…RAMADHAN:: UNCLE CHILLI’s…

*pictures credits to pokcik google*

:: gambar manusia di dalam gambar hanyalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan cerita kerana tiada gambar yang bersesuaian maka terpaksa menggunakan khidmat gambar ini~~harap maklum::

Tarikh:: 24hb August 2011

Masa:: 5.30 petang

Tempat:: Uncle Chilli’s Amcorp Mall, Petaling Jaya

— Not Suggested at Petaling Jaya —

Aku rasa semua penjawat awam pon tahu tarikh yang dimaksudkan itu adalah tarikh untuk bersuka ria
kerana kemasukkan gaji.
Jadinya aku dan rerakan (read: zana n wana) terus bercadang untuk berbuka bersama
pertama dan terakhir mungkin untuk ramadhan ini.

Makanya selepas tamat waktu bekerja, bertempiaran lah kami kami ini ke Amcorp mall sahaja
tiada lah terdaya kiranya hamba sahaya ini mahu berjalan dengan lebih jauh lagi.
Kalau ikut cadangan asal kami ingin berbuka di Kerinchi, namun memandangkan masing-masing
buntu memilih kedai terbaik disana kerana tak pernah menjejakkan kaki,
jadi pilih yang dekat pejabat sahajalah. tak payah pening pening kepala

Sampai di Amcorp lebih kurang jam 530 petang. sampai je terus reserved tempat di Uncle Chili’s
sekali order terus la senang untuk melancarkan masa masuk waktu berbuka nanti.
bila dah siap order dan booked tempat, kami bertiga berjalan di sekitar amcorp
yerla kan, tak kan la nak melango di dalam uncle chili’s itu
menghabiskan pahala puasa sahaja. napsu makan membuak-buak jadinya nanti
lebih kurang jam 715 petang kami terus masuk ke uncle Chili’s.

dan seperti yang ku jangka terjadi… tewas sekali lagi.. lalalalallalalala (lupa lirik)

1 – bayangkan dari jam 530pm order, jam 730pm masih belum dapat makanan, kami paling awal dan kami paling akhir yang dapat makanan. itupun setelah empat kali bertanya pada pekerja disitu. dan mereka langsung buat tidak tahu. boleh terlepas pandang? hebatkan?
semua yang datang kemudian sudah berbuka, dan kami bertiga masih terpinga-pinga.

2 – tiga kali bertanya dan tiada respon ataupun sebarang tindakan daripada pelayan disitu. masuk kali keempat baru ada orang yang mahu ambil peduli. itu pun muka memang selenga habis la time tu. bagus betul servis disini.
ya, aku tahu mereka memang sibuk waktu ini.. tapi we are da first customer who ordered the dishes and we get nothing. is it fair and square?

3 – oke katakanlah itu boleh diterima. tapi… pelayan yang hantar makanan setelah kami bengang, datang dan letak makan without saying nothing to us. no “im sorry miss””please enjoy your meal” or “we give you halfprice for our mistake”. NO. u got NOTHING! muka macam nak marah and blah macam tu aja. biadap? hello… say sorry je pon, tak perlukan modal seribu ringgit malaysia kot.

4 – kebanyakkan makanan dia memang masin, lori garam sedekah lima guni garam agaknya hari ini.

5 – servis memang hancur. masa mula-mula engkau sampai. layanan mereka adalah seperti engkau puteri kayangan. bila dah penuh kedai dia dan engkau masuk. mereka nampak kau macam sampah. usah kata pandang, jeling pon tidak kuasa. sebab tu panggil lima enam kali pon takde orang datang. memang aku sangat tidak puas hati. satu perkataan maaf pon tak ada. susah ke kita ni sebagai peniaga untuk berbudi bahasa. susah ke? budi bahasa budaya kita.

ini adalah kali pertama dan terakhir aku masuk uncle chili’s ni. lepas ni mintak ampun la. memang aku takkan masuk walau datang petala ketujuh. tak rela rasanya dilakukan sebegini seolah-olah kau miskin hina-dina. aku lebih suka atap-atap. servis cepat.. bagus.

mungkin ini hanya berlaku di petaling jaya sahaja. tapi aku tawar hati dah kot nak masuk mana-mana francis nya. aku boleh terima kalau engkau lambat, aku boleh faham. tapi bila kau takde cakap apa-apa dan perangai kau menyombong nak matik. itu adalah menjengkelkan.

bukan berniat untuk memburuk-burukkan mana mana pihak cuma ingin menyuarakan hak pengguna agar servis anda dapat dipertingkatkan lagi.

sekian, terima kasih.

