…PABILA STRESS DICAMPUR TEMBAM…

ada kena mengena tak? ada tak? ada tak?
sebenarnya aku rasa tajuk diatas itu perlu diterbalikkan iaitu “PABILA TEMBAM DICAMPUR STRESS” okehh cenggini!
pabila orang sebut tembam korang mesti stress dan bila stress korang mesti tembam! yeahh teori tunggang terbalik tatau hujung pangkal! sebelum diri merasakan penangan ikon pangkah diklik mohla aku cerita apa yang sebenarnya. 

dah dua orang tegur aku “tembam” udah sekarang tak kurang lah ada yang bercakap penuh adat istiadat “badan sudah naik” yea yea aku ngaku memanglah aku rasa badan sudah sedikit naik (sedikit tuh… tak leh blah) sebab engkau orang bayangkanlah dah dua bulan aku duduk dengan mak aku…dan setiap hari itu jugaklah makanan wajib aku adalah nasik. berbeza dengan keadaan masa duduk dengan kakak, jangan haraplah engkau nak nampak muka nasik, sebulan sekali pon belum tentu. nak nak lagi masih dalam mo0d raya… memanglah! 

ramai orang suggest cara berdiet tapi engkau orang juga akan pelik bila aku keluarkan teori dan fakta cara aku makan, tapi badan masih gemukkss! cara makan aku simple.. memang aku tidak berdiet kaw kaw supaya aku tidak merasakan yang aku sedang menyeksa diri aku sendiri. 

pagi:: sarapan aku kuih tiga ketul/ nasi lemak / k.teow goreng. (slash itu “atau” oke bukan “dan” sila jangan silap pembacaan)

tengah hari:: kalau aku makan kuih tengah hari akan cuba ambil benda berat sedikit macam laksa/ mee sup/ nasi sesuku pinggan. kalau sarapan aku nasi lemak tengah hari akan cengkodok/ pisang goreng/ keropok leko.

petang:: mee/bihun/k.teow/roti dan sebagainya kecuali nasi bila duduk berdua dengan kakak. dan bila mak ada makan petang aku adalah nasi.

malam:: aku tiada istilah makan malam, makan aku akan stop jam 8pm… paling awal aku akan makan jam 6petang dan paling lewat jam 8malam. kemudian tiada lagi makanan selepas itu cumalah minum air, jika ada buah makan buah.

itu cara aku makan… pelik tak kalau aku kata aku gemuk? aku tembam? tak pelik??? sampai hati engkau orang kan? cam ni r kawan cam ni r… 

~ cer gitau aku… tembam ke macam ni? tembam  ke??? ohooii haruslah tidak tembam sebab ko amek gambar dari sipi!! huh lagipun ini bulan pose!~

yelah yelah ni gambo terbaru dari ladang aku.. eh apakah??

~ maaflah, bukan niat membuat kekelabuan pada gambo, tapi ini aja gambo terbaru yang aku ada. tu pun sipi jugerk… jadi gemok tak? gemok tak?~

notakakitangan:: yelah yelah tau aku temoks dan tembam dah sekarang ini dengan ini, berazam akan menurunkan berat badan bulan depan, mari kita chargas!!

5 thoughts on “…PABILA STRESS DICAMPUR TEMBAM…

    • ::human:: tekanan pada pipi?? apakah?? selalu orang menarik narik aja pipi ini supaya makin tembam harus bagaimana saya nak membuat tekanan..hukhukhuk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s