…REVIEW FILEM:: BINI-BINIKU GANGSTER…

hapdet banyak-banyak kasi korang muntah darah baca entri aku yang nan hado ni kan?

ritu keluar dengan kawan opis tengok filem BINI BINI KU GANGSTER ni, aku tatau pon dia amek tiket ni masa dia tanya aku pon, aku cakap belasah aja sebab aku memang tak update citer kat pawagam.

review aku:: bulehlah… nak kata bes pon tak de lah best giler giler punya, nak kata buruk pon tak adalah buruk sangat. lawak still lawak. nasib ada Yana Shamsuddin, sebab aku tak minat dengan Intan Ladyana tu (asal nama intan je ko nyampah kan?? hahahaha memang patutlah kut lalalallala) dan memang aku suka sangat tengok part Yana dengan Sam jadik suami isteri, sesuai dan nampak sangat comel!! “Sayang n Anje” so cute. Tak sangka aku boleh berlinang air mata masa melihat scene Yana beri kebenaran pada Sam untuk kahwen satu lagi… aishh memang tak sangka. malu dekat kawan opis sebab dia perasan mata aku berkaca kaca…hahaha… sabo jelah sesungguhnya hati ini sangat lembut. apa leh buat?

agak terpegun la bila dapat melihat seorang perempuan lemah lembut pakai skirt boleh lawan lawan, terjun sana sini walau hakikatnya bohongan semata kan? layankan jelah, kata pun filem … kang buat betul-betul kang aku pulak yang tak sanggup nak tengok. Dan watak intan ladyana dalam ini filem tidak digemari oleh aku… agak kejahatan pada mulanya. dia baik pon aku tak suka, buleh? kawan opis tak setuju ending dia, katanya macam ‘sampah’ dan bagi aku?? maybe la… aku juz harapkan ending dia Sam tu hanya milik Yana…huhuhu

okeh! 3 1/2 (tiga setengah) bintang for this film ^_^

~~i like Yana Shamsudin.. so cute!! ^_^ ~~

notatangan:: tingin nak tengok dream house (rasanya a horror film kan?)

Advertisements

…REVIEW FILEM:: HANTU BONCENG…

ouhh yeah macam biasa baru tergedik-gedik nak review sedangkan orang lain dah tengok… tak kira tak kira nak review jugak. emm aku dapat tengok filem hantu bonceng pun bukan pasal aku dengan rajin dan baik atinya pegi beli tiket wayang dan tengok dipagawam, sebab tade orang nak teman jadi malas nak golak sensorang tanpa ada yang sesama bergelakkan, buleh alasan cenggitu? aku tengok filem HANTU BONCENG ni pon pasal astro first ada siarkan. kebetulan pulak masa tu aku dan family tidur kat umah inchik abang, makanya dapat la melayan segala jenis filem yang dikuarkan sebab inchik abang banyak sangat duit nak melanggan. ngee~

okeh! back to the main topic. bagi aku citer ni simple dan kureng kelakar, tak ada lah boleh buat aku gelak terbahak bahak, cuma mampu gelak sipi sipi je… ada gak erk gelak macam tu dalam dunia ni? ramai orang dok gembar gemburkan yang citer dia memang best dan kelakar giler kan? tapi bagi aku biasa. kelakar tu bab zizan aja itupun kureng… aku pon tatau nape, tetiba tade perasaan bila tengok citer tu, maybe sebab aku berharap filem itu yang terbaik dan kelakar gila at the end, agak kecewa la. rasanya kelakar lagi hantu kak limah balik umah kan? (aku tatau aku tak tengok citer hantu kak limah ni)

mempersendakan agama? aku tak pasti tang mana? boleh gitau aku tang mana yang nampak mempersendakan agama tu?? masa dia bangun dari pengsan tu, mengucap lengkap aja… dan memang aku pernah dengar orang tua dulu dulu selalu gak pesan kalau nampak hantu ni telanjang kat dorang, nanti dorang jadi malu sendiri. aku tatau la pulak benda tu betul ke tidak tak pernah dibuat aku nak ehem ehem depan antu tu… giler apa… yang penting… aku tak pernah jumpa antu, uihh mintak simpang la malaikat 44. tak rela aku..

aku ni tak minat jue aziz tu, tapi dalam citer ni aku nampak dia comel sangat berganding dengan zizan… part paling best yang aku suka pasal dia bila zizan datang memujuk “baby…baby… baby…” dan jue jerit makhluk ciptaan tuhan yang haram tuh… comel comel. untuk filem ni aku bagi 3 bintang ^_^

…PABILA STRESS DICAMPUR TEMBAM…

ada kena mengena tak? ada tak? ada tak?
sebenarnya aku rasa tajuk diatas itu perlu diterbalikkan iaitu “PABILA TEMBAM DICAMPUR STRESS” okehh cenggini!
pabila orang sebut tembam korang mesti stress dan bila stress korang mesti tembam! yeahh teori tunggang terbalik tatau hujung pangkal! sebelum diri merasakan penangan ikon pangkah diklik mohla aku cerita apa yang sebenarnya. 

dah dua orang tegur aku “tembam” udah sekarang tak kurang lah ada yang bercakap penuh adat istiadat “badan sudah naik” yea yea aku ngaku memanglah aku rasa badan sudah sedikit naik (sedikit tuh… tak leh blah) sebab engkau orang bayangkanlah dah dua bulan aku duduk dengan mak aku…dan setiap hari itu jugaklah makanan wajib aku adalah nasik. berbeza dengan keadaan masa duduk dengan kakak, jangan haraplah engkau nak nampak muka nasik, sebulan sekali pon belum tentu. nak nak lagi masih dalam mo0d raya… memanglah! 

ramai orang suggest cara berdiet tapi engkau orang juga akan pelik bila aku keluarkan teori dan fakta cara aku makan, tapi badan masih gemukkss! cara makan aku simple.. memang aku tidak berdiet kaw kaw supaya aku tidak merasakan yang aku sedang menyeksa diri aku sendiri. 

pagi:: sarapan aku kuih tiga ketul/ nasi lemak / k.teow goreng. (slash itu “atau” oke bukan “dan” sila jangan silap pembacaan)

tengah hari:: kalau aku makan kuih tengah hari akan cuba ambil benda berat sedikit macam laksa/ mee sup/ nasi sesuku pinggan. kalau sarapan aku nasi lemak tengah hari akan cengkodok/ pisang goreng/ keropok leko.

petang:: mee/bihun/k.teow/roti dan sebagainya kecuali nasi bila duduk berdua dengan kakak. dan bila mak ada makan petang aku adalah nasi.

malam:: aku tiada istilah makan malam, makan aku akan stop jam 8pm… paling awal aku akan makan jam 6petang dan paling lewat jam 8malam. kemudian tiada lagi makanan selepas itu cumalah minum air, jika ada buah makan buah.

itu cara aku makan… pelik tak kalau aku kata aku gemuk? aku tembam? tak pelik??? sampai hati engkau orang kan? cam ni r kawan cam ni r… 

~ cer gitau aku… tembam ke macam ni? tembam  ke??? ohooii haruslah tidak tembam sebab ko amek gambar dari sipi!! huh lagipun ini bulan pose!~

yelah yelah ni gambo terbaru dari ladang aku.. eh apakah??

~ maaflah, bukan niat membuat kekelabuan pada gambo, tapi ini aja gambo terbaru yang aku ada. tu pun sipi jugerk… jadi gemok tak? gemok tak?~

notakakitangan:: yelah yelah tau aku temoks dan tembam dah sekarang ini dengan ini, berazam akan menurunkan berat badan bulan depan, mari kita chargas!!

…THANKS TO YOUR SUPPORT, LEBIU MUAH MUAH…

Hi followers, bloggers, stalkers and readers..

Here, juz to say “special thanks to all of you for ur support”!!

Terima kasih tidak terhingga sudi membaca belog picisan ini, lebih lebih terima kasih banyak banyak pada yang mengkomen. WordPress ada buat widget baru dimana engkau orang boleh tahu siapa top commenters engkau orang. so jom checkitdout siapa yang paling banyak memberi sumbangan pada belog picisan ini. Thanks a lot to my dear!

Nak lebih best, apakata siapa top commenters kali ni aku akan bagi cenderahati… ehh sesuai ke perkataan cenderahati tu? emmm maksud aku, aku akan bagi hadiah… amacam. tanda menghargai kesetiaan engkau orang kat belog ini. wink wink wink!

Jom tengok saper yang kena ^_^

Tempat Pertama :: Top Commenters

:: Cik Hazanah ~ 61 comments ::

congrate gurl!! u make it well!! muah muah… ti akak fikir kan hadiahnyer yeap?

Tempat Kedua

:: Puan Nickindajungle ~ 56 comments::

Tempat Ketiga

:: Puan Esarli Budak Baik ~ 45 Comments ::

Tempat Keempat

::Human ~ 22 comments ::

Tempat Kelima

::InChiK DNA ~ 13 Comments::

Tempat Keenam

::Cik Nadeyya Isnor ~ 12 comments::

Tempat Ketujuh

:: Puan Eby Safiah~ 11 comments::

Tempat Kelapan

::Haters @ Cik Kimono Jepon ~ 9 comments::

Tempat Kesembilan

:: Cik Pillow ~ 9 comments::

Tempat Kesepuluh

:: InchIK Mohammad Nazri ~ 6 comments::

tahniah kepada pengkomen terbanyak:: CIk Zana. hadiah akan diberikan tak lama lagi. nanti saya fikirkan dulu yeap nak kasi hadiah apa. ^_^

notatangan:: akan update lain jika ada perubahan top commenters pada bulan hadapan.

…REVIEW BLOG :: INCHIK CLUELESS MUMBLE…

Tarikh:: 07 September 2011

Masa:: 10.15 am

Tempat:: Depan PC Opis

setelah membuat regangan mulut dengan menguap berkali kali tanpa simpati sehingga mengalirkan air mata (bughok nau!) maka mengambil keputusan perlu membuat kerja berpaedah sedikit hari ini… iaitu belogwalking… jenjalan dan jenjalan menggunakan jejari dan tetikus maka tetiba terjumpa satu belog yang sangat cun melecun, mantop dan memang sangat sangat da bes. korang pon patut belog walking ke belog beliau ini. lukisan memanglah simple dan chantek dan kata-kata yang beliau tulis buat aku teruja sensorang… paling paling aku suka satu entri dia berkenaan ini ::

chare kan lukisan dia?? nak tengok lebih jelas dan nak baca entri entri beliau yang sangat menarik korang leh aja terus ke belog beliau, sebab bila aku besarkan gambo dia jadi kelabu so terus la klik kat gambo header dia ni.

~gambo header pong da comel tahap gaban kan??~

memang terbaekkk!! belog beliau sangat cool sebab tak perlu tulis penuh satu muka surat, cukup dengan ayat-ayat simple begitu dah terkesan dihati. keep up da g0od work bebeh!! aku memang suka giler dengan belog engkau! 

senanya aku ada mintak permission nak letak tentang beliau kat belog beliau tapi belom lagi sempat beliau memberi kata putus aku dah canangkan kepada warga warga kampung belog aku…sebab memang teruja nak kongsi dengan korang, tak pe ye inchik Aujinz… tak pe kan tak pe kan?? hehehe *muka bersalah*

oh ya! mekasih juga tidak terhingga buat cik Gadis Misteri sebab belog beliau lah aku leh kenal belog Clueless Mumble itu… thanks sesangat sudi buat review cenggitu jadi senang untuk aku belog walking… korang pon dipersilakan untuk jengguk2 belog beliau yang same- same suka melukis doodle itu… juz klik kat sini::

okeh dah abes review, ada belog belog menarik akan ku review kan lagi yeap. mengambil masa yang lama kerana aku tidak mudah untuk terjatuh cinta kat belog sensorang, ni dah memang jatuh chenta dengan belog CLUELESS MUMBLE itu… ngee~~ happy belogwalking guys!

notatangan:: sesaper tau belog menarik leh tinggalkan link untuk aku terjah

notatangan 2:: aku tidak tahu dia lelaki senanya… blom khatam belog dia kubaca… maaf ya maaf….. *termalu sendiri*