…SYAWAL 2011 dan CERITANYA…

pejam celik.. pejam celik.. pejaaammm tak celik celik sebab tido
pastu celik balik bangun dari tido, pejam celik pejam celik pejam celik lagi, pastu pejam balik…
klip pok klip pok… (ada jugak yang nak makan penampo ni!)

okeh gua seriyes (tetiba jadi gua)
tak sangka kan dah semakin hampir kita kepada penghujung ramadhan.
bulan segala rahmat yang akan berganti dengan bulan segala kegembiraan dan kesyukuran
kerana berjaya melunaskan puasa sebulan. bukan setakat menahan lapar dan dahaga
tapi napsu jugak turut tertahan juga

aku?
nak kata gembira… tahun ni sebenarnya tak ada la meriah langsung nak sambut raya
agak kusam dan suram
tak tahu kenapa. mungkin kerana si arnab tak nak geng dengan aku (merujuk kepada kalendar cina tahun ini) sebab tu aku rasa macam raya tahun ni agak hambar sedikit

dahla tahun ni aku kena beraya dekat KL ni ha, pulak tu segala jenis makanan tidak dapat la dilangsungkan dengan jayanya.
ekceli setiap tahun beraya, makanan wajib pasti ada di pagi raya.
antaranya; satay homemade, pulut panggang homemade, ketupat pulut, rendang ayam dan daging.
wallahhh wehhh kecur la liur cerita masa puasa camni.
tahun ni? semua tak ada… berlagu air mata pulak rasanya
sudahla encik chenta hati pun tak ada disisi tatkala ini.
tidak dapat cuti raya barangkali.

korang pon mesti tengah sibuk buat persiapan raya, kan?
so tema baju korang tahun ni kaler apa pulak? jenis baju?
kalau perempuan mesti berjenis-jenis lah baju yang keluarkan.
kalau laki? baju melayu je ke?
tahun ni warna tema aku adalah… jeng jeng jeng… ewahhh macam suspen sangat kan?
UNGU ^_^
sebenarnya kain tu dah lama aku beli, kebetulan cik kakak nak buat tema family (baca: aku, cik kakak, mak dan ayah) berbaju ungu semuanya
jadi bulan lepas dah tempah kat tukang jahit dan semalam dah siap pon. baju kurung moden biasa je
after raya baru dapat upload gambar, baju mak ayah dan cik kakak, sudah cik kakak siap belikan.

tahun ni tak ada persiapan apapun hanyalah mampu buat kuih/biskut dua tiga jenis
kuih tradisional yang dah siap; rempeyek bilis dan kacang, bunga ros/bunga goyang, karipap mini, buah rotan. jadi tinggal dua jenis je lagi yang tinggal. kuih siput dan popia mini.

dikesempatan ini aku nak mintak maaf pada kamu semua pembaca setia blog picisan aku ini
mohon maaf sekiranya ada tingkah dan laku yang tidak sedap dipandang mata
kiranya ada tutur kata yang tidak enak dipendengaran telinga (dan mata)
dan kiranya ada diantara gurauan aku yang kedengaran kasar bahasanya
aku mohon korang ampunkan segalanya.
aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat sebarang kesilapan sama ada aku sedar ataupun tidak

aku tak buat rumah terbuka, jadi tak payahla datang yer. haha kejam!
meh la share cerita raya korang pulak.

notatangan:: encik chenta hati pon pakai kaler ungu!!! bunga-bunga betul hati kita :p

