip bersama rerakan taulan. aku dan puan nicki temankan kaka qaseh yang tengah gigih membasuh di sinki tanpa sebarang sabun.siap. mandi tyme. aku tak join. malas la pulak rasa nak mandi panas cenggitu. sun burn laks aku nanti…ngeh! lagipun kan ke bahang matahari petang tak elok untuk kulit leh menyebabkan kanser? cewah cewah cewah lorat nau bunyiknyer, padahal cakap je ko tak pandai berenang. kan senang! hahaha! lagipun aku sangat malas nak menyalin baju.jadiknyer meroyan la kejap tangkap gambo syok sendiri.

::dEngAn MaK buDaK Yg ComEy::

afta that dorang adakan sesi sukaneka tyme. acara utama. cari gula-gula dalam tepong. aku tak joins. second, acara tiup belon sampai pecah. ai tak joins. akhir sekali masukkan air lam cawan pakai tangan. ai tak joins jugak. eh eh eh dah seme aku tak join pe yang aku buat? aku joins mengambil gambo mereka-mereka yang cumil itu. abes je sesi berikut. terus aku dan inchik kawan mintak diri. sebab ada misi penting malam itu. misi mengepaww inchik kawan. hoyeyy!! memang kebas montot dan sakit satu badan naik motor..huhuhu. inchik kawan kata lepas ni sumpah aku takkan naik dah.. hahaha! memahami gitu!

7.00pm – sampai sentul, mandi, solat… dan menjalankan misi penting. jeng jeng jeng.

notatangan:: ada ke dalam entri ni aku kata aku peluk kawan aku? ada ke??? sape sape yang terlebih pandai membaca tu silalah engkau masuk tadika balik nampak sangat engkau BODOH!

9 thoughts on “…HARI MINGGU KALI NI AGAK BERFAEDAH…

  1. ur hubby x bagi ehhh…dia nya wife nek moto ngan laki len…peluk2 gtu….what kind of hubby lor…

    • ishhhhh3….u patut jaga maruah ur hubby….jgn la nek mto ngan lelaki len…lain la klu laki tu ur brother….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s