…KALAU DAH TAHU ENGKAU TU NYANYUK TAK PAYAHLAH NAK SULIT SANGAT…

Tarikh:: 24 Disember 2011

Masa:: 5pm

Tempat:: Dalam rumah

 

Kan?? betul tak?

OK  no offense ok. 

sebenarnya ni aku mengata kat diri sendiri, so sape-sape tayah nak tacink tacink makan dalam sangat ok. pe ntah yang aku merepek ni. aku ni sebenarnya memang sangat nyanyuk, tahap nyanyuk aku memang dah tak boleh di bawa berbincang gamaknya.

ritu kan buku asb aku hilang… memang kalut la aku jadinya. mau tak, kan nak dapat dividen kan hujung tahun haruslah aku kalut gila takut tak leh nak kuarkan dividen kan? keji ok. pastu semua kenkawan FB aku cakap kalau buku tu hilang, kena buat report polis (eh yeke? buku tu juz hilang sebab salah letak…tayahla kot sampai macam tu sekali) pastu nak kena buat surat sumpah dan mati setem. pulak tu nak kena buat kat HQ ASB sendiri kat Shah Alam. ouhh haruslah aku macam meroyan sikit dengar semua nak kena buat. memang tak lah aku nak buat semua benda tu, menyusahkan ok.

jadi harini aku dah pasang niat nak geledah satu rumah,  mula mula kita mula dengan bilik aku dulu… geledah sambil berkemas… tak adalah aku nak biar bersepah jadi sambil sambil tu aku kemas la jugak… memang tak jumpa. aku kemas dalam drawer baju aku

*cenggini la lebih kurang, ini ihsan google, tak ada makna bilik aku macam ni kan*

sekali tu aku tertarik satu bahagian Korset aku yang bengkung tu, selepap jatuh buku asb aku… wahhhh alhamdulillah… kalau boleh aku nak meloncat keriangan sampai runtuh rumah, boleh?? memang hepi gila ok. syukur sangat sangat aku tak payah susah payah nak buat baru… sebab prosedur sangat menyusahkan bagi orang yang tak ada kenderaan macam aku ni.sape baik aty nak jadi driver aku? tolong bagitahu sikit.

*ohh aku sayang ko, ko jangan main cikunchak lagi dengan aku ya*

so kesimpulan yang dapat dibuat… kalau dah tahu diri tu nyanyuk tahap nenek gaban engkau tak yah la susah susah nak simpan tempat yang sulit sulit camtukan? kan dah meroyan bila buku tu hilang, silalah simpan ditempat senang ko nak nampak hari hari, tak payah gatal tangan dok nak ubah tempat. melainkan ko punya IQ tahap 300 tu no hal lah… kalau dah nyanyuk tu sila buat cara nyanyuk.

salam…bai!

notatangan:: yeaaa dapat kuarkan dividen!!

4 thoughts on “…KALAU DAH TAHU ENGKAU TU NYANYUK TAK PAYAHLAH NAK SULIT SANGAT…

  1. hahahahahaha~ buku asb saya pon hilang setiap tengah tahun, dan sibuk mencarik setiap hujung tahun =P hahahahahahahaha~ sorok tuh bukan sbb ape, kalau x sorok, hari-hari dok tatap, tahap kerajinan membuka mengalahkan buka muka buku =P mengharap angka dalam buku berubah =P menambahnye tidak mengharapkan keajaiban!! **p/s: rasanya semua pemegang buku ASB mcm tuh lahhhh =P hahahahahaha~

    • ::jasjamal::

      wakakakakka! gila kelakar oke! hilang-tengah tahun, cari-hujung tahun. ai gelak guling guling baca komen you tau. tulah, sorok bukan main sbb takut hilang la kan, sekali memang hilang… apa nak dikata… huahuahua… sengal tayah cakap la~ kerajinan membuka mengalahkan muka buku… mengeluarkannya pon mengalahkan kerajinan menyimpan… haissshhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s