…RAMADHAN DATANG LAGI…

Salam ramadhan untuk semua umat islam. dah 2 ramadhan sudah kan? terasa cepat masa berlalu. alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur untuk bersama-sama menyambut bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ni. tahun ni sonok bangat bangat sebab dapat berpuasa bersama emak dan ayah, insyaAllah minggu depan dorang akan datang KL untuk berpuasa bersama, sambung dengan raya jugak dekat KL. pasrah jelah kalau dah dapat beraya kat KL ni… tak boleh la buat kuak lentang besar-besaran depan talibesen sebab sempit aja ruang rumah aku dan cik kakak ni. beraya kat KL tahun ni sebab cik kakak yang kedua dan cik abang yang sulung tak dapat nak bercuti tahun ni, komitmen terhadap kerja mengatasi keseronokkan untuk beraya. takpe takpe insyaAllah tahun depan masih ada.

semalam berpuasa sahur makan nasi bagai dengan sayur kangkung goreng belacan dan ayam goreng kunyit… wahhh meriah kan walau lauk hari ahad senanya, tapi engkau orang tahu aku berbuka dengan apa?? segelas jus limau sunquick, roti dua ketul, french fries dan kuih buah melaka atau nama glamernya onde onde yang diberi oleh jiran sebelah. sadis kan makan roti aja bukak pose! aku memang tak ada selera sesangat. awal-awal aku dah pesan kat kakak, tamau nasi tamau makanan berat. aku jemu tengok nasi..iskk tak baik betul kan? tak mensyukuri nikmat tuhan kasi namanya tuh.

manalah aku tak jemu, sepanjang minggu lepas, asik makan nasi kerja aku dah tu hari khamis tu dapat makan nasi beriani orang sekolah kakak bagi, jumaat aku tapaukan nasi dengan ayam bakar carpark, sabtu pulak keluar makan kat hartz(citer belum dapat diupdate akibat kemalasan yang melampau) perghhh memang lepas tuh muntah nasi dengan muntah ayam jelah. hari ahad lauk sahur aku isnin tulah. las las aku dah tak kuasa nak jamah nasi, better aku makan roti or megi. aku sanggup je. harini pon mungkin berbuka makan roti atau megi aja. 

kebetulan poser ni aku demam urat pulak, tambah sakit kepala dan sakit tekak. memanglah lemah longlai satu badan. ouhh ujian di bulan poser kan? moga-moga dengan ujian ini segala dosa-dosaku diampunkan. sesungguhnya aku pasrah dan redha.

ohya! hari ahad tu aku dan cik kakak ada g Giant nak cari barang keperluan untuk puasa…perghhh manusia kat dalam tu memanglah ramai tak hengat. nak berjalan punyalah susah. asik berlanggar aja, siap jem dalam kedai agy! sudahnya mampu beli 5-6 jenis barang je. huhuhu. takpelah memang we ols sebelum ni dah beli sikit-sikit keperluan dari hari khamis tu lagi dah. nasib la kan. yang aku pelik nya kalau muslim yang memenuhi pasaraya tu tak pelah jugak, ini dipenuhi dengan cina dan india. segelintirnya orang asing. tapi cina memanglah sangat ramai. peliks pulak aku ini saper yang nak sambut puasa ni, mentang mentanglah satu mesia, harus semua kaum la berpuasa ya, gitu?

untuk korang, selamatlah menjalani ibadah puasa ni dengan penuh takwa, sabar dan marilah bersama-sama mengejar kebaikan. semoga ramadhan ini hadir dengan penuh makna, mohon maaf atas segala silap dan salah atas perbuatan mahupun percakapan.

notatangan:: sudah-sudahlah menjadi silent reader tuh, mohla tinggalkan komen. isk!

14 thoughts on “…RAMADHAN DATANG LAGI…

    • ::zana:: wakakaka… adik akak like la statement anda nota kaki tangan… harus akak buat mcm tulah len kali. terasa erk? bukan utk kamo0, kamo0 kan selalu mgkomen…

  1. cik ieyza~bak kate anda.. diam itu indah.. tu yang ramai jd silent tu.. nk dapat keindahan wakakaka ;p (memanipulasikan ayat)

    • ::human:: amboi3, pandai napok menukarkan fakta ayat. Diam Itu Indah untuk orang yang mencerca kita… haiyaa… mana buleh cenggitu… ini tidak adil!! dum!! dum!! dum!! (hempok2 kusi)

  2. adeesSs.. terasa i tau!
    btw, yuyunk nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan kat yunk. ^_^

    ini ada nasihat sikit, kalau yunk tak tau nak makan apa, yuyunk nasihatkan yunk makan kurma je..

    • ::my inchik chenta hati:: terasa ke?? ouhh jadi selama ni sayang jd silent reader yeap? stalker ayang? tak baek tau yayunk ni T_T.
      memang dari awal ramadhan lagilah yunk duk makan kurma yayunk oit… tapi tak jadi apa pun… xleh nak kenyang jugak T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s