…RAMADHAN:: UNCLE CHILLI’s…

*pictures credits to pokcik google*

:: gambar manusia di dalam gambar hanyalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan cerita kerana tiada gambar yang bersesuaian maka terpaksa menggunakan khidmat gambar ini~~harap maklum::

Tarikh:: 24hb August 2011

Masa:: 5.30 petang

Tempat:: Uncle Chilli’s Amcorp Mall, Petaling Jaya

— Not Suggested at Petaling Jaya —

Aku rasa semua penjawat awam pon tahu tarikh yang dimaksudkan itu adalah tarikh untuk bersuka ria
kerana kemasukkan gaji.
Jadinya aku dan rerakan (read: zana n wana) terus bercadang untuk berbuka bersama
pertama dan terakhir mungkin untuk ramadhan ini.

Makanya selepas tamat waktu bekerja, bertempiaran lah kami kami ini ke Amcorp mall sahaja
tiada lah terdaya kiranya hamba sahaya ini mahu berjalan dengan lebih jauh lagi.
Kalau ikut cadangan asal kami ingin berbuka di Kerinchi, namun memandangkan masing-masing
buntu memilih kedai terbaik disana kerana tak pernah menjejakkan kaki,
jadi pilih yang dekat pejabat sahajalah. tak payah pening pening kepala

Sampai di Amcorp lebih kurang jam 530 petang. sampai je terus reserved tempat di Uncle Chili’s
sekali order terus la senang untuk melancarkan masa masuk waktu berbuka nanti.
bila dah siap order dan booked tempat, kami bertiga berjalan di sekitar amcorp
yerla kan, tak kan la nak melango di dalam uncle chili’s itu
menghabiskan pahala puasa sahaja. napsu makan membuak-buak jadinya nanti
lebih kurang jam 715 petang kami terus masuk ke uncle Chili’s.

dan seperti yang ku jangka terjadi… tewas sekali lagi.. lalalalallalalala (lupa lirik)

1 – bayangkan dari jam 530pm order, jam 730pm masih belum dapat makanan, kami paling awal dan kami paling akhir yang dapat makanan. itupun setelah empat kali bertanya pada pekerja disitu. dan mereka langsung buat tidak tahu. boleh terlepas pandang? hebatkan?
semua yang datang kemudian sudah berbuka, dan kami bertiga masih terpinga-pinga.

2 – tiga kali bertanya dan tiada respon ataupun sebarang tindakan daripada pelayan disitu. masuk kali keempat baru ada orang yang mahu ambil peduli. itu pun muka memang selenga habis la time tu. bagus betul servis disini.
ya, aku tahu mereka memang sibuk waktu ini.. tapi we are da first customer who ordered the dishes and we get nothing. is it fair and square?

3 – oke katakanlah itu boleh diterima. tapi… pelayan yang hantar makanan setelah kami bengang, datang dan letak makan without saying nothing to us. no “im sorry miss””please enjoy your meal” or “we give you halfprice for our mistake”. NO. u got NOTHING! muka macam nak marah and blah macam tu aja. biadap? hello… say sorry je pon, tak perlukan modal seribu ringgit malaysia kot.

4 – kebanyakkan makanan dia memang masin, lori garam sedekah lima guni garam agaknya hari ini.

5 – servis memang hancur. masa mula-mula engkau sampai. layanan mereka adalah seperti engkau puteri kayangan. bila dah penuh kedai dia dan engkau masuk. mereka nampak kau macam sampah. usah kata pandang, jeling pon tidak kuasa. sebab tu panggil lima enam kali pon takde orang datang. memang aku sangat tidak puas hati. satu perkataan maaf pon tak ada. susah ke kita ni sebagai peniaga untuk berbudi bahasa. susah ke? budi bahasa budaya kita.

ini adalah kali pertama dan terakhir aku masuk uncle chili’s ni. lepas ni mintak ampun la. memang aku takkan masuk walau datang petala ketujuh. tak rela rasanya dilakukan sebegini seolah-olah kau miskin hina-dina. aku lebih suka atap-atap. servis cepat.. bagus.

mungkin ini hanya berlaku di petaling jaya sahaja. tapi aku tawar hati dah kot nak masuk mana-mana francis nya. aku boleh terima kalau engkau lambat, aku boleh faham. tapi bila kau takde cakap apa-apa dan perangai kau menyombong nak matik. itu adalah menjengkelkan.

bukan berniat untuk memburuk-burukkan mana mana pihak cuma ingin menyuarakan hak pengguna agar servis anda dapat dipertingkatkan lagi.

sekian, terima kasih.

One thought on “…RAMADHAN:: UNCLE CHILLI’s…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s