…MELIHAT SESUATU TENTANG KAMU, SUDAH MAMPU MEMBAHAGIAKAN…

Tarikh:: 09 November 2011

Masa:: 10:45am

Tempat:: Office

Dah tiga hari demam tak kebah kebah sebab dah tiga malam menangis tanpa henti.
sudah tiga hari juga sakit kepala macam nak pecah rasa cam nak hantuk kat dinding.
dan sudah tiga hari juga tidak makan selera tidak ada.

adakala rasa macam orang gila, mencuba untuk mencari cara mengcontact kamu.
mesej – pending, telefon – tidak dapat dihubungi, facebook – tidak aktif. yea sudah macam orang gila.

selalunya kamu yang risau sangat pasal diri ini kan? kalau dapat tahu je saya demam…
hurmmm tak henti hentilah bebelan kamu suruh saya makan ubat selagi tak makan…
tahan telinga dan mata jelah mendengar dan membaca.
mesej kat facebook tayah cakap la berjela jela…sweetkan?
itu baru nak demam, ni dah tiga hari sakit… tapi tak ada yang ambil tahu ^_^
rasa sunyi tak mendengar bebelan kamu. mata pun dah bengkak asik menangis dan menangis.
semua gambar, komen, mesej kat fb kamu semua saya baca balik… hisshh memang dah gila!
akhirnya hari ini tergerak hati untuk membuka blog kamu, ya! kamu update… alhamdulillah…
melihat kamu menghapdet belog kamu sudah cukup membahagiakan diri saya…
sekurang-kurangnya saya tahu kamu selamat sampai walau kamu sebenarnya pulang dengan hati yang tak tenang menerima mesej dari saya. 

saya tahu kamu marah, saya tahu kamu sakit hati…
tapi nafsu mengatasi akal tidak dapat berfikir panjang, tanpa kita tahu kita sedang melukakan hati seseorang.
saya bahagia kalau kamu bahagia, saya tak kisah langsung…
saya gembira kamu berbaik dengan dia, saya tumpang bahagia.
tapi tak perlu menipu saya. saya sudah belajar tabah untuk menerima hakikat.
tapi kamu masih tidak yakin.
31 december 2011 tinggal sebulan je lagikan… tapi tak ada yang berubah buat masa ni.
semuanya makin baik. saya terima jika 31 december 2011 bakal berlalu macam tu aja.
nak kata saya tak sayang? tuhan aja yang tahu hakikat sebenar. saya tak boleh ukur, kamu boleh ukur? kamu? kamu? buleh? saya sudah cuba untuk buat yang terbaik tapi macam semuanya tak menjadi!

tak ada niat nak menceritakan di entri tapi ini saja medium untuk meluahkan perasaan.
namun, hari ini saya cukup bahagia mengetahui kamu selamat.
sekarang pun dah rasa perit jerih dan perih kehilangan kamu kan? nanges tiap tiap hari..
tidur tak tau pukul berapa…. baru sekarang… selepas 31 december 2011 nanti macam mana lah agaknya keadaan saya? mau jadi buta… hurmm… semoga kamu temui kebahagiaan buat kamu.
saya bukan manusia yang layak tuk bahagiakan kamu. langsung tidak…
maafkan saya atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan ada sama sengaja atau tidak.
cinta dan sayang saya? biar Allah je yang tahu. 

mencari kembali kekuatan dalam diri untuk menempuh hari yang mendatang tanpa kamu. saya doakan kamu bahagia walau dengan siapa pun kamu berada.

notatangan:: betul kata orang~kita akan mula menghargai sesuatu/seseorang itu bila dia sudah hilang dari kita.

One thought on “…MELIHAT SESUATU TENTANG KAMU, SUDAH MAMPU MEMBAHAGIAKAN…

  1. kalau die bukan untuk kite, bersabar lah… lebih mudah melafazkan dr menzahirkan..
    semoga tuan tanah tabah hadapi segala dugaan nya…
    tanda Allah masih igt pd hambanya adalah dgn ujian2 yg di turunkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s