…SEKEMBALIAN DARI KAMPUNG…

(Entri dah berzaman, tak payahlah tulis tarikh sebab pasti engkau orang akan pengsan menengoknyer… ngeee)

Ritu cik kakak ada balik kampung tanam jagung *tipu* dia balik kampung sebab menghabiskan cuti-cuti sekolahnyer, maklumlah cek-e-gu memanglah sangat banyak dan bercuti lama tak hengat dunia. ayat aku sedang menjeles. kerana aku bekerja sebagai kerani cabuk dan peruntukkan cuti hanyalah 20 hari sahaja. wee~

balik ke KL ni, nahh juling biji mata melihat apa yang dia bawak balik dari kampung untuk aku. yang lain aku tak yahla tunjuk sebab dah biasa dan tak happening sangat. lagipun aku sempat snap dua gambar aja. sempat lah aku bertanya 

“mu balik kampung ke bercuti cuti melesia dekat obersea… banyaknya buah tangan”

yang menyebabkan aku nak share benda ni adalah disebabkan, pes time wei dia berbuah, dah empat tahun we olls tunggu untuk merasa buah dia, sekali dia berbuah jugak… tak salah aku adalah dalam 5-6 biji. dan yang paling best engkau orang pernah tengok kah buah mangga ada tiga layer didalam seperti ini?? mesti tak pernah kan? kan? kan? cakaplah tak pernah oke walaupun tipu ^_^

kedua best sebab buah dia sangat-sangat-sangat besar gedabak… satu setengah pembaris pendek… cuba engkau amik pembaris pendek sambung dua… besarkan?? penantian tak sia-sia. buah mangga kesayangan puan emak membuahkan hasil yang sangatlah lumayan. isi dia memanglah manis giler kat tengah luaran lemak-lemak gitu. haa susah tau nak cari mangga unik macam ni. ko hader??

selain tuh, yang paling best aku dapat ole-ole dari kampung iaitu kek Merry… bukan Merry Christmas tau, pejadahnya nak sambut Merry Christmas bagai tu. bukan agama aku pon. tapi sebahagian besar bahannya adalah daripada biskut marie, ditambah nenas kering… memang lah terbaekk.. makan sampai lupa dunia jap. *istighfar manyak manyak*

kalau ini macam punya buah tangan…cik kakak nak balik hari-hari kat kampung pon aku redha… muahahahha!! kejinyer!

notatangan:: air tangan ibu itu walau sesudu pun suapan, amatlah mengenyangkan ^_^, luv u mum… dad… and sistah!!

4 thoughts on “…SEKEMBALIAN DARI KAMPUNG…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s