… INI TIDAK COOL …

seminggu dua ni memang rajin ber”blogwalking”. sambil itu rajin juga meninggalkan komen diman-mana yang sempat sambil-sambil juga melayan muka buku.
boleh dikatakan macam-macam cerita la aku dapat dan tak kurang juga benda yang menjengkelkan

1 – Melihat manusia yang kaumnya perempuan ini memakai tudung dengan bersanggul buatan sehingga sengaja dinampakkan bonggol dan juga mereka berbangga bergaya kiri dan kanan supaya bonggol dibelakang kepala seperti tumor otak yang membengkak besar itu jelas kelihatan. ouhh.. aku anggap engkau tidak tahu yang dalam Al Quran sudah tertulis bahawa diharamkan berpakaian seperti unta di padang pasir. sudahlah fesyen sekarang semakin pelik. ngeri!

sebijik sebijan sebijul.. se? se?

2 – Tak salah aku, ada terpandang satu post di muka bumu. bila melihat nya maka sangat teruja untuk memberi komen pada itu sambil sambil membuat entri. bergambar dengan mulut muncung.
ada yang mempersoalkan pasal mulut muncung yang dipanggil “camwhore” ini yang kalau aku gugel maksudnya berkamera/bergambar dengan gaya sundal.
ouh maaf andai bahasa adalah agak kasar.
tapi… tapi… bukankah bermulut muncung maksudnya “pout”?
apa kena mengena dengan camwhore? aku malas nak selak kamus, aku google search sahaja, tutup2 mata jugak sebab banyak betul gambar lucah yang menodai kesucian mata aku ni
dan antara banyak-banyak ada juga terselit gambar ini.

adakah gambar senyum secomel ini juga dipanggil camwhore?? maka korang jangan senyum selepas ini, muka haruslah masam bila mengambil gambo okeh! errr tapi bukan kah ini lebih kepada selfie?

cuma aku nak tegaskan adakah bila engkau senyum lebar tetap dilabel camwhore? jadi??? ahhh persetankan itu semua. peduli apa aku apa yang akan dicakapkan
tak luak apa apa pada aku. cuma tidak paham akan maksud dan memerlukan penjelasan.

3 – blog… aku rasa tidak perlu meletak widget sepenuh alam di blog. letak lagu contohnya.
bukan sebab aku jeles kau boleh letak lagu beratus-ratus sedangkan aku tak boleh. tapi pahamilah…
ia sangat annoyingggg dan memberatkan. lambat untuk loading page kau pada orang yang tiada kesabaran seperti aku ini.
tidak semua orang suka apa yang kau suka. jika… mak ayah aku dah tidur dengan lena dan aku pulak jenis yang berjaga malam sehingga larut, aku buka blog kau dan speaker yang aku terlupa untuk tutup suaranya itu berbunyi kut. lagu maha bingit itu memecah ruang. tak memasal aku terpaksa mendengar pakej leteran 3 hari 3 malam. tak pasal korang pon turut sama aku maki.

4 – Ini pula super annoying! come on… tak payah rasanya untuk susahkan aku… untuk susahkan reader kamu kamu dan kamu. aku super menyampah yang teramat sangat bila masuk blog kau orang dan keluar segala mak nenek, mak iinchik ini. aku tak boleh paham dan hadam. apa kejadah semua ini? sepuluh kami tekan next page. sepuluh kali nak keluar.

lepas tu masing-masing nanti claim.. alaaa blog aku suka hati aku la kan… kau tak nak jengah sila tekan butang pangkah. oke berlagak gila!

6 – satu lagi adalah mengenai pilihan warna. biarlah bersesuaian. jangan la letak warna hijau pucuk pisang sebagai warna latar… tulisan kelabu lak tu. mak aii, aku ni dahla ada migrain.

setakat ni dulu yang aku rasa tak cool bagi aku dan mungkin juga bagi semua orang. aku bukan nak mengutuk atau menyindir seolah-olah aku adalah blogger paling hebat setanding otai-otai. tidak… tapi aku punya niat yang baik untuk menjengah blog kalian. kalau aku blogger hebat takde de kuasa aku nak tulis semua ni sebab nak pergi blog kalian pon aku tak de masa. tetttt.

4 thoughts on “… INI TIDAK COOL …

    • ::lizz:: entahla macam2 maksud yang ada… nantilah saya try cari balik keratan yang mengatakan gadis2 yang mengambil gambo dgn muncung itik itu dipanggil camwhore dgn erti kata lain bergaya macam sun***
      saya pon xfaham kenapa dia pk macam tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s