…HARI YANG MALANG BAGI AKU. OK TAPE FINE!…

Date:: 21 Disember 2011

Masa:: From Am to Pm

Tempat:: Seperti yang dinyatakan dibawah….

Apa kena ntah dengan aku harini. Rasa bodoh semacam je. Adakah hari ini adalah hari kebodohan aku? entah tak pasti pulak, tapi memang harini aku rasa sengal yang amat. Juz a simple entry sebab aku memang tak nak update lagi buat masa ni sebab tahap kelembaban internet tak ada tolok bandingan dah, tapi kena update juga sebab aku nak lepaskan semua rasa bodoh aku ni!!

Dalam jam 12.15pm gitu aku pergi pejabat pos di amcorp mall petaling jaya. sebab utama pergi buku ASB aku hilang… lepas tu nak anta surat urgent dan ubat melalui post ekpress, oke. Pergi dengan semangat nya lah ni dengan harapan dapat hantar surat urgent tu dengan kadar segera dah nama pon urgent kan? so beli lah sampul pos ekpress tu sekali surat tu aku tak bawak pergi tinggal chantek punya kat opis…lipat-lipat selit kat meja. Jadi apa engkau harapkan waktu itu wahai cik ieyza??? Dengan harapan surat tu jalan kedek kedek ikut belakang engkau sendiri masa engkau mula melangkah kuar dari pejabat tu? macam tu? Bodoh tak ada kompromi oke!

Balik opis, dah tamat waktu bekerja. Jalan laju laju sebab dah kul 5.30pm nak kejar komuter kat KL Sentral jam 5.45pm. Balik tu “pas” keje tak diangkut sama, sekali dengan pas keje ada bersama touch n go. so? engkau balik lenggang kangkung la jawabnya kan? dengan harapan?? bila engkau sampai LRT tunjuk muka aja orang dah bagi ko lalu percuma tak payah bayar pape, gitu? -..-‘ memang boleh aja nak guna cash money, beli token la kan tapi seyes aku memang tamau guna cash money sebab kena beli token guna mesin. Sudahla aku sendiri dah sedar akan kebodohan pada hari itu tak perlu lah aku nak kongsi reramai kan? tak memasal kena patah balik kan….bagus. Kalau pakai kad je macam dulu memang haruslah aku buat dek aja kat kad touch n go tuh. ko nak sangat duduk kat opis tu, ha! duduk senyap senyap!

Dah la gitu, sampai KL Sentral dah sah sahla terlepas tren 5.45pm oke takpe aku tunggu lebih kurang 5 min sebab tren jam 6.15pm ada. sampai sentul haruslah jam 6.30pm jalan kaki sampai umah dalam kul 6.50pm, awal lagi oke la tuh kan oke setel! TAPIIIII!! tren yang buduh bengap tu pegi delay 6.15 ke 6.45pm, engkau hagak hagak meroyan tak aku???? aku rasa nak terbalik kan aja tren tren yang ada kat situ. engkau bagi kat orang indonesia ribu riban oke je kan tapi nak buat tren ni bertambah elok engkau kena fikir 10 tahun, logik?? panas aty aku oke. dah setengah jam menunggu, dalam tren pon penuh kena berdiri. sampai sentul jam 7.15pm oke, setengah jam dalam tren!!!  dah tu kena JALAN KAKI dari sentul stesen ke rumah aku dalam 20min kalau jalan laju, aku ni haruslah dah lembik! dahla kat opis keje berlambak, memang la dalam 7.45pm baru sampai! huh gila sengal…

aku tatau la, kalau boleh nak aja aku bertempik lepaskan geram, kang ada yang kena hantar tanjung rambutan kang. rasa macam bodoh sangat sangat hari ni oke. bodoh kuasa lapan belas. dan ini memang hari malang aku. sangat malang!!

*apakah aku menjadi begini? atau……*

*begini…??*

dah la tu aku tetiba tingat sorang perihal pangai manusia ni, masa tak dapat hari hari engkau mintak suruh aku bayar dari mulut manis sampai kurang ajar kan. tapi aku lek lek jelah. tapi bila aku dah bayar duit dia wahhh engkau! usahkan kata terima kasih, ok pon tidak. boleh??? aku rasa nak maki pon yea jugak. tapi tak apalah tuhan dah tunjuk pada dia. kekdahnya tak payah engkau nak mengumpat orang itu mengata orang ini kat status FB engkau tu oke… sebab tuhan tu adil dia nak terbalikkan pada engkau kejap je, sekarang pangai engkau sama buruk dengan orang yang engkau duk kata. sudah sudah la, rentikanlah mengata mengumpat orang. tuhan dah tunjuk tu. taubat la. buat hal sendiri. jaga tepi kain sendiri. tayah sindir sindir dah.

klah malas aku melayan~ k bai.

7 thoughts on “…HARI YANG MALANG BAGI AKU. OK TAPE FINE!…

  1. hahahaha..ko mmg sengal kan..da la x shantekkkk..ditambah lg dgn kesengalan..
    tak tahan aku bace surat tuh kedek2 ikot ko dr belakang keluar pejabat… hahahaha.. sempot aku gelak…

    • ::Brando::

      sampai aty ko kak… mulut dengan jari jemari ko memang dah ada insuran ke tuh? yelah yelah aku sengal… manusia yang sengal ni jugaklah yang ko sayang kan kak? kahkahkah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s