…RUPA-RUPANYA DIA DAH JANDA…

salam~

tetiba pulak aku baik aty bagai nak kasi salam kan? selalu main terjah je. tape tape aku sedang berusaha ke arah kebaikan~amin.

well, entri kali agak mengejut. mengejut? aku jelah kot yang mengejut dan terkejut… huhu. pes of all, korang kenai tak minah comel dibawah ini?

yea bagi aku dia comel dan namanya Wilma Muhammad, dia seorang artis. kalau korang ingat dia pernah berlakon dua filem aje kalau tak salah akulah; GHAZAL UNTUK RABIAH dan PASRAH. aku memang peminat dia, walau dia seksi dulu tapi aku suka dia sebab dia chantek dan sejak dia mendirikan rumah tangga aku bertambah minat sebab dia dah mula bertudung. seru sudah sampai…alhamdulillah~ 

tapi baru-baru ni kawan aku ada post something kat inbox fb aku, memang sangat terkejut comel sebab dia rupanya sudah menjanda atau dengan erti kata lain yang lebih manis dia sudah menjadi balu. tak sangka aku. citer suami dia dah meninggal ni pon dah lama dah bulan satu hari tu, suaminya seorang kaptain dan meninggal kerana terkena serangan jantung… nak tahu lebih lanjut boleh rujuk blog adik Wilma sendiri DISINI atau pun boleh juga di baca DISINI.

*comel giler anak dia yang perempuan rambut panjang tu*

apapun takziah kepada wilma, hurmmm aku baru tahu nak buat camne kan? semoga wilma tabah menghadapi hari mendatang. sesungguhnya Allah lebih menyayangi Kaptain Mahir dan Wilma sendiri kerana itu DIA memberikan ujian yang besar ini dengan mengambil orang yang paling kita sayangi.

notatangan:: yang hidup pasti mati. semoga rohnya ditempatkan disisi orang orang yang beriman dan dikasihiNya, amin~

…JUST A SIMPLE ENTRY TO LET U KNOW…

okeh! tajuk aja yang panjang, tapi entri adalah terlajak pendek. 

sebenarnya nak bagitahu aku dah empat hari berada di kampung halaman…
mau la tak besh balik kampung kan??? tak payah buat kerja kat opis.
tak payah jumpa manusia-manusia yang menyesakkan dada, akal dan jiwa
tak perlu nak pening-pening kepala.

aku ni dah lamaaaaaa tak balik ni, boleh dikatakan lupa daratan jugak walau bukan itu hakikatnya
ni alang-alang kakak aku tengah cuti sekolah maka menjoinkan diri untuk pulang ke pangkal jalan adalah harus!

dan disebabkan berada dikampung juga membuatkan aku malas yang amat untuk menghapdet entri, masa yang terluang hanya dihabiskan dengan menyembang dengan family (baca:: aku, emak, ayah dan kakak), mencuba berbagai jenis masakan dengan cik kakak, makan hingga tembam, tengok tibi dengan aksi kuak lentang bersama puan emak, ke pantai bersama keluarga, jenjalan dan bermain game… eh? yang tu pon kira masuk lah erk?? tetiba aku rasa teruja gila nak men game BIG FISH hohoho~

dah banyak mengarut aku nak berenti dulu, ada beberapa citer aku nak update tapi biarlah di next entri okeh? sebab aku nak tulis pelan pelan kerana tahap kerajinan jatuh merundum! hohoho~ so motip buat entri kali ini juz nak nyatakan aku masih idup dan aku ada di kampung… kui kui kui *sila lempang secara berjemaah*

*muka selenga di pagi hari, yaw!*

notatangan:: ada tiga entri masih dalam Q list… harap aku bertabah untuk menaip~~

…PERLU BERMULA DARI SEKARANG…

apa yang perlu dimulakan?? jeng jeng jeng…. ianya adalah….

MARILAH MULA MENABUNG…

impian macam anak anak kecik yang suka masukkan siling dalam tabung gajah GIRO sebab nak dengar muziknya, maka tiap tiap hari perlulah memasukkan duit syiling ke dalam sehinggalah rosak berhenti berlagu dan engkau dah boring sebab dah tak berbunyi maka berhenti menabung. okeh stop. cukup disitu. sebab aku sorang je buat macam tu orang lain gigih je menabung sampai sekarang. ngee~

~~terpaksa mengambil gambar yang ada tulisan kerana hanya satu je gambar tabung gajah didalam google images~~

dan sekarang bila dah tua bangka macam ni rasanya macam aku nak setat menabung balik, memasukkan syiling syiling yang ada tanpa menggunakannya. kerana sekarang walau sesen pon sangat berharga bilamana engkau rasa sangat sengkek, gaji tak cukup ditambah engkau boros dan ditambah lagi orang menipu duit engkau yang bukan ribu riban tapi puluh ribu riban *sigh*

jadi rasanya from now on aku kena menabung bila aku dah sedar yang aku ni suka giler berbelanja macam ada RM1,000 dalam tangan sedangkan RM100 pon tak sampai dalam wallet -..- dan juga aku banyak hutang… hohoho. hutang kena lunaskan, itu aku tau makanya perlu menyimpan supaya dapat membayar hutang walaupun 2 kali setahun. engkau paham ke apa aku sedang bebelkan ni??? tak paham?? okeh duduk dendiam! 

jadi apa lagi? mari kita menabung untuk kesejahteraan berbelanja di akhir tahun kerana banyak supermarket akan buat sales akhir tahun… eh??

~~aku nak yang number 6 !! nak! nak! sangat comel!! comel??~~

notatangan:: entri yang pada mulanya hanya dirangka pendek dalam minda dah menjadi panjang bila aku mula menaip, itulah sebabnya kerana aku tak bijak dalam percakapan hanya bijak didalam penulis. hohoho.

notatangan 1:: besnya kalau aku pandai letak nuffnang penjana pendapatan itu dekat wordpress ini T_T

 

…ON DIS DAY:: 17-OCTOBER-2011…

happy birthday to you 

happy birthday to you

happy birthday to miss nuriza

happy birthday to you!

huahuahua meroyan haper ntah nyanyi lagu besday untuk diri sendiri… isk isk isk sadis tol bila dah tua tua macam ni, tade dah mak ayah nak wished besday bila bangun tido pepagi buta, tade dah suprised party dari family, hadiah hadiah istimewa bagai…uhukuhukuhuk… sedih kan?? yang ada hanyalah wished besday kt muka buku itupun berapa kerat je… kawan 300 orang yang wished tak sampai 100 muahahha.. tade lah aku tak mengharapkan pape pon, tak kisah pon senanya, dah tua tua macam ni (dah 26tahun layak kah dipanggil tua? tape aku sedor diri) cuma rasa bahagia sangat bila ada orang still ingat, walau senanya dorang tak ingat pon dah ada tulis reminder kat tepi muka buku haruslah berkoyan koyan wished kan? cuba aku tak letak besday aku… korang rasa ada tk yang nak wished? ada?? ha’ah diri aku sendiri jelah… muahahaha!! one day aku nak buat sengal macam tu lah hokey jugak kan?? 

pape pon thanks sangat sangat yang rajin nak ucap selamat hari jadi untuk aku, sama ada korang egat atau senanya memang tk ingat langsung tp dah terpampang tarikh depan mata, xkisahlah aku sangat sangat hargainya… terima kasih jugak buat adik Hazanah Hanafi orang yang first kasi aku hadiah, nanti aku upload gambarnya dan terima kasih yang tak terhingga buat kawan baik aku puan Sharifah Faezah Balqis and Mr DNA, sebab jadik orang pertama yang wished besday aku… sorang terawal sebab ikut jam Aussie dan sorang lagi tepat jam 12tengah malam. tengss alot!! aku sayang kalian semua!! muah muah muah… pelok ciyom!!

notatangan:: pada yang kasi hadiah, tengss! aku sangat hargai nanti aku upload sesaper yang kasik hadiah sepanjang bulan ni oke… tengss sesangat, tanda aku sangat menghargai kalian!

…THE WINNER GOES TO…

Dummm…dummm..dummm *bunyi orang ketuk gendang*

eh ni pe citer senanya ni??? oke korang ada egat lagi tak aku ada anjurkan contest TAGGING FROM MS IEYZA… *contest la sangat* dimana aku anjurkan untuk kawan kawan terdekat aja, tujuannya untuk menghargai sahabat yang mengenali aku secara mendalam wahhh gitu tak boleh blah ayatnya tu kan?

okeh tamau citer panjang aku juz nak umumkan pemenang… jeng jeng jeng…

CIK QASEH GEBU.. eh?? salah salah CIK QASEH LITTLEDAISYPOT… *clap!clap!clap!*

sebab aku pilih? jawapan dia agak menepati apa yang ditanya ^_^ 

sepatutnya sorang pemenang aja tapi tergerak hati tiba tiba nak kasi sorang lagi menang, pemenang ni dipilih atas dasar kreativiti menjawab soalan bila aku baca dengan cik kakak, maka dia aku pertimbangkan untuk terima adiah saguhati sebabnya cik kakak kata::

1) kesian dia taip panjang lebor, usaha menerangkan dengan gigih

2) ayat dia memang klaka tak boleh blah

jadi orang yang bertuah itu sape?? jeng jeng jeng ini dia

CIK NICKINDAJUNGLE

apapun terima kasih banyak banyak kepada siapa yang sudi menjawab tag ini dan tak berjaya nanti kalau rajin ai buat lagi tp takut u olls pulak yang malas nk jawab… camne tuh? muahahaha

hadiah dia harap kamo0 berdua yang chantek manis ini bersabar yeap… eza akan kasi, tapi kesuntukkan masa sangat sangat sekarang sebabnya eza betul betul bizi ujung tahun macam ni. eza tak lupa hadiah tu… eza akan kasi yeap… nanti apa apa perkembangan eza akan bagitahu kalian berdua… dan minta maaf, hadiah tak adalah semahal dan segrand mana, yang penting ikhlas dan eza egat kat korang kan?? hope korang akan suka dengan hadiah yang eza pilih nanti.

kalau korang yang jawab tag ni rajin silalah ambil award ini… korang pilihlah yang mana berkenan dihati ^_^

okeh, guys have a nice day ^_^