…MANUSIA ITU~~ MOGA DIA DILAKNAT ALLAH…

( update:: korang boleh tengok laman ni kalau masih wujud. dimana pendedahan mokcik ni tak lama lagi. sila klik Pendedahan Ekslusif- Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara. sebelum baca leh istighfar ramai.. bahasa dia gunakan memang tak leh blah )

Hi bloggers, stalkers, silent reader n all readers…

straight to the point.
aku rasa isu ni dah lama tapi disebabkan aku ni jenis tak up to date berita tv,
tak baca sokhabar dan tak ambik tahu isu isu semasa dunia jadi bagi aku ini adalah isu baru.
so yang tahu isu ni harap korang leh beri penerangan lanjut
dan yang tak tahu, korang boleh geng dengan aku, yes! gip me tenggg!!
jom laga-laga montot

semalam rerajin blogwalking kat rumah semua orang akibat kebusanan tahap dewa jurus limapuluhlapan jadi semua belog aku jelajah. terhenti aku kat satu belog ni tapi aku lupa pulak nama belog dia,
tapi aku lupa apa nama blog dia… maaf.
ada satu isu menarik perhatian tapi bila aku pergi kat page tu dia dah delete pulak.
aku pun macam tak heran sangatlah aku terus sesi blogwalking sampai kat satu belog ni d_hatie
perghhh membahang beb aku baca isu yang diutarakan bila aku klik mokcik bengapsss punyer belog (tapi belog dia dah kena block…padan muka!)
sempatlah aku baca semua entri yang menyakitkan hati aku.

korang kenal ke manusia yang bernama MokCik Hajjah Siti Al Wuzara ni??
aku tak paham manusia laknaktullah ni, dia duk mengaku islam tapi dia hina nabi dan Allah…
sebenarnya apa motif dia?? aku rasa dia ni murtad kan?
tapi dok ngaku islam sebab nak jatuhkan kaum islam tu sendiri.
memang teruk hinaan dia pada Nabi kita, dipanggil Nabi kita ni dengan panggilan B*B* Muhammad, yang paling tak sanggup baca Allah pun dia panggil Vavi,
Batu Hajaratul Aswad tu dipanggil tandas Allah… tak ke sengal, bengong, bodos, vavi manusia tu!!

perghh! dia kata dia mokcik, ada bukti dia pergi Makkah Al-Mukaramah, ada bukti dia islam.. hello.. kalau nak menipu macam macam cara boleh buat der, ko boleh je ambil kad pengenalan emak ko, passport n visa emak ko pastu tipu orang kata itu engkau sebab engkau tutup dan bluring kan semua kenyataan yang ada kat situ.
memang hati aku terdetik dia ni sah murtad, tapi nak jatuhkan umat islam dia ngaku dia tu islam.
siap buat gambar Lady Gagah terkangkang atas Kaabah! S**l betul manusia laknatullah itu. nauzubillahiminzalik!

apa motif sebenar dia, kalau dia tuh dah murtad…murtad jelah ta payahla kan nak hina sampai macam tu  engkau nak murtad ke engkau nak mampus ke itu hak engkau…
tak payah nak bising-bising macam orang hilang akal!
sudah tentu dia tu tak tenteram hidupkan sebab sekutukan Allah, sebab tu dia sanggup buat belog macam tu… aku nanges okeh bila terbaca hinaan dia pada Nabi dan Allah, seyes aku sedih. lepas solat memang aku tak lupa nak doa supaya Allah berikan balasan setimpal pada manusia yang mengaibkan Allah dan Nabi kekasihnya itu sama macam memohon doa supaya Allah berikan balasan setimpal pada manusia yang mengaibkan aku secara terang-terangan.

Memang sedih mengenangkan manusia di akhir zaman ini, sudah lupa agama, sudah lupa daratan, sudah lupa akan asal usul. apakah dunia makin tua dan hampir kiamat. ouhh bekalan aku belom cukup untuk kesana, jangan engkau akhiri dunia ni lagi ya Tuhan. aku memang tidak paham dengan masalah minah otak tak center ni, apa dosa nabi kita pada dia?? nikmat Allah mana lagi yang dia dustakan?? 

wallahualam~

notatangan:: nikmat mana lagi yang engkau dustakan?

…WORDLESS WEDNESDAY :: CIK ZANA…

kononnya wordless lah sangat katanya

terima kasih buat adik Zana Hanafi yang cute mute
kerana memberi muffin yang cute mute jugak
memang terbaik!
sedap tau.. muffin ni lembut dan tak manis.
memang kena dengan tekak aku.
like it, thanks a lot

sebenarnya bukan nak buat wordless wednesday pon.
tapi gatal nak letak tajuk begitu kerana tak tau nak letak tajuk apa
takkan nak letak muffin cik zana
ok lain macam sangat bunyi nya.

aku ni jenis manusia tak reti berdiam, aku minah kepoh
celoteh tak habis-habis
jadi takde la maknanya wordless wednesday pada aku
wordless wednesday tak wujud pada dunia blog aku.
sekian, terima kasih

… VILLAGE VIEW BANDAR BARU BANGI KALAU TAK SALAH AKU …

tengah tengah malam buta hampir tak hampir sangatlah mennginjak subuh
terima panggilan daripada puan kakak ajak kitaorang pergi makan tengah tengah malam tu

masalah nya kan, aku ni adalah penghidap sakit gastrik (penghidap…. tak tahan tuh)
makanya aku tak boleh bersahur di tengah malam
sebabnya masa sahur aku adalah jam 5pagi.
kalau tak sebelum jam 9pagi aku akan lapar balik
mulalah aku nak buat aksi guling-guling atas lantai
siapa kata gastrik tak boleh puasa? aku boleh je… alasan je tu semua
kau bangun sahur makan 3 biji kurma air masak 2 gelas, kenyang oke.
nanti nak berbuka kau jangan makan berat berat terus. try minum air dan makan kurma dulu
lepas tu solat, nanti lepas maghrib atau isya’ amek nasi sengenggam….
kalau kau amek berat terus nanti memang perut kau sakit, sebab perut tengah kosong tiba tiba dihumban benda berat memang dia meragam la
tapi alhamdulillah setakat ni aku belum pernah miss lagi sahut, bermakna aku dapat la puasa penuh
(kononnya lah… padahal manalah perempuan akil baligh dapat puasa penuh kan?)

kembali kepada ajakan puan kakak, kalut la kami sekeluarga bersiap
jadi penuh jugak la satu exora puan kakak dengan kami dua keluarga ni.
aku tak pasti makan kat mana, tapi jalan dia menuju ke putraja

nasib baiklah aku tak boleh berpuasa haritu,
kalau tak memang sahur pon aku bangun makan lagi
disebabkan baru aja berbuka dengan melantak sepinggan mee, dan telah tersadai kekenyangan
jadi malam tu aku order side dishes je

mahapp.. gambar tak jelas sebab lampu nyer mak aii romantik betul.
gulip gulita sangat

 

 

:: ouhh, nama dia VILLAGE VIEW okeh anak anak ::

:: coppucino ais n teh dangdut 3 layer :: 

::kerang bako::

::ciken wing honey yang tak bape nak jelas::

itu je yang aku mampu makan, itupun dah kenyang dengan tahpap menggila
kerang agak kemasinan, mungkin orang tu nak kahwin kali.

:: nak jugak berposing walau pun tau takkan nampak haper isk isk isk::

selesai makan encik abang ipar pandu kami ke jalan TAR, sesaja berjalan kat sana
sebab nya puan emak dan encik ayah tak pernah pergi jalan TAR
tapi masa tu pun kebanyakkan kedai memang dah tutup sebab dah satu pagi
yang paling best baju kurung cotton harga cuma rm35 je
sayangnya belum gaji, kalau tak memang aku rembat sehelai dua.
so malam tu hanya cuci mata jelah. lepas dah penat berjalan terus je balik.

notatangan:: teringin nak bersahur dan berbuka puasa bersama inchik chenta hati yang jauh diperantauan.