…REVIEW FILEM:: AKU BUKAN TOMBOY…

Hari tu menyempat menengok filem Aku Bukan Tomboy lakonan Scha Al-Yahya, Shamsul Yusof dan Shaheizy Sam.

Review aku:-

Bagi aku citer arahan Shamsul Yusof ni boleh tahan, walau jalan ceritanya biasa biasa tapi memang kelakar gila. pecah kotak suara aku gelak gelak. belum pecah lagi la saja aku buat ayat hiperbola.  setiap watak yang digarap dalam citer memang kelakar dari watak utama sampailah watak sampingan memang superb, masing masing berikan komitmen yang baik. bagi aku Scha memang sesuai pegang watak tomboy sebab perwatakan dia memang kasar dan suara memang dah garau. best.

:: Scha yang memegang watak Farisha (Isha), gadis tomboy… comel kan?::

watak Shahiezy Sam sebagai Harry sangat kelakar oke. sangat! best woo kalau dapat kawan cam tu, tiap tiap ari kenyang dengan gelak aja. Bagi aku watak Shahiezy ni yang menghidupkan cerita ni. kalau dia tak ada aku rasa agak hambar la. sebab dia je yang paling kelakar dalam ni. mimik muka dan gaya percakapan memang sangat lawak.

then watak pengkid-pengkid dalam tu memang menjadi nak nak lagi Salina Saibi waktu dia pakai spek memang macam jantan (bila buang spek agak hanco,haha) aku tak suspect pon itu dia aku ingat si joker (panggilan untuk zarina sebab aku tak minat dia) rupanya salina, tapi aku paling tabik spring kat anak Hasnah Hamid  si Sheera Iskandar tu, memang terbaik, sejibik dah pengkid.

watak Eira Syazira, aku rasa dia tak sesuai jadi jahat macam tu… mengada ngada… bukan watak dia berjaya jadi mengada ngada tapi aku meluat sebab seorang anak manja, anak orang kaya, gediks memang kena cakap tempik tempik macam tu ke? pastu memek muka macam sangat over je? aku pon manja n gediks gak tapi tak macam tu pon..eh? even ini filem komedi aku rasa tak perlu over sampai macam tu. tapi sebenarnya aku memang minat kat Eira Syazira ni.

bagi aku, Shamsul Yusof berjaya mengarahkan filem komedi dengan baik bagi seorang amatur, ini filem komedi pertama dia kan so kira amatur la tuh. kalau filem gangster gangster, hantu hantu ni dia dah memang terrer tayah cakap pape la. dan aku bagi 3 bintang untuk filem ni kerana lawaknya, jalan cerita? biasa biasa sahaja.

notatangan:: aku dok tengok filem filem ni semua kat pawagam atau bukan pawagam bukan sebab aku dah kaya sangat, dah ‘nampak macam banyak duit sangat’ tapi ni semua orang seponsor, aku? pegi dan duduk kat kerusi aja. so tak payahla engkau nak cakap aku “NAMPAK MACAM AKAK TENGAH BANYAK DUIT” . harap maklum

2 thoughts on “…REVIEW FILEM:: AKU BUKAN TOMBOY…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s