…REVIEW FILEM:: AKU BUKAN TOMBOY…

Hari tu menyempat menengok filem Aku Bukan Tomboy lakonan Scha Al-Yahya, Shamsul Yusof dan Shaheizy Sam.

Review aku:-

Bagi aku citer arahan Shamsul Yusof ni boleh tahan, walau jalan ceritanya biasa biasa tapi memang kelakar gila. pecah kotak suara aku gelak gelak. belum pecah lagi la saja aku buat ayat hiperbola.  setiap watak yang digarap dalam citer memang kelakar dari watak utama sampailah watak sampingan memang superb, masing masing berikan komitmen yang baik. bagi aku Scha memang sesuai pegang watak tomboy sebab perwatakan dia memang kasar dan suara memang dah garau. best.

:: Scha yang memegang watak Farisha (Isha), gadis tomboy… comel kan?::

watak Shahiezy Sam sebagai Harry sangat kelakar oke. sangat! best woo kalau dapat kawan cam tu, tiap tiap ari kenyang dengan gelak aja. Bagi aku watak Shahiezy ni yang menghidupkan cerita ni. kalau dia tak ada aku rasa agak hambar la. sebab dia je yang paling kelakar dalam ni. mimik muka dan gaya percakapan memang sangat lawak.

then watak pengkid-pengkid dalam tu memang menjadi nak nak lagi Salina Saibi waktu dia pakai spek memang macam jantan (bila buang spek agak hanco,haha) aku tak suspect pon itu dia aku ingat si joker (panggilan untuk zarina sebab aku tak minat dia) rupanya salina, tapi aku paling tabik spring kat anak Hasnah Hamid  si Sheera Iskandar tu, memang terbaik, sejibik dah pengkid.

watak Eira Syazira, aku rasa dia tak sesuai jadi jahat macam tu… mengada ngada… bukan watak dia berjaya jadi mengada ngada tapi aku meluat sebab seorang anak manja, anak orang kaya, gediks memang kena cakap tempik tempik macam tu ke? pastu memek muka macam sangat over je? aku pon manja n gediks gak tapi tak macam tu pon..eh? even ini filem komedi aku rasa tak perlu over sampai macam tu. tapi sebenarnya aku memang minat kat Eira Syazira ni.

bagi aku, Shamsul Yusof berjaya mengarahkan filem komedi dengan baik bagi seorang amatur, ini filem komedi pertama dia kan so kira amatur la tuh. kalau filem gangster gangster, hantu hantu ni dia dah memang terrer tayah cakap pape la. dan aku bagi 3 bintang untuk filem ni kerana lawaknya, jalan cerita? biasa biasa sahaja.

notatangan:: aku dok tengok filem filem ni semua kat pawagam atau bukan pawagam bukan sebab aku dah kaya sangat, dah ‘nampak macam banyak duit sangat’ tapi ni semua orang seponsor, aku? pegi dan duduk kat kerusi aja. so tak payahla engkau nak cakap aku “NAMPAK MACAM AKAK TENGAH BANYAK DUIT” . harap maklum

Advertisements

…MELIHAT SESUATU TENTANG KAMU, SUDAH MAMPU MEMBAHAGIAKAN…

Tarikh:: 09 November 2011

Masa:: 10:45am

Tempat:: Office

Dah tiga hari demam tak kebah kebah sebab dah tiga malam menangis tanpa henti.
sudah tiga hari juga sakit kepala macam nak pecah rasa cam nak hantuk kat dinding.
dan sudah tiga hari juga tidak makan selera tidak ada.

adakala rasa macam orang gila, mencuba untuk mencari cara mengcontact kamu.
mesej – pending, telefon – tidak dapat dihubungi, facebook – tidak aktif. yea sudah macam orang gila.

selalunya kamu yang risau sangat pasal diri ini kan? kalau dapat tahu je saya demam…
hurmmm tak henti hentilah bebelan kamu suruh saya makan ubat selagi tak makan…
tahan telinga dan mata jelah mendengar dan membaca.
mesej kat facebook tayah cakap la berjela jela…sweetkan?
itu baru nak demam, ni dah tiga hari sakit… tapi tak ada yang ambil tahu ^_^
rasa sunyi tak mendengar bebelan kamu. mata pun dah bengkak asik menangis dan menangis.
semua gambar, komen, mesej kat fb kamu semua saya baca balik… hisshh memang dah gila!
akhirnya hari ini tergerak hati untuk membuka blog kamu, ya! kamu update… alhamdulillah…
melihat kamu menghapdet belog kamu sudah cukup membahagiakan diri saya…
sekurang-kurangnya saya tahu kamu selamat sampai walau kamu sebenarnya pulang dengan hati yang tak tenang menerima mesej dari saya. 

saya tahu kamu marah, saya tahu kamu sakit hati…
tapi nafsu mengatasi akal tidak dapat berfikir panjang, tanpa kita tahu kita sedang melukakan hati seseorang.
saya bahagia kalau kamu bahagia, saya tak kisah langsung…
saya gembira kamu berbaik dengan dia, saya tumpang bahagia.
tapi tak perlu menipu saya. saya sudah belajar tabah untuk menerima hakikat.
tapi kamu masih tidak yakin.
31 december 2011 tinggal sebulan je lagikan… tapi tak ada yang berubah buat masa ni.
semuanya makin baik. saya terima jika 31 december 2011 bakal berlalu macam tu aja.
nak kata saya tak sayang? tuhan aja yang tahu hakikat sebenar. saya tak boleh ukur, kamu boleh ukur? kamu? kamu? buleh? saya sudah cuba untuk buat yang terbaik tapi macam semuanya tak menjadi!

tak ada niat nak menceritakan di entri tapi ini saja medium untuk meluahkan perasaan.
namun, hari ini saya cukup bahagia mengetahui kamu selamat.
sekarang pun dah rasa perit jerih dan perih kehilangan kamu kan? nanges tiap tiap hari..
tidur tak tau pukul berapa…. baru sekarang… selepas 31 december 2011 nanti macam mana lah agaknya keadaan saya? mau jadi buta… hurmm… semoga kamu temui kebahagiaan buat kamu.
saya bukan manusia yang layak tuk bahagiakan kamu. langsung tidak…
maafkan saya atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan ada sama sengaja atau tidak.
cinta dan sayang saya? biar Allah je yang tahu. 

mencari kembali kekuatan dalam diri untuk menempuh hari yang mendatang tanpa kamu. saya doakan kamu bahagia walau dengan siapa pun kamu berada.

notatangan:: betul kata orang~kita akan mula menghargai sesuatu/seseorang itu bila dia sudah hilang dari kita.

…ORANG RAYA HAJI. AKU? RAYA DEEPAVALI?…

Tarikh:: 24-October-2011

Masa:: 6.00am

Tempat:: Sentul –> Kuala Terengganu

sebab tajuk cenggitu? yea… raya aji tidak balik ke kampung halaman, hanya beraya berdua bersama cik kakak di sentul T_T tapi deepavali aritu aku balik kampung seminggu hohoho macam aku lak yang nak beraya kan?

lepas subuh macam biasa bertolak dari sentul ke kuala terengganu lebih kurang dalam jam 12 pm gitu dh sampai. 6 jam perjalanan yang memenatkan walaupun hanya sebagai seorang penumpang dikerusi kiri… hohoho.

*ditemani kabus yang tebal menggila sampai tak nampak jalan*

balik ni macam macam makanan yang dicuba oleh cik kakak, maka aku, puan emak dan inchik ayah pon dah bersedia menambah berat badan… errr naik dua kilo ^_^ hehehe (tutup muka dengan tangan… malu) yang paling best dapat makan laksam

selain tu dapat bercanda ria di tepi pantai area besut…gila semangat nak ke pantai kan? sampai ke besut perginya… jauh giler nak bercanda ria pon. sempat kutip remis. engkau orang tau remis? ni gambar adalah seperti dibawah. susah giler tau nak cari remis ni sebab ombak kuat sangat, air pulak tengah pasang…. dapat sikit seceot je… huhuhu

balik ke terengganu hujan sepanjang hari dari pagi sampai lah ke malam, maklumlah kan dah nak sampai musim tengkujuh. nak balik tu sempat buat biskut cornflakes untuk dikunyah semasa lapang masa keboringan dirumah sentul. seminggu ada kat kampung terpaksa balik T_T huhhuhu. esok keje! ouhhh ouhhh!

*biskut badam cornflakes buatan cik ieyza dan cik kakak*

*terowong kuantan*

*muka suci giler, tade makeup langsung walau bedak nyonya*

notatangan:: entri busan dari seorang blogger yang malas nak hapdet tapi terpaksa hapdet jugak sebelum raya haji supaya entri lebih tersusun (sila lempang)

…SUPER SPECIAL?…

Tarikh:: 03-November-2011

Masa:: 4.30pm

Tempat:: Didepan pc~

seperti yang dijanjikan nak update hadiah hadiah yang orang kasi ^_^  rasanya dah tak ada kot yang nak kasi adiah kat aku yang tak memang tak glamer ni kan? so memadailah tiga hadiah itu pun…

okeh pes of all, thanks to adik Hazanah Hanafi for da present. orang pertama yang kasi aku hadiah… huhuhu terharu terharu… hadiah beliau berbentuk mug.. wink wink wink

*mug munge munge pemberian adik zana, ada chance jadi minah munge aku cenggini*

then malam esoknya… inchik chenta hati ada datang kesini semata mata nak sambut besday cik manje yang banyak karenah ni.. muahahah… suprise! suprise! dia datang ambik aku dan bawak pegi makan kat secret recipe~ tempat yang aku idam idamkan nak makan~~ hohoho… tapi lepas ni memang tobat tak jejak makan dah… sebab… nanti aku citer dengan versi bergambar yeap.. kitaorang pegi secret recipe yang dekat dekat dengan sentul je.. maklumlah hari dah malam sangat, aku pun esoknya keje, dia pulak kena balik untuk bekerja jugak.

*depan:: kek indulgence chocolate, belakang:: rasberry haper ntah nama dia*

sumpah muak! lepas ni silalah jangan bagi lagi aku kek secret recipe… tak tertelan wei! huhuhu… manis tu dah satu hal… muak wei, aku makan separuh je tak boleh nak habiskan. huhuhu. tamau dah mintak kek SR ni.

*yang ni satu lagi makanan yang aku tak hengat nama dia… nasi goreng haper ntah dengan sate… *

inchik chenta hati kata nasi dia tak rasa apa, tawar kalau tak salah aku… aku tak rasa pon sebab perut sudah full tank. cuma aku sempat merasa sate ayam dia.. sedap! muahahahha

*fish n chips ~ yang ni je makanan yang aku egat namanya… muahahaha*

pun tak shedap! bagi aku sangat tidak sedap setakat ikan celop tepung then goreng aku pon boleh buat, lagi sedap dari ni… huh~ so tak mau dah makan.

oke itu adalah antara sebab sebab aku dah tamau ke SR, tak best mana pon. kek dia pon buat aku cepat muak… huhuhu, ingatkan cambest sangat la kan? indah khabar dari rupa ni.

*air chocolate haper menda ntah n ice lemon tea*

pelikkan? kalau tang makanan aku semua benda aku ingat tapi kalau makanan orang lain air pon aku tatau air apa… muahahaha! yelah air aku paling senang kot… tade bahasa bahasa yang menggeliatkan lidah. air dia okeyla not bad cuma ice lemon tea aku tawar setawar tawarnya… huhu… tapi aku boleh terima sebab aku dah makan benda yang manis manis kan?

kesimpulan, itulah antara sebab musabab kenapa aku dah tak rela nak ke SR. so lepas ni siapa siapa yang nak celebrated besday aku sila bawak aku ke Pizza Hut je… ngee tu jelah pon boleh masuk dengan tekak aku… KRR pon tak leh masuk tekak.

*natural beauty? muahahha*

then abes makan dok sembang sembang kejap then dia anta aku balik sebelum tu sempat bagi hadiah… errr.. hadiah… kenapa mahal sangat T_T tak pernah orang kasi hadiah semahal ini, takut aku nak terima. hurmmm aku takut andai sesuatu terjadi nanti macam mana? ungkit mengungkiti? hurmmm…

*Rantai emas putih berloketkan berlian*

Cik kakak pulak ada belikan baju untuk aku, tapi baju tu aku lom cuba lagi so masih tidak dapat mengambil gambar dan tidak dapat menghaploadnya. ti aku update kan jelah kalau aku dah ambik gambar hokey?

pape pon aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat kalian semua… sangat sangat terharu dengan apa yang korang telah berikan, terima kasih kerana ikhlas buat kat aku semua benda ni.

Sayang korang ketat-ketat…. huhuhu

notatangan:: puan emak kasi duit… ingat nak beli mp3/mp4 lah.. buleh tak dapat dengan rm100 :p

…REVIEW FILEM:: REAL STEEL…

Tarikh:: 22 Oktober 2011

Masa:: 1.25pm

Tempat:: Mid Valley Megamall

Saper pernah tengok cerita ini sila angkat tangan tinggi tinggi, siapa yang mengaku cerita ini best sila angkat keyboard tinggi tinggi pastu baling ke bawah…motip?

memandangkan tarikh sudah berkurun pergi menonton baru sempat nak update sebab kemalasan berada di kampung, maka sekarang perlu update jugak sebab nanti aku sendiri dah lupa yang aku pernah tengok ini filem -..-‘

Review aku:: Sangat best! hohohoho… nampaknya aku ni dah menghadapi simpton simpton berjiwa robot! bagi aku memang citer dia bes, aku paling suka masa budak yang berlakon jadi anak Hugh Jackman iaitu Dakota Goyo dah dapat robot sendiri… yang diberi nama ATOM

perghh hebat giler budak kenit itu menari dengan robot dia. sekali robot dia pon dah menari samer, engkau orang ingat senang nak buat citer robot menari?? *aku ada cari jugak gambar mereka menari tapi tak jumpa dan aku pun dah malas nak godek*.

bukan senang wei nak buat citer robot macam ni. aku tak terkata kata ni sebab aku sendiri tatau nak komen camne, bagi yang menonton tu taulah dan bagi yang tidak, pergilah menonton… kalau tade beli je CD *cetak rompak kan banyak* wakakaka! tak pon korang download je. apa yang penting aku juz nak beritahu CITER INI BEST!! tak rugi menonton, aku paling minat robot budak kenit itu. sayangnya dia punya ending kurang menarik, tapi robot jepun itu memang superb power der, tak salah aku nama dia ZEUS kan? (haaa kan dah cakap aku ni nyanyuks)

pape pon aku buleh terimala ending dia sebab camne pon dia sudah menang dihati peminat dia… hoyehhh!! bahagia bila melihat sang ayah cuba memenangi pertandingan bertinju antara robot ini demi anaknya itu. yang penting budak itu cute!! 

*comey kan budak ini :: DAKOTA GOYO*

itu saja review pendek dari aku, aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. TERBAIK!

notatangan:: nak tengok citer DON’T BE AFRAID OF THE DARK buleh tak? ngeee